apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.3.16

Blurb dan Harga Novel Per: Jawatan Isteri




Terbit: Mac 2016
Order Dibuka Sekarang oleh Penerbitan Fajar Pakeer
Penghantaran Segera
Whatsapp 0196128069

Penerbit: Ana Sofiya
TAJUK : PER : JAWATAN ISTERI 
PENULIS : ANA SOFIYA
ISBN : 978-967-365-257-0
HARGA : RM24 / RM27


Dua insan, dua cinta yang tak kesampaian dan kehampaan. Fahad jadi lemah dan berdendam, Adelia semakin tabah jalani kehidupan. Mereka bertemu dan berkawan tanpa Adelia tahu bahawa Fahad hanya mahu mainkan perasaan Adelia. Hari demi hari, sesuatu mengusik hati. Ada rasa yang mengocak, namun masing-masing beria-ia mengelak. 

“Adel, I bukan Yusri KRU yang boleh terima Erra Fazira yang gemuk dalam cerita Cinta Kolesterol. Maaflah. I mengaku, I hipokrit selama ini. Tapi I lelaki biasa. Lelaki normal yang memang sukakan benda cantik. Dengan keadaan you yang macam ni, you tak cantik di mata I.” - Fahad. 

“Saya bebaskan awak. Pergilah. Jangan cari saya lagi.” - Adelia.

Selepas lima tahun, Adelia terpegun menerima sepucuk surat. Di dalamnya... dia dilamar seorang lelaki bernama Rizhan. Dalam masa sama, Fahad kembali mahu membetulkan salah faham yang terjadi antara mereka. 

“Kadang-kadang kita tak mampu nak luahkan apa yang ada dalam hati kepada orang yang kita suka. Kadang-kadang kita cuba pendamkan semua rasa kerana kita fikir yang kita tak layak untuk dia. Kadang-kadang alasan demi alasan kita cipta hanya kerana kita mahu lari daripada kenyataan yang semakin hari semakin menyeksa.” - Rizhan.

Antara dua lelaki, yang mana satu pilihan hati Adelia?

2 ulasan:

  1. Tahniah kak Sofi, looking fwd nak pegang PJI & baca.. Adel

    BalasPadam
  2. Jom singgah baca and jangan lupa tinggalkan comments http://balqisluv99.blogspot.my/2016/03/gred-for-exam-2016.html

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.