Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Per: JAWATAN ISTERI BAB 2

Per: Jawatan Isteri Bab 2 sudah ada di Wattpad/ Tekan link ini ya!


PJI 2

Per: JAWATAN ISTERI BAB 1

Mulai hari ini, semua teaser akan dihentikan. Kita akan ke Wattpad untuk membaca bab-bab awal novel ke 8 kak ini.

Di bawah ini link nya ya!

Bab 1 PJI
Harap2 lepas baca sudilah like dan komen, okey.

Per:JAWATAN ISTERI teaser 9

“Sepanjang hari ini you tak cakap apa-apa pun dengan I.”
“Apa yang pelik sangat. Dah lama kita macam ni. Kamu yang tak nak tengok muka ibu. Tak nak bercakap dengan ibu. So?”
“Nak uruskan hal pengebumian arwah ayah pun you serahkan pada Aziz.” Rajuk hati diluahkan tanpa selindung.
“Terasa?”
Aik, macam sengaja nak naikkan darah dia balik ni. Fahad merengus. “Mestilah terasa. Dia menantu. I ni anak you.”
Si ibu sudah malas nak cakap baik-baik. Nak berkias-kias pun dia tak mahu dah. Fahad bukan faham pun. Jadi, senang kalau dia cakap lepas sahaja. “Walaupun Aziz tu menantu ibu, pada ibu dia lebih layak buat semua tu. Bukan kamu.”
Buntang mata Fahad. “Dia lebih layak?”

Per:JAWATAN ISTERI teaser 8

"Si mati tu tua ke muda?” Mak ngah tanya.
“Tua. Sakit jantung. Tapi bukan sebab dia saya termenung ni.”
“Habis tu kenapa, Ri?”
Adelia juga sudah tidak sabar mahu mengetahui alasan ayahnya susah hati.
“Saya dengar macam-macam cerita tak elok pasal anak sulung Haji tu. Tu yang rasa macam tak percaya. Haji tu baik orangnya. Warak! Bila orang duk kutuk anak dia macam-macam, rasa pelik benar.”
“Apa yang pelik, Ri? Bukan semua anak tok imam, jadi imam macam ayah dia orang. Ada yang jadi penyanyi, ada yang jadi penyangak. Sama juga, bukan semua anak penagih dadah duk hisap dadah macam bapak dia orang. Mungkin ada seorang yang Allah beri hidayah untuk jadi manusia yang berjaya. Hidayah tu milik Allah, Ri. Dan kamu kena ingat, mungkin hari ini anak Haji tu jahat tapi esok lusa belum tentu. Entah-entah dia berubah jadi manusia yang jauh lebih bagus daripada orang-orang yang duk kutuk dia tu. Siapa tahu, kan?”
,............... Ttg siapakah yg menjadi bualan? Npknya kena tunggu versi cetakla…

Per: JAWATAN ISTERI teaser 7

“Fahad...” Panggilan yang amat perlahan namun masih dapat didengari semua. Fahad segera memandang muka ayahnya. Sepasang mata sedang terbuka.
“Ayah!” Fahad menggenggam tangan ayahnya. “I ada sini, ayah.”
“Sini...”
Dahi Fahad berkerut. Tak faham apa kemahuan ayahnya.
"Dekatkan telinga kamu pada bibir ayah. Ada benda yang dia nak cakap tu.”
Walaupun kebenciannya membara hanya dengan mendengar suara itu namun arahan perempuan itu segera diikut. Dia tunduk melekapkan telinga hampir ke bibir kering Haji Mohd Akil.
Sepasang mata itu tertutup seketika. Apabila dibuka semula, bibir tua itu bergerak-gerak. Dan Fahad mendengarnya.
"Stop hating your own mother. Ibu kamu tak berdosa apa-apa. Dia tinggalkan kita kerana ayah.”
Fahad kaku mendengar pesanan itu. Andai kata ayahnya sedang sihat tentu sahaja dia mahukan penjelasan. Namun malangnya, keadaan tidak begitu. Jadi, semua yang dikatakan terpaksa ditelan begitu sahaja.
“Be good. To... all. Termasuk ibu kamu.”
Sekali lagi ayahnya men…

Per: JAWATAN ISTERI teaser 6

harap xde yg sakit jantung huhu
................ "Ayah nak kamu kahwin dengan Ziana, anak Datuk Razlan.” Tanpa berbasa basi laju arahan dikeluarkan oleh Haji Mohd Akil.
“Kahwin?” Tak lain, mesti Haji Mohd Akil dah kena sembur dengan Datuk Razlan. Cis, main kasar ya datuk?
Kini pandangan anak dan ayah bersatu. Ada kesayuan yang tak terungkap dalam tatapan si ayah. Ada kedegilan dan kemarahan dalam balasan si anak.
“Ya, kahwin! Lagi cepat lagi baik.”
“Dengan Ziana?”
Haji Mohd Akil mendengus. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula?
“Datuk Razlan yang suruh you paksa I, ayah?” Selamba soalan itu dilontar si anak. Hati mendongkol. Kutukan terhadap Ziana tak terkira banyaknya. Perempuan yang ditinggalkannya itu anak manja Datuk Razlan. Agaknya Ziana mengadu dengan ayahnya. Dan si ayah yang berpangkat Datuk itu pula mula hendak menunjukkan kuasa. 'Dia fikir aku akan tunduk dengan ugutan itu?'
“No. Ayah yang sedang paksa kamu sekarang. Ayah yang nak kamu kahwin dengan di…

Per: Jawatan Isteri teaser 5

“You...”
Suara lembut gemalai itu langsung tidak menarik perhatiannya. Kini, sepasang mata mencerlung memerhati wajah yang disolek tebal. Kalau tadi bibir yang merekah merah itu amat menggoda naluri, sekarang tidak lagi. Keinginan itu sudah hilang. Apabila hilang rasa ingin bersama, itu bererti tamatlah sudah hubungan mereka. Kata-kata perpisahan harus diungkap sekarang.
“You tunggu apa lagi kat dalam tu, Ziana?”
Gadis itu terpinga-pinga apabila dijerkah. “Tunggu youlah.”
“Turun!”
“What?”
“You dah pekak ke? Tak dengar I suruh you turun?”
“Tapi...”
“Nah, ambil duit ni. Pergi balik dan jangan tunjuk muka you depan I lagi.”
...............
Cer teka, siapakah lelaki yg kejam itu? Huhu...

Per: JAWATAN ISTERI 4

Teaser 4

“Baiklah. Kalau awak nekad nak putuskan hubungan kita, putuskan saja! Saya benarkan. Satu aje saya nak pesan. Dengar betul-betul!” Adelia tarik nafas panjang sebelum menyambung. “Kalau satu hari nanti awak menyesal tinggalkan saya, jangan patah balik. Jangan nak tagih cinta saya semula. Saya tak izinkan. Faham?”
“Adelia!”
“Saya tak akan mati tanpa awak, Doni!”
“Adel!!”
Panggilan Doni tidak diendahkan. Dia berlalu pergi membawa sekeping hati yang penuh marah. Kemarahan semakin menjadi-jadi ketika dia melepasi kereta yang terparkir di sebelah kereta ayahnya yang dia pinjam untuk ke sini tadi.
“Boleh pulak dia orang ni bercium dalam kereta. Meh sini aku kejutkan kau orang ya.”
Adelia tunduk. Kasut yang tersarung di kaki kanan dibuka lantas dijinjit. Kasut itu kemudian dibaling dengan kuat ke arah cermin sisi tempat duduk di sebelah pemandu. Nampaknya berjaya juga kasut wedges itu mengejutkan orang di dalam. Dua kepala yang macam kena gam tadi sudah terpisah. Dia tahu pasangan it…

Per: JAWATAN ISTERI 3

Teaser 3


“You campak I macam sampah, Rina dan I tak akan maafkan you sampai bila-bila.”
“Sebab you memang hampeh. You tak ada apa-apa. Jangan ingat I kisah sangat sama ada you maafkan I atau tidak. I tak kisahlah!”
Fahad mengetap gigi. Geramnya sudah di tahap maksimum.
“Hebat kan you. Tak ada gelaran yang lebih baik dapat I fikir kecuali satu. You ni memang pisau cukur,” kutuknya.
Nirina senyum sinis.
“You boleh kata apa saja. I tak kisah. Lagipun, you jangan ingat yang cinta you tu berharga sangat. Jangan fikir yang cinta you tu cinta paling agung. Tak usah nak perasanlah, Fahad!” cemiknya.

Per: JAWATAN ISTERI 2

Teaser 2 ...........................
Di muka pintu kedai 7-eleven itu, dia bertembung dengan seorang lelaki. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Dia bergerak ke kanan, lelaki itu juga sama. Adelia geram. Hati menyumpah. Namun baru dia angkat muka nak hambur marah, lelaki itu yang terlebih dahulu menjerkahnya.
“Yang duk ikut I ni pasal apa, budak kecik? Tak boleh tunggu I keluar dulu baru you masuk?”
Adelia dah panas telinga. “Bila saya ikut awak?”
Lelaki itu menjegilnya namun Adelia sedikitpun tidak mengendahkan. “Jangan bergerak!” Adelia mengarah.
Lelaki itu jongket kening. Bagaimanapun arahan Adelia dipatuhinya.
Adelia tersenyum puas. Dia sudah menang. Dengan gaya diva dia bergerak, badan sengaja melanggar lelaki itu sebelum dia meneruskan langkah masuk ke dalam kedai.
“Hey you!”
....................... Ni adel fahad pertama kali jumpa ya😆😆

Ni adel fahad pertama kali jumpa ya 😆😆😆

Per:JAWATAN ISTERI 1

Smg suka bakal novel ke 8 kak sofi ini, insya Allah.

Teaser 1
--------------------
“I nak jumpa ni sebab I nak berterus terang dengan you.” Nirina memberitahu.

“Tentang semalam? I dah jelas tentang semuanya.”

“Okey, dengar ya Fahad. Hari ini, I... I mengaku yang I memang I ada affair dengan Tan Sri. Puas hati tak dengar pengakuan I ni?” Nirina sengaja mahu membakar perasaannya.
........
Bersambung :)