Follow Us @soratemplates

1.3.19

Ceragem - A journey to a better health 1



Saya mula kenal dengan Ceragem ni sejak 2017. Ceritanya begini...

Seorang kawan suami datang ke rumah. Dia ni dulu kakinya lembik sebelah. Sukar hendak berjalan. Setelah mencuba berbagai-bagai kaedah perubatan tetapi keadaan kakinya masih juga sama, dia tergerak hati untuk pergi ke Ceragem. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kaki yang lembik itu beransur pulih. Walaupun masih memerlukan tongkat (pada waktu itu) dia mengakui yang kesihatannya sudah bertambah baik.

Ceragem ini apa?



Terapi Ceragem berasal daripada Korea. Ceragem juga ialah nama syarikat peralatan perubatan, yang ditubuhkan pada tahun 1998. Ia adalah syarikat pertama yang menghasilkan alat urut termal automatik di dunia ini. Ibu pejabat syarikat itu terletak di Cheonan, Korea.

Sebagai sebuah syarikat, Ceragem telah mempunyai beberapa pensijilan seperti ISO 9001: 2008 untuk reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, dan pengedaran alat ‘acupressure’ termal dan pengurut thermo.

Ceragem dikenal pasti sebagai 'Rawatan Tulang Belakang No 1 DI DUNIA.' Dan yang paling best, percuma saja.

BETULKAH PERCUMA? Di hospital kerajaan pun kena bayar RM 1, mustahil di CERAGEM percuma?

Serius BENAR! Rawatan di CERAGEM adalah percuma sahaja. Anda perlu baring selama 40 minit atas katil CERAGEM Master V3 yang canggih.

Yang lagi best, anda boleh menggunakannya setiap hari selagi mana anda mampu untuk berkunjung di pusat rawatan Ceragem. Satu hari, seminggu, sebulan mahu pun bertahun dan kedatangan anda sangat-sangat digalakkan. Datanglah kerana di center, anda akan disambut dengan sangat mesra oleh cikgu-cikgu Ceragem yang terlatih.

Berbalik kepada saya...

Hampir tiga minggu lepas, saya berasa sangat sakit di bahagian pinggang, pinggul dan kaki. Saya ke klinik. Mendapatlah! Saya dicucuk kerana dah tak tahan sakit sangat. Doktor cakap saya ada masalah saraf.

Masalah saraf? Ting! Ingatan saya terus kepada Ceragem.

Hari ini hari ke 14 saya menjalani terapi Ceragem. Bermakna dh 14 hari saya ke Ceragem dan baring atas katil Ceragem Master V3 yang canggih.

Langkah pertama saya di sini ialah...

Saya hendak kesakitan pada pinggang, pinggul dan kaki saya hilang. Saya sedar yang saya ni seorang yang obese. Jadi, tekad saya, saya nak kuruskan badan. Umur saya bukan muda lagi. Saya perlu sihat untuk beribadat. 

Oh ya... saya tiap-tiap pagi pergi ke Ceragem Center Sungai Petani. Kalau ada orang Sg Petani yang baca blog ini, mailah... kita buat rawatan sama2. Ada apa2 nak tanya, lontarkan soalan anda di ruangan komen. Kalau nak cakap dengan saya pun boleh. Ni nombor telefon saya, 0176079445.

Next n3: Penerangan ttg terapi dan apa yang berlaku ketika kita baring atas Ceragem Master V3. 
Stay tuned.

Ana Sofiya. 

psst! I wanna give credit kepada 
http://scriptersnews.blogspot.com/2014/04/rawatan-di-ceragem-mengapa-percuma-pt-2.html#/!/tcmbck



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.