Follow Us @soratemplates

26.4.18

Novel ke 10 - Kau Kata Kau Cinta :Blurp dan Harga




Bismillahirrahmanirrahim.

DAPATKAN NOVEL TERBITAN TERBARU Fajar Pakeer DI PESTA BUKU ANTARABANGSA 2018.
🌹Dewan Tun Hussein Onn, Tingkat Bawah PWTC: HA36, HA37, HA38, HA39
🌻Dewan Tun Razak 3, Tingkat 3 PWTC : 3097, 3098, 3099, 3124, 3125, 3126

🐦KAU KATA KAU CINTA

📚karya Ana Sofiya

🌼HARGAHARGA: RM24 (SM) / RM27 (SS)

BLURB:

Dua insan yang berbeza, namun punya satu hati yang sama, ingin dicintai.

Anis nampak sneakers berwarna pink. Laju keningnya terangkat. Lelaki pakai kasut pink?

“Boleh saya duduk sini?”
“Diam aje? Boleh ke tidak ni?” 
Soalan diiring sekuntum senyum yang menawan.

“Dah duduk dah pun. Tanya apa lagi?” 
Garang saja suara Anis didengari Edzra. Senyuman Edzra menjadi semakin lebar kerana dia suka jawapan itu. Melawan!

Pertemuan pertama berpanjangan menjadi pertemuan seterusnya. Pelbagai telatah Edzra yang memualkan Anis dan pelbagai karenah Anis yang melucukan Edzra. Anis yang manis, suka main tarik tali. Edzra pulak tak akan lepaskan tali itu. Dia akan tarik, ikat dan simpul sampai mati.

Saat hati Edzra dan Anis mula bahagia. Ada halangan yang akan mengubah 100% cinta mereka. Ketika Anis bersedia untuk menjadi isteri, hadir Azza yang mengaku dia tunang Edzra. Datang pulak Rania, kakak kandung yang membencinya sejak lahir.

“Aku tak nak budak tu. Kalau kamu nak dia, kamu ambil.” – Rania
Rania merancang bijak sekali. Dia bawa mama dan papa ke rumah dan tunjukkan Anis yang tiba-tiba ada anak kecil. Anis disakiti oleh kedua-duanya sehingga terbongkar siapa Anis dari mulut mamanya. Anis tergaman. Dia anak....
Anis kemudian hilangkan dirinya.

“Saya pergi bukan sebab saya marah. Saya pergi sebab ini perkara terbaikyang harus saya lakukan." Anis

Betulkah perpisahan itu terbaik untuk Edzra dan Anis?
Siapakah Anis yang sebenar sehingga dia tidak mampu pertahankan cintanya kepada Edzra?
Akan selamakah derita yang ditanggung atau mungkin nanti ada cahaya di hujung terowong?

Mungkin saja, kita perlu hargai apa yang kita ada dan bukan menangisi apa yang kita tak punya.
------------------------------
Kepada anda pembaca setia blog ini yang tidak sempat hendak ke PWTC untuk PBAKL, bolehlah pm saya di facebook Ana Sofiya atau wasap nombor ini ---> 017 607 9445

terima kasih atas sokongan anda semua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.