Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Bab 1 - Kesah Affan dan Alina

Loceng terakhir sudah berbunyi. Cikgu sudah pun keluar dari kelas. Kawan-kawan dia pun semua dah berlari pergi mendapatkan ibu bapa mereka yang sedang menunggu di luar pagar.             Dia? Dia sedang mengemas. Memasukkan buku dan bekas pensel ke dalam beg Kitty Catnya. Siap semua, beg digalas ke bahu. Gadis comel itu kemudian terus angkat punggung dan bergerak ke luar kelas. Kaki comelnya melangkah laju melalui koridor menuju ke arah pintu pagar kecil di tepi sekolah. Pintu kecil itu memisahkan sekolah rendahnya dengan sekolah menengah di sebelah. Dia mahu ke bilik guru sekolah menengah itu. Mahu mendapatkan ibunya, cikgu Nor. Wajah comelnya jadi ceria sebaik sahaja tiba. Ibu kesayangan ada di tempat biasa, sedang berbual dengan beberapa orang rakan sekerja. “Hmm, dah sampai pun anak manja cikgu,” usik seorang guru lelaki. Alina ketawa senang sambil mendekati ibunya yang sudah berdiri. Elok berhenti di depan ibunya, tangan wanita itu dicapai dan dikucup lembut. “Macam mana belajar hari…