Follow Us @soratemplates

29.4.18

KKKC - Bab 3


disinilah bermulanya perkenalan mereka. harap anda suka...
----------------

SUASANA di pusat boling Ampang Superbowl yang terletak di aras tiga kompleks membeli-belah Ampang Point itu hiruk-pikuk dan amat hingar. Pada setiap lorong, ada sahaja bola yang dihayun untuk menjatuhkan

sepuluh biji pin di hujung sana. Tepukan gemuruh untuk mereka yang buat strike. Bunyi boo bergema kalau bola jatuh meleret ke dalam longkang.

Edzra baru sudah membuat lontaran terakhir. Dia sengih lebar kerana malam ini dia jadi pemenang. Seronok tak terkata kerana dia berjaya kalahkan dua kawan baiknya, Alan dan Haris.

“Hebat kau malam ni, bro! Asyik buat strike aje! Kau dah patut jadi wakil negara ke Sukan Sea, Ed,” puji Alan.

“Peringkat Sukan Sea aje? Kenapa tak cakap aku patut masuk Sukan Olimpik?” sanggah Edzra. Sinis.

“Kus semangat! Tak habis lagi marah kau rupanya. Patutlah buat strike. Agaknya tadi waktu kau golek bola, kau bayangkan pin-pin tu macam muka tunang kau, eh Ed?”

Itu lawak! Edzra tak dapat tahan gelak. Bahu Haris ditepuk.

“Antara banyak kawan-kawan aku, kau seorang aje yang pandai baca fikiran aku, Haris. Syabas! Bukan setakat bayang muka anak, dengan muka mak sedara aku tu pun sekali aku bayangkan kena hentam bila bola aku

kena pin-pin tu semua.”

“Kejam kau!”

Mereka ketawa.

Ini yang Edzra suka apabila bersama Alan dan Haris. Dengan mereka, dia dapat lupakan rasa sakit hati. Kemarahan yang meluap-luap sewaktu dia tinggalkan rumah uminya tadipun sudah hilang. Cuma satu perkara yang dia tak boleh nak buat iaitu menjawab panggilan dariapada Puan Nurin. Dia masih enggan dipujuk. Masih sakit hati kerana uminya memihak kepada mak su dan Azza. Pesannya kepada abang sulung yang tak henti-henti whatsApp dia...

“Kau jaga umi, along. Cakap dengan umi, apabila umi dah betulkan keputusan dia, baru aku balik.”

Zailan marahkan dia. Begitu juga dengan Alif. Mereka bimbang dia menderhaka. Edzra kata, dia tahu hati uminya. Dia tahu Puan Nurin sentiasa memaafkannya. Walaupun kecewa, uminya akan berdoa yang baik-baik untuk dia. Begitu juga dengan dirinya. Edzra akan pohon ampun kepada Allah kerana terpaksa bertegas dengan keputusannya.

Edzra sedang meneguk air mineral ketika Alan menepuk belakangnya. Akibatnya, Edzra tersedak-sedak.

“Hah, kan dah sedak? Itulah pasal! Mulut kau minum, tapi mata kau jahat. Kau tenung anak dara orang macam nak menelan.”

Edzra tak jadi nak marah. Hanya mata sengaja dibuntang. Sebagai bertanya bagaimana Alan tahu apa yang dibuatnya tadi.

“Dia ushar siapa?” Haris tanya Alan.

“Tu!”

Alan muncungkan bibir ke arah seorang gadis yang sedang berdiri menghadap mereka.

“Hmm, cantik. Tapi, sempoi sangat. Tak macam adik sepupu kau yang tergila-gilakan kau tu. Siapa nama adik sepupu kau tu, Ed?”

“Azza.” Alan yang tolong jawab soalan Haris.

“Jangan sebut nama dia, boleh?”

Buat masa ni Edzra memang tak boleh dengar nama gadis itu. Berasap kepalanya. 

“Laa, kenapa tak boleh sebut nama dia? Kata dah tunang.” Haris mengusik.

Edzra cebir. “Tunang tak rela. Tanpa cinta. Dan tali yang bakal putus tak lama lagi.”

“Yalah tu. Macam mak su kau nak benarkan kau tinggalkan anak dia.”

Wajah Haris ditatap tajam.

“Bila aku mogok tak balik rumah, umi pasti akan putuskan juga pertunangan kami tu.”

“Yakinnya kau, Ed?”

“Aku taklah yakin sangat. Cuma berharap dan berdoa. Selama ni, umi tak boleh berpisah lama-lama dengan aku. Dia bukan boleh tak tengok muka macho aku ni. Rindu!”

“Eleh, konon! Rindulah sangat! Masa kau dekat overseas dulu? Lima tahun kut kau orang berpisah,” selar Alan.

“Itu lain. Itu masa belajar. Sekarang aku dah balik. Aku ada di Malaysia. Kau rasa umi sanggup berjauhan dengan aku, anak kesayangan dia ni?”

Alan dan Haris geleng. Namun, hati sentiasa kagum dengan sikap Edzra yang sentiasa yakin diri dan positif.

“Kau ingat mak su kau akan putus asa, Ed?”

Soalan Haris disambut dengan Edzra menjongket bahunya. Dia kemudian berpaling ke arah gadis tadi.

“Stop talking about Azza dengan mak dia, guys. Let us talk about that girl. Cantik kan dia?”

Gadis itu sudah pun duduk gaya memandang kosong ke hadapan.

Alan sengih. Haris pun sama.

“Ramai lagi yang lebih cantik, Ed. Tapi kan, apa yang menarik tentang dia? Care to explain?” 

Haris, seperti Alan, juga tak sabar tunggu jawapan Edzra. Sebab, bukan senang Edzra nak puji perempuan. Kalau dia memuji, itu bererti Edzra tertarik sudah. Edzra angkat dua bahu.

“No comment.”

“Tengok tu, Alan. Dia pandang lagi! Dah jatuh cinta pandang pertama ke apa kawan baik kita ni?” Haris mengusik.

“Hesy, tak adalah sampai nak jatuh cinta ke apa, bro! Cuma...”

“Cuma apa?”

Dua suara garau bergabung menyoal Edzra.

“Dia sampai lewat sikit daripada kita.”

“So?”

“Sejak dia sampai, macam itulah keadaan dia. Duduk, berdiri, cakap kat telefon lepas tu duduk balik dan menung. Dia tak main langsung.” Edzra memberitahu. 

“Ha’ah! Aku pun perasan juga. Dia tak usik pun bola boling tu.” Haris mengiyakan.

“She intrigued me.”

Edzra dah sengih nakal.

Haris dan Alan saling pandang.

“Kau nak tackle dia?” soal mereka.

“Naa... Tak kut!”

“Come on! Kata minat? She intrigued me, konon. Takkan nak biar macam tu aje?”

Edzra sengih dengar cabaran Haris.

“Eloklah kalau kau biarkan aje, Ed. Tengok muka dia yang serius tu pun aku tahu yang dia bukan jenis melayan.”

Tajam renungan Edzra ke wajah Alan.

“Ramai orang kat sekeliling kita ni, bro. Malu kau nanti kalau dia buat derk dengan kau.”

Edzra segera bangun. Tangan membetulkan rambut serta bajunya yang sedikit kedut.

“Kau nak bet dengan aku?” soalnya.

Alan kenyit mata pada Haris. Umpannya mengena. Inilah Edzra yang dia kenal. Pantang dicabar sama sekali. 

“Why not? Kau nak apa kalau kau berjaya tackle dia?”

Edzra buat gaya berfikir. Kemudian dia petik jari.

“Aku nak satu tiket penerbangan business class ke Bora-Bora siap dengan penginapan di hotel terbaik di sana. Amacam?”

Kening ditarikan lagak mengusik dua kawan baiknya.

“Bapak! Kau memang mantaplah, bro! Baru bertunang dah tahu nak honeymoon dekat mana.”

Mencerun renungan Edzra ke wajah Alan. Rasa hendak saja dia lepuk kepala kawan baiknya itu. Selalu sangat nak naikkan anginnya.

“Did I say two tickets, you fool?” marahnya.

Haris mengekek tengok Alan kena marah dengan Edzra. Padan muka. Cakap yang bukan-bukan. Dahlah Edzra tengah bengang. Saja Alan cari penyakitlah sebut pasal honeymoon bagai.

“Dah diam pula? Tadi bukan main giat suruh aku mengurat budak tu. Minta belanja sikit, dah cuak.” Edzra sembur.

“Aku on aje!” Haris tak mahu kalah.

“Hey, ingat aku nak tarik diri? No way!” Alan tambah.

“So, on ke tidak ni?”

Edzra tidak sabar lagi menjalankan misinya.

Alan dan Haris saling memandang. Kemudian kedua-duanya mengangguk sambil berhigh five.

“Make sure dia bercakap dengan kau. Lepas tu kau kena ajak dia main. Hanya bila dia berjaya jatuhkan pin walaupun satu aje, baru kau dikira pemenang. Setuju?”

“Setuju.”

“Tapi, ingat Ed. Kalau kau gagal, kau yang kena belanja aku dengan Haris ke Bora-Bora. Jangan nak mengelat!”

“Gagal? Aku? Memang taklah.”

“Confident much! Macam pandai sangat mengayat pada hal tak pernah sekali pun kau tu mengurat perempuan, kan?”

Edzra ketawa.

“Kau jangan, Alan. Kau dah kecilkan hati aku ni. Jangan sampai aku claim hadiah yang lagi mahal, buddy.”

Alan ketawa besar. “Jangan kau geletar depan dia nanti, sudahlah Ed.”

“Bro! Memanglah ini kali pertama aku mengurat. Tapi, kasilah kredit kat aku. Ini Edzra bin Nordin, okey! Edzra tak pernah gagal dalam apa sahaja yang dia buat. Come on!”

“There is always a first time, Ed!” Haris mencelah.

“Just watch me, darlings!”

Dua kawan baiknya ditinggalkan. Dia mahu teruskan misi.

Edzra melangkah nekad mendekati gadis itu. Sebentar tadi gadis itu berdiri. Sekarang dia dah duduk semula. Duduk cara orang otak serabut. Dua tangan pegang belakang kerusi yang berada di hadapannya dengan kepala ditundukkan selagi mahu. Elok sampai dan berdiri di hadapan gadis itu, Edzra keluarkan suara.

“Awak tak pandai main boling, ya? Nak saya tolong ajarkan?”
------------------
insya Allah akan bersambung nnt 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.