Follow Us @soratemplates

26.4.18

KKKC - Prolog



Salam. meh nak belanja prolog novel Kau Kata Kau Cinta. Sedikit ringkasan: 
Hero cerita ini namanya Edzra dan heroinnya Anis. Dua nama ringkas lagi sempoi.
Hero seorang yang tegas pendirian. Heroin seorang yang keras dan tak mudah mengalah.
Macam selalu... heroin xberapa suka dengan si hero. Tapi hero?
Teruskan bacaan.

dlm prolog xde hero ya. sori sgtttt!


Prolog

ANIS tahu dia sudah terlewat. Sudah lima belas minit lebih daripada waktu yang dia janjikan. Sat
lagi bila jumpa, tentu dia akan kena sembur dengan Iman. Perempuan seorang tu bukan main garang sekarang. Asyik nak naik angin saja. Kerana itu, Anis atur langkah yang besar-besar ke arah kedai Hakeem Bistro, tempat makan yang jadi port pertemuan mereka.

Sebaik sahaja berada di hadapan kedai, Anis berdiri tegak sambil mata melingas mencari kelibat Iman. Di mana entah kawan baiknya itu duduk. Scan punya scan, tak juga dia nampak. Iman belum sampai agaknya, Anis gumam sambil senyum. Merasa selamat daripada bebelan kawan baiknya itu.

“Anis! Sini.”

Alamak! Baru nak senyum, dah kena panggil. Mata Anis mencari semula di mana Iman. Akhirnya dia nampak tangan Iman yang tergawang-gawang memanggil dia. Anis atur langkah laju-laju menuju meja Iman. Tak lama kemudian dia sudah berdiri di hadapan gadis itu.

“Dah lama kau sampai, Iman?”

“Hmm.”

Anis duduk di depan Iman. “Kau seorang aje?”

“Ya. Aku seorang diri aje. Macam biasa. Yang kau pula, apasal lambat?”

“Jalan jammed.”

Jawapan ringkas lebih mudah untuk Iman hadam.

“Dah tahu KL ni sentiasa jammed, apasal tak keluar awal?”

“Ya, Iman. Aku mengaku salah. Sepatutnya aku keluar awal tadi, tapi tak! Aku keluar lambat juga.
Memang salah aku. Puas hati tak dengar jawapan aku?”

Iman tak jawab. Sebaliknya Iman tayang muka toya sambil menyuap mi goreng ke dalam mulut macam orang tak makan seminggu.

“Weh, apa hal ni? Kau suruh aku datang sini. Dah aku sampai, kau pula asyik makan tak berhenti. Bak sini pinggan kau tu!”

Anis tarik pinggan mi Iman. Tanpa rasa bersalah, dia menyuap mi ke dalam mulut. Tak dihiraukan wajah Iman yang menyinga ke arahnya. 

Iman tengok muka Anis dengan rupa macam hendak menelan.

“Kau ni, Anis! Bila kau nak ubah perangai buruk kau ni hah?”

Sudu dan garfu diletak. Mata bulat tengok muka Iman.

“Perangai buruk?”

“Ya! Perangai buruk kau. Takkan tak tahu?’

“Apa ni, Iman? Takkan sebab aku datang lewat sikit pun kau dah menyinga? Aku lambat lima belas minit aje pun. Bukan lima belas jam. Datang lewat sikit macam itu pun kau dah cakap perangai aku buruk? Macam ni ke kawan?”

Anis tunjuk muka tak puas hati.

“Yang itu aku boleh tolerate lagi.”

Owh!

Iman tak marah sebab dia lewat. Jadi, perangai buruk yang mana pula yang diungkitnya. Takkan sebab dia tarik pinggan mi Iman tadi kut? Mereka dah biasa macam tu. Maksud Anis, mereka
sudah biasa berkongsi. Yalah, sejak mereka bersahabat, dia selalu kongsi barang-barang Iman. Sama juga dengan Iman. Apa yang dia punya, Iman boleh guna. Hak kau adalah hak aku – itu moto persahabatan mereka. Takkan Iman lupa?

“Cakap terus terang Iman. Jangan belit-belit. Perangai buruk aku yang mana yang kau cakap ni?”

“Engkau yang buat hal, takkan kau tak tahu kut?”

Buntang mata Anis dengar suara Iman yang sedikit tinggi. Marah betul nampaknya. Tapi, Anis rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Bila masa dia buat hal? Hal apa? Lepas satu, satu, Iman menuduhnya. Cuma yang jadi masalah, Anis tak tahu kenapa Iman duk bambu dia. Besar sangatkah salah dia?

“Cuba kau terus terang dengan aku, Iman. Apa yang kau marah sangat dengan aku ni?”

Kali ini Anis dah betul-betul serius. Malas nak berdolak-dalih lagi. Dia hendak tahu apa masalah Iman sebenarnya.

“Kau tu...”

Cemas jadinya Anis. Rasa macam ayat seterusnya tu tak berapa sedap hendak didengar.

“Aku apa?” soalnya gugup.

“Kau tu! Kau memang suka rampas hak orang ke?”

What?!
-----------------------
bersambung :) 

tolonglah komen ya!  pembakar semangat tuh! hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.