apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.1.16

Per: JAWATAN ISTERI 4



Teaser 4

“Baiklah. Kalau awak nekad nak putuskan hubungan kita, putuskan saja! Saya benarkan. Satu aje saya nak pesan. Dengar betul-betul!” Adelia tarik nafas panjang sebelum menyambung. “Kalau satu hari nanti awak menyesal tinggalkan saya, jangan patah balik. Jangan nak tagih cinta saya semula. Saya tak izinkan. Faham?”

“Adelia!”

“Saya tak akan mati tanpa awak, Doni!”

“Adel!!”

Panggilan Doni tidak diendahkan. Dia berlalu pergi membawa sekeping hati yang penuh marah. Kemarahan semakin menjadi-jadi ketika dia melepasi kereta yang terparkir di sebelah kereta ayahnya yang dia pinjam untuk ke sini tadi.

“Boleh pulak dia orang ni bercium dalam kereta. Meh sini aku kejutkan kau orang ya.”

Adelia tunduk. Kasut yang tersarung di kaki kanan dibuka lantas dijinjit. Kasut itu kemudian dibaling dengan kuat ke arah cermin sisi tempat duduk di sebelah pemandu. Nampaknya berjaya juga kasut wedges itu mengejutkan orang di dalam. Dua kepala yang macam kena gam tadi sudah terpisah. Dia tahu pasangan itu sedang ralit memerhati dirinya sekarang.
...................
Hehe... siapa ya yg Adel npk tu? Hmm nk tahu kenalah beli novel ni nnt okey! Silalah kumpulkan duit mulai sekarang. Jom!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.