Langkau ke kandungan utama

Lagi tentang E-cerpen Volume 2






Dalam e-book Koleksi E-Cerpen Volume 2 Ana Sofiya ini terdapat 10 cerpen. Di bawah di senaraikan tajuk-tajuknya:



1. Kulepaskan Semua Kerana Dia 

- sambungan novel Tak Mungkin Kuhindar. Panjang citernya... kisah tambahan maria, salina, hisyam dan iskandar.

2. Rasailah cintaku ini 

- sambungan Aku Bukan Boneka yg terdapat dalam e-cerpen volume 1. edisi baru yg hepi ending.


3. SSR versi puasa 

- pendek aje yg ni.. yalah kisah puasa kan mana boleh nk suwit muwit sangat 

4. Nyamuk 

- ni kisah zharif (Ingat nama tu?). ya ini merupakan kesinambungan novel Tiada Yang Lain.

5. Ada bahagia 

- kerana ini cerpen favorite kak sofi, kak sofi masukkan dalam volume 2 ini sebagai memberitahu anda yang hidup x punah andai satu cinta hilang kerana selagi Allah izinkan akan ada cinta kali kedua yg lebih manis dan lebih indah.

6. Rindu mama sayang papa 

- sebuah kisah biasa2 tentang seorang duda ngn gadis muda. haha.. duda tu!

7. Kembalikan Indah dan  8. Cikguku Sayang

- kisah Afifah dan Kamal : dua cerpen yang paling awal kak sofi tulis hampir 5 tahun dahulu. dan... 

kalau anda kenal nama2 tu mesti anda tahu bahawa ini kisah cinta ibu bapa zharif ikmal tentu dah kenal dengan zharif, kan? hehe...

9. Sayangku Marah-marah 

- kisah kebencian seorang Atilia kepada seorang Harris tp kenapa bila Harris hilang drpd pandangan, ada rindu dalam hati gadis itu?

10. Dudaku Kini Suamiku 

- haha, tajuk x menahan kan? ya, ini sambungan kisah raif dan izyan. raif versi (ada yg kata) terlebih gula. entahlah plak haha...


---------------------

Kalau berminat nak beli...

sila masukkan RM10 ke dalam
akaun MAYBANK
Nurul Ashikin Mahamad Bokkhari
1622 6354 0483
Lepas tu pastikan anda emelkan nama sebenar dan nama FB ke belinovelas@gmail.com

Pastikan anda guna alamat emel sendiri ya! bukan emel pejabat!!!

Insya-Allah, e-book akan diemelkan kepada anda sebaik sahaja saya mendapat bukti bayaran.


Didahului dengan ucapan terima kasih kepada yang sudi membeli. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…