apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.1.16

Per:JAWATAN ISTERI teaser 8



"Si mati tu tua ke muda?” Mak ngah tanya.

“Tua. Sakit jantung. Tapi bukan sebab dia saya termenung ni.”

“Habis tu kenapa, Ri?”

Adelia juga sudah tidak sabar mahu mengetahui alasan ayahnya susah hati.

“Saya dengar macam-macam cerita tak elok pasal anak sulung Haji tu. Tu yang rasa macam tak percaya. Haji tu baik orangnya. Warak! Bila orang duk kutuk anak dia macam-macam, rasa pelik benar.”

“Apa yang pelik, Ri? Bukan semua anak tok imam, jadi imam macam ayah dia orang. Ada yang jadi penyanyi, ada yang jadi penyangak. Sama juga, bukan semua anak penagih dadah duk hisap dadah macam bapak dia orang. Mungkin ada seorang yang Allah beri hidayah untuk jadi manusia yang berjaya. Hidayah tu milik Allah, Ri. Dan kamu kena ingat, mungkin hari ini anak Haji tu jahat tapi esok lusa belum tentu. Entah-entah dia berubah jadi manusia yang jauh lebih bagus daripada orang-orang yang duk kutuk dia tu. Siapa tahu, kan?”
,...............
Ttg siapakah yg menjadi bualan? Npknya kena tunggu versi cetaklah ya? Cuba bg tau kak sofi, brp ramai yg x sabar tunggu fahadel versi cetak ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.