Follow Us @soratemplates

7.1.16

Per: JAWATAN ISTERI 2

Teaser 2
...........................

Di muka pintu kedai 7-eleven itu, dia bertembung dengan seorang lelaki. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Dia bergerak ke kanan, lelaki itu juga sama. Adelia geram. Hati menyumpah. Namun baru dia angkat muka nak hambur marah, lelaki itu yang terlebih dahulu menjerkahnya.

“Yang duk ikut I ni pasal apa, budak kecik? Tak boleh tunggu I keluar dulu baru you masuk?”

Adelia dah panas telinga. “Bila saya ikut awak?”

Lelaki itu menjegilnya namun Adelia sedikitpun tidak mengendahkan.
“Jangan bergerak!” Adelia mengarah.

Lelaki itu jongket kening. Bagaimanapun arahan Adelia dipatuhinya.

Adelia tersenyum puas. Dia sudah menang. Dengan gaya diva dia bergerak, badan sengaja melanggar lelaki itu sebelum dia meneruskan langkah masuk ke dalam kedai.

“Hey you!”
.......................
Ni adel fahad pertama kali jumpa ya 😆😆


Ni adel fahad pertama kali jumpa ya 😆😆😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.