Langkau ke kandungan utama

Di Taman Larangan - Prolog 2


Prolog 2

Wanita itu mengusap lembut pipi gebu gadis kecil di sebelahnya. Air mata yang berjuraian di pipi itu cuba diseka. Tubuh yang sedang bergoncang akibat teresak-esak menangis, didakap erat sambil dia memerhati jirannya dan beberapa orang lain mengangkat barang dari dalam rumah untuk dinaikkan ke atas lori.

“Dahlah tu, sayang. Asyik nangis aje. Bengkak dah mata comel ni.” Dia memujuk.

“Orang tak nak pindah. Orang nak duduk sini. Nak temankan mak.”

Kalau boleh, dia juga mahukan begitu. Mahu anak gadis ini sentiasa di sisinya kerana sejak tujuh tahun dahulu, hubungan mereka berdua sudah terjalin erat. Sejak dari hari pertama keluarga polis ini berpindah masuk ke rumah sebelah dan menjadi jirannya, kasih sayangnya tumpah kepada anak sulung mereka yang waktu itu baru berusia tiga tahun ketika itu. Rumahnya menjadi rumah kedua kepada anak ini. Lama-kelamaan, dengan dialah anak kecil ini tidur hampir setiap malam. Ke mana saja dia pergi, akan dibawanya anak ini bersama-sama. Ke pasar, ke pasar malam, ke pasar raya, tangan halus itu akan dipegangnya untuk melintas jalan dan beriringan, mereka akan menapak mencari apa yang mahu dibeli. 


Sebelum permata ini hadir, hidupnya kosong. Sepi dan sunyi. Gadis kecil inilah yang memberi cahaya. Juga, yang mengembalikan kebahagiaannya. Hidup yang pada mulanya dirasakan bagai tidak memberi makna berubah hanya dengan mendengar celoteh dan melihat telatah kesayangannya ini.

“Mak, mak cakaplah pada ayah dengan umi.”

“Cakap apa, sayang?”

“Cakaplah yang orang nak tinggal sini dengan mak.”

“Tak boleh, sayang.”

“Kenapa?”

“Sebab, sayang kan anak sulung umi dengan ayah? Sayang kan anak kesayangan mereka? Kesian umi dengan ayah kalau sayang tak ikut mereka pindah.” 

“Kalau orang ikut umi dengan ayah, mak macam mana?”

“Tak apa, sayang. Mak dah biasa hidup sorang-sorang.” 

Gadis kecil itu menangis lagi. “Orang tak nak pergi. Orang tak suka pindah-pindah. Nanti orang tak ada kawan kat sana. Mak pun tak ada...”

“Syyy! Tak mahu nangis lagi. Tak mahu!”

Masa untuk berpisah sudahpun tiba. Wanita itu berdakapan dengan umi gadis kecil itu. Kemudian, dia menarik kesayangannya itu untuk berdiri. Dikucup dahi dan pipi lama. Didakap erat tubuh itu lagi. 

“Jaga diri, jaga umi, jaga ayah dan adik-adik. Jangan nangis lagi dah. Anak sulung kena kuat, tahu!”

Dalam esakan, gadis comel itu mengangguk juga.

Akhirnya, gadis itu dibawa pergi. Kalau tadi si kecil yang menangis, kini giliran dia pula. Semakin jauh kereta itu, semakin deras air matanya mengalir. Apabila kereta itu hilang daripada pandangan, dia terjelepok sendirian. 

Buat kali kedua dalam hidupnya, dia kehilangan insan yang tersayang. Buat kali kedua, dia bakal hidup bersendirian semula.

Mungkin dia tidak dilahirkan untuk menggapai bahagia. Mungkin dia tidak layak memiliki sebuah keluarga dan mendengar gelak tawa anak-anak. Mungkin, dia tidak ditakdirkan untuk menumpang kasih juga! 

Ketika dia mahu masuk ke ruang tamu, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumahnya. Sangkanya, keluarga jirannya yang datang semula. Tapi bukan! Ini kereta lain. Dan, yang keluar dari bahagian tempat duduk belakang itu juga bukan gadis comel tadi. Orang lain! 

Berdiri di hadapannya kini ialah seorang pemuda yang tinggi lampai. Memandang raut tampan itu menyebabkan hatinya berdebar benar. Saat pandangan mata bersatu, dia hampir jatuh dek renungan tajam pemuda itu. 

“Siapa kamu ni? Apa yang kamu buat di sini?”
-----------------
bersambung :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…