apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.1.16

Per: JAWATAN ISTERI teaser 6



harap xde yg sakit jantung huhu
................
"Ayah nak kamu kahwin dengan Ziana, anak Datuk Razlan.” Tanpa berbasa basi laju arahan dikeluarkan oleh Haji Mohd Akil.

“Kahwin?” Tak lain, mesti Haji Mohd Akil dah kena sembur dengan Datuk Razlan. Cis, main kasar ya datuk?

Kini pandangan anak dan ayah bersatu. Ada kesayuan yang tak terungkap dalam tatapan si ayah. Ada kedegilan dan kemarahan dalam balasan si anak.

“Ya, kahwin! Lagi cepat lagi baik.”

“Dengan Ziana?”

Haji Mohd Akil mendengus. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula?

“Datuk Razlan yang suruh you paksa I, ayah?” Selamba soalan itu dilontar si anak. Hati mendongkol. Kutukan terhadap Ziana tak terkira banyaknya. Perempuan yang ditinggalkannya itu anak manja Datuk Razlan. Agaknya Ziana mengadu dengan ayahnya. Dan si ayah yang berpangkat Datuk itu pula mula hendak menunjukkan kuasa. 'Dia fikir aku akan tunduk dengan ugutan itu?'

“No. Ayah yang sedang paksa kamu sekarang. Ayah yang nak kamu kahwin dengan dia.”

“Kenapa?”

Wajah Haji Mohd Akil semakin tegang. “Sebab kamu dah rosakkan dia.”

Lelaki muda itu sengih pula. “Pembetulan, ayah. I tak rosakkan dia. Dia memang dah lama rosak. Jadi I tak ada sebab untuk kahwin dengan dia. Tak ada sebab nak ambil dia jadi bini I.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.