Langkau ke kandungan utama

Bab 1 - Kesah Affan dan Alina

Loceng terakhir sudah berbunyi. Cikgu sudah pun keluar dari kelas. Kawan-kawan dia pun semua dah berlari pergi mendapatkan ibu bapa mereka yang sedang menunggu di luar pagar.
            Dia? Dia sedang mengemas. Memasukkan buku dan bekas pensel ke dalam beg Kitty Catnya. Siap semua, beg digalas ke bahu.
Gadis comel itu kemudian terus angkat punggung dan bergerak ke luar kelas. Kaki comelnya melangkah laju melalui koridor menuju ke arah pintu pagar kecil di tepi sekolah. Pintu kecil itu memisahkan sekolah rendahnya dengan sekolah menengah di sebelah.
Dia mahu ke bilik guru sekolah menengah itu. Mahu mendapatkan ibunya, cikgu Nor. Wajah comelnya jadi ceria sebaik sahaja tiba. Ibu kesayangan ada di tempat biasa, sedang berbual dengan beberapa orang rakan sekerja.
“Hmm, dah sampai pun anak manja cikgu,” usik seorang guru lelaki.
Alina ketawa senang sambil mendekati ibunya yang sudah berdiri. Elok berhenti di depan ibunya, tangan wanita itu dicapai dan dikucup lembut.
“Macam mana belajar hari ni?”
“Okey.”
Jawapan ringkas itu menyebabkan kening cikgu Nor terangkat. “Okey aje, Ina?”
Alina sengih dengar soalan tak puas hati ibunya. “Okey tu sebab Ina boleh ikut apa yang cikgu ajar tadi. Senang aje semua tu, mak.”
“Amboi! Berlagak jugak anak mak ni ya?”
“Mana ada berlagak? Ina ni anak mak, kan? Mestilah pandai.”
Jawapan itu mengundang tawa rakan-rakan cikgu Nor yang memasang telinga untuk mendengar perbualan dua beranak itu.  
“Kalau dah namanya anak cikgu bahasa, memang pandai aje si Ina ni membetulkan ayat mak dia. Tak gitu, cikgu Nor?”
“Itulah pasal. Cakap dengan budak ni memang kena hati-hati. Kalau tidak, dia kenakan kita balik.”
“Tapi Alina memang budak pandai pun, cikgu.” Pujian lagi. Dan Alina semakin lebar sengihnya.
Tiba-tiba perut Alina berbunyi kuat menarik perhatian semua orang kepadanya.
“Aik, lapar ke tu Ina?” soal seorang.
Alina sengih sambil menganggguk laju.
     “Kenapa lapar? Ina tak makan ke waktu rehat tadi?” Cikgu Nor tanya.
Kepala digeleng. “Ina bertugas waktu rehat tadi.”
“Laa, lepas rehat kan boleh makan?”
“Lepas rehat tadi tu waktu Matematik. Mana boleh ponteng, mak?”
Cikgu Nor mendengus. “Tulah! Mak suruh sarapan kat rumah, tak mahu. Sibuk nak pergi sekolah cepat-cepat. Lain kali mak tak nak dengar perut tu bunyi macam tadi, tahu. Dah masuk angin dah tu. Takut nanti pedih pula ulu hati kamu.”
“Mak marah Ina ke?”
“Hah, jangan nak buat muka seposen. Mak bukan marah, okey. Mak cuma geram sebab kamu tak dengar cakap mak aje.”
“Alah, baru sekali perut Ina bunyi depan mak...”
“Yalah tu! Berapa kali mak nak pesan? Waktu rehat, kamu mesti makan. Tak boleh skip! Kenapa tak dengar-dengar?” bebel cikgu Nor semakin menjadi-jadi.
“Alah mak ni. Ina dengar apa mak cakap. Cuma hari ini aje Ina tak pergi kantin waktu rehat tu. Bukan selalu.”
“Betul ni bukan selalu?”
“Betul! Sumpah!”
“Dah. Jom kita pergi kantin.”
Alina angguk. Dia kemudian berpimpin tangan dengan ibunya menuju ke kantin. Sambil itu matanya liar memerhati deretan kelas di sebelah sana.
“Along tak habis kelas lagi ke, mak?” soalnya.
Cikgu Nor sengih. “Eleh, tanya along konon. Cakap ajelah yang kamu cari Abang Affan kamu tu, kan senang?”
“Eee mana ada! Mak ni...”
Sengih Cikgu Nor semakin lebar melihat gelagat si anak yang dah menonong tinggalkan dia. Hailaa, anak! Umur baru sepuluh tahun tapi ada taman dalam hati. Kecil-kecil dah pandai jadi secret admirer. Dah tu, bukan calang-calang orang yang Alina suka. Pelajar paling cemerlang dalam tingkatan tiga, Affan Haikal namanya. Nasib baik Affan bukan jenis melayan. Kalau tidak... jenuh!
Sampai di kantin, mereka disapa oleh pengusahanya. “Makan, cikgu?”
Cikgu Nor angguk. “Ina nak makan apa?”
“Nasi goreng kampung boleh tak, acik?”
Mak cik kantin cuit hidung comel gadis cilik itu. “Untuk anak comel cikgu Nor ni, apa-apa pun boleh.”
Alina senyum simpul mendengar pujian itu. Dia terus pergi ke meja. “Mak, Ina nak milo ais ya.”
Mak cik kantin jerit kepada pekerjanya. “Nab, nasi goreng kampung satu, milo ais satu.”
“Buat dua, kak. Saya pun nak yang sama.”
Elok saja cikgu Nor duduk di sebelah Alina, Alina sibuk melambai-lambaikan tangannya. Menoleh ke luar, kelihatan dua orang budak lelaki sedang berjalan bersama-sama.
“Ina nak ajak along makan dengan kita, mak.”
Alasan. Sebenarnya dia nak ambil peluang berbual dengan budak lelaki di sebelah abang Faizalnya. Budak lelaki yang dah lama dia minat. Siapa lagi kalau bukan Affan Haikal. Jadi, tak sempat cikgu Nor sahut, Alina dah menonong mendapatkan mereka.
“Along!”
Faizal terkejut kena sergah dengan adiknya. “Uit, apa ni! Nyaris tak jatuh jantung along tadi.”
“Kalau jatuh, along kutiplah balik. Betul tak, abang Fan?”
Affan cemik. Dengan gadis kecil ini, dia tak pernah mampu senyum. Hatinya geram saja dengan Alina. Rasa macam nak picit-picit pun ada.
Budak perempuan berumur sepuluh tahun itu bukan faham pun dengan bahasa tubuh Affan. Bagi dia, dapat berdiri di sebelah kawan baik abang Faizalnya ini pun dah cukup bagus. Dia rasa bahagia sangat.   
“Mak ajak makan. Jomlah!” Alina dah bersedia nak tarik tangan Affan tetapi Affan cepat-cepat mengelak.
“Ajai, kau pergilah. Aku nak balik.” Affan berdalih.
“Tapi, mak ajak abang Fan sekali.” Alina mendesak.
“Jomlah. Dah lewat ni. Kau pun tentu lapar, kan?” Faizal tak kasi can kepada Affan untuk meninggalkannya. Dia tarik tangan kawan baiknya itu lalu masuk ke dalam ruang kantin yang dikhaskan untuk guru-guru.
“Ajai, aku bukan anak cikgu. Aku tak boleh masuk dalam ni.” Affan menolak lagi.
“Hesy, sejak bila kau banyak alasan ni?” jegil Faizal.
“Yalah, abang Fan ni. Macam tak biasa dengan kita orang pulak.”
Affan jegil budak perempuan itu. “Abang bukan tak biasa. Abang malu, tahu tak?”
“Malu dengan siapa?”
“Malu sebab kena makan dengan kamu. Nanti orang cakap Affan nak ngorat kamu pulak. Faham?” Faizal memberitahu.
“Eleh, itu pun nak malu ke? Makan aje pun. Bukannya nak sanding.”

Nyaris tak tersembur nasi dari mulut cikgu Nor. Terkejut dengar celoteh Alina. Hmm, beraninya dia?
--------------------

harap suka. kalau suka, sila tinggalkan komen, ya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…