Langkau ke kandungan utama

Per: JAWATAN ISTERI teaser 7



“Fahad...” Panggilan yang amat perlahan namun masih dapat didengari semua. Fahad segera memandang muka ayahnya. Sepasang mata sedang terbuka.

“Ayah!” Fahad menggenggam tangan ayahnya. “I ada sini, ayah.”

“Sini...”

Dahi Fahad berkerut. Tak faham apa kemahuan ayahnya.

"Dekatkan telinga kamu pada bibir ayah. Ada benda yang dia nak cakap tu.”

Walaupun kebenciannya membara hanya dengan mendengar suara itu namun arahan perempuan itu segera diikut. Dia tunduk melekapkan telinga hampir ke bibir kering Haji Mohd Akil.

Sepasang mata itu tertutup seketika. Apabila dibuka semula, bibir tua itu bergerak-gerak. Dan Fahad mendengarnya.

"Stop hating your own mother. Ibu kamu tak berdosa apa-apa. Dia tinggalkan kita kerana ayah.”

Fahad kaku mendengar pesanan itu. Andai kata ayahnya sedang sihat tentu sahaja dia mahukan penjelasan. Namun malangnya, keadaan tidak begitu. Jadi, semua yang dikatakan terpaksa ditelan begitu sahaja.

“Be good. To... all. Termasuk ibu kamu.”

Sekali lagi ayahnya mengaitkan wanita itu dalam pesanan terakhir lelaki itu. Saat itu dada Haji Mohd Akil sedang berombak. Dan sesuatu di skrin monitor menggambar keadaan tidak begitu baik. Doktor berlari masuk. Begitu juga dengan para jururawat.

“Ajar tuan haji mengucap, encik.”

Suara doktor dan ayatnya mengejutkan Fahad. Dia terkedu. Terpempan. Kaku kaki dan tangan. Mengucap? Ajar ayahnya mengucap? Apakah? Macam mana nak menyebutnya? Entahlah. Dia bagai lupa pada kalimah itu. Jenuh dia mahu mengingat, tetap sebaris ayat itu tak mampu meniti bibir.

"Fahad! Fahad, ajar ayah kamu mengucap, nak!”

Pandangan matanya dan pandangan ibunya bersatu buat pertama kali sejak sekian lama. Pandangan si ibu nyata penuh kesayuan. Kepala wanita itu sedang tergeleng-geleng.

“Lailaha illallah...”

Ya, kalimah itu yang ingin disebut namun ia tidak hadir daripada bibirnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…