Langkau ke kandungan utama

Kupikat Jandaku - Bab 1

 

DIA menyelak sedikit langsir tingkap sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi deruan enjin kereta.

Apabila cermin di bahagian hadapan sebelah kiri diturunkan, dia segera memberi isyarat supaya encik pemandu menunggunya sebentar. 

“Encik Zahin dah sampai?”

Izyan menoleh ke arah teman serumah yang sedang berbaring di hadapan televisyen. Dalam leka menonton, sempat pula Zana tanyakan soalan itu kepadanya.

“Dah,” jawabnya ringkas. Dia kemudian membelek pantulan wajah dalam cermin tegak yang melekat kuat di tepi dinding berhampiran pintu hadapan. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera mencapai dompet kecil di atas meja.

“Aku nak pergi dah ni.” Dia memberitahu. 

“Izyan!”

Wanita muda yang baru hendak membuka daun pintu itu segera menoleh. Wajah Zana dipandang semula. “Nak apa?” tanya dia. 

Sambil tersengih Zana memesan, “Kau pergi joging aje dengan Encik Zahin tu! Jangan melencong ke tempat lain pulak.”

Pesanan penaja yang menyebabkan Izyan tergelak besar. “Nak melencong ke mana?” tanya dia. 

“Mana tahu kut-kut Encik Zahin nak culik kau bawak lari ke Golok?”

Izyan terus mencekak pinggang. Geram pula dia mendengar kata-kata Zana itu. Melampau sungguh!

“Cakap tu baik-baik sikit, Zana. Ingat, apa yang keluar daripada mulut kita ni doa, tahu. Kau sampai hati doakan aku kahwin di sempadan siam sana? Hesy, aku cilikan juga mulut kau tu karang,” marahnya.

Zana sedikit pun tidak terkesan dengan kemarahan Izyan. Malah masih boleh bergurau lagi. “Hmm, sedap. Aku pun dah lama tak makan sambal belacan yang kau buat, Yan.”

Izyan menggeleng mendengar jawapan spontan Zana.

“Orang cakap lain, dia pula cakap pasal sambal belacan,” gerutunya. Namun, dia tetap ketawa melihat sikap selamba kawannya itu.

Zana bangun dan kini sudah pun berdiri di tepi pintu. Kepala terjenguk-jenguk ke arah kereta Proton Persona berwarna ungu. “Sejak bila pulak Encik Zahin gelapkan cermin kereta dia tu?”

“Kalau nak tengok orangnya, boleh aku panggilkan. Apa ada hal dengan cermin tu,” sinis Izyan. 

“Eee tak payahlah. Tak kuasa aku nak tengok muka Encik Zahin tu.”

“Betul ni?”

“Ya! Lagipun, dia tak pandang orang macam aku ni, Yan.”

“Pulak? Kau ni macam-macamlah, Zana.”

“Tapi kan, sejak dua menjak ni aku tengok kau makin rapat dengan Encik Zahin tu. Ada apa-apa ke?” Zana pandang anak mata Izyan tepat-tepat. Mencari kebenaran.

Izyan segera menepis. “Kami kawan ajelah.”

“Amboi, jawapan? Selalu artis aje yang jawab bajet bagus macam tu.”

Izyan tersengih. “Tak nak percaya cakap aku, sudah. Aku pun tak boleh nak paksa kau supaya percayakan aku. Betul tak?”

“Encik Zahin belum luahkan isi hati dia pada kau?”

“Kau tahu apa isi hati dia?” tanya Izyan sambil membulatkan sepasang mata. Geram dengan Zana yang mula bertanya soalan yang bukan-bukan tentang dia dan lelaki yang masih menantinya di dalam kereta.

Zana ketawa. “Manalah aku tahu isi hati dia, Yan.

Cuma...”

“Apa?”

“Aku ni selalu jadi kaunter pertanyaan kawan-kawan kita di hotel tu. Dia orang nak tahu bila kau dengan Encik Zahin nak isytiharkan hubungan kau orang berdua.” Zana meluahkan.

“Tak pasal-pasal kami jadi bahan gosip kau orang ya?”

“Alah, dah kau yang rapat dengan Encik Zahin, tentulah kau yang jadi bahan gosip. Kalau aku rapat dengan dia, akulah yang digosipkan. Betul tak?”

“Nak ke?”

Zana jongket kening. “Nak apa?” tanya dia.

“Nak digosipkan dengan Zahin?”

“Hesy, apa kau ni?”

“Laa, kenapa? Tak suka? Aku cakap yang betul ni, Zana. Aku rasa orang lebih suka kalau kau yang couple dengan Zahin tu.” Bersungguh-sungguh pula Izyan cuba hendak menyatukan Zana dengan Zahin. Dia tak sedar yang ketika ini muka Zana sudah merona merah.

“Ada pulak?” Zana dah tak senang hati.

“Ya! Sebab kau dengan dia sama cantik, berdiri sama tinggi dan sama-sama belajar sampai ke universiti. Memang kau orang berdua lebih cocok dan lebih sesuai kalau bersama.” Beria-ia Izyan memuji.

“Banyaklah kau!” marah Zana. Muncung sudah panjang sedepa biarpun hati berdebar mendengar kata-kata Izyan itu. Siapalah yang tidak suka dipuji dan dikaitkan dengan lelaki hebat itu? Tapi Zana juga tahu yang Zahin tak pernah pandang pada dia pun. Zahin hanya nampak Izyan seorang sahaja. 

“Aku seorang aje kat sini, Zana.” Izyan mengusik.

Mulanya Zana tak faham tapi lepas tu dia sudah mengekek. Pandai pula Izyan kenakan dia balik. “Ya, memang ada seorang aje kawan aku yang namanya Izyan dan aku rasa Encik Zahin dah jatuh hati pada Izyan tu. Cuma Izyan tu kenalah bersabar sikit,” pesan Zana.

“Sabar? Untuk?”

“Untuk tunggu dia lamar kaulah!”

Izyan ketawa lepas. Geli hati mendengar kata-kata Zana itu. “Weh, dah berapa lama aku kat sini?” Dia bertanya.

Zana tunjuk tiga jari yang bersamaan dengan tiga tahun.

“Jadi, kalau dia nak lamar aku dah lama dia buat, Zana. Tapi, tengoklah! Aku still macam ni lagi. Nampak?” kata Izyan.

Sebenarnya, dalam hati dia rasa bersalah pada Zana. Tak tahulah kenapa dia asyik menafikan hubungannya dengan Zahin kepada gadis itu malah kepada semua. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa pun tahu yang

Zahin sudah berkali-kali melamarnya. Malah kalau boleh Izyan tak mahu sesiapa tahu bahawa Zahin ada hati pada dia. Bagi Izyan, biarlah segalanya menjadi rahsia dahulu. Belum masanya untuk dia bercerita.

“Alah, nanti-nanti adalah tu Encik Zahin luahkan isi hati dia dan lamar kau,” ujar Zana sambil 
menepuk-nepuk bahu Izyan.

“Tak ada pun tak apa, aku tak kisahlah,” balas Izyan.

“Amboi, bunyi macam merajuk aje.”

“Merajuk? Aku? Tak ada masa nak merajuk bagai,” tegas Izyan.

“Tapi, kadang-kadang Yan, kau pun kena luahkan apa yang kau rasa. Kalau kau ada hati pada dia, lebih baik kau aje yang cakap dulu. Biar dia tahu. Senang. Mana tahu entah-entah dia tengah tunggu kau buka mulut?” Zana memberi cadangan.

Izyan hilang kata. Kepala digeleng. Berterus terang tentang perasaannya? Oh tidak! Tak akan diulangi kesilapan itu lagi.

“Kenapa kau tergeleng-geleng tu?” Zana kehairanan.

Pada ketika itu bunyi hon kedengaran. Bunyi yang menyebabkan Izyan terkocoh-kocoh keluar. Kasut joging dicapai dan segera disarungkan. “Aku pergi dulu.” 

“Woit, kau tak jawab lagi soalan aku tadi.”

“Alah, pasal aku kena luahkan isi hati aku tu ke?”

Zana mengangguk.

“Aku tak akan buat yang tu. Tak akan lagi aku bagi tahu lelaki perasaan aku pada dia. Never.”

Jawapan yang menyebabkan Zana terpinga-pinga. 

Sebaik sahaja Izyan masuk ke dalam kereta, suara keras Zahin menyapa. “Lambatnya awak ni. Tak puas-puas lagi ke bersembang dengan Zana tu?”

Izyan sengih. “Memang tak puas. Kita orang kan banyak benda nak dibualkan? Zana tu ada aje modalnya, tahu.”

“Sampai tak kisah saya tunggu lama?” Nada tak puas hati terlontar.

“Alah, tak sampai lima minit dah bising,” balas Izyan sambil mencebik.

“Awak pun tahu yang saya tak suka menunggu, Yan.” Zahin membentak. Sakit hati dengan jawapan acuh tak acuh Izyan terhadapnya.

Izyan segera hadapkan muka ke kanan. Lelaki yang sedang memandu itu dipandang garang. “Ada saya suruh awak datang ambil saya? Ada saya suruh awak tunggu?” tanya dia.

Zahin mendengus. “Memanglah awak tak suruh tapi...”

Izyan segera memotong, “Bila saya nak pergi joging, awak sibuk nak ikut. Bila saya cakap saya selalu pergi jalan kaki, awak cakap nak ambil saya. Bila saya lambat awak mengomel. Lain kali, awak tak payah buat semua ini. Saya rimas bila kena leter, tahu.”

Zahin terdiam. Dia hilang kata kerana menyedari bahawa Izyan sentap dengan kemarahannya. Ah, menyesal pula dia kerana membebel pada hal seperti kata Izyan tadi, bukan wanita itu yang mengajak dia ikut sama berjoging. Bukan Izyan yang menyuruh tapi dia yang mahu. Kalau boleh dia ingin sentiasa bersama Izyan. Ini saja cara untuk dia dekat dengan wanita itu.

“Yan, saya minta maaf, ya. Saya tak ada niat nak marah awak pun.” Zahin cuba memujuk.

“Huh, dah sakitkan hati orang, pandai pulak nak pujuk ya?”

Zahin ketawa. “Tapi, awak dah tak marah lagi, kan?”

Izyan mengeluh namun kepala digeleng juga. Malas hendak bertekak pagi-pagi begini.

Sebaik sahaja mereka sampai, Izyan terus sahajameninggalkan Zahin. Panggilan lelaki itu tidak langsung diendahkannya. Sementara menunggu Zahin tiba ke tempat dia berdiri, Izyan melakukan aktiviti memanaskan badan. Bagaimanapun, setelah hampir lima minit menunggu, kelibatZahin masih tak kelihatan. Malas menunggu, wanita muda itu mula mengatur langkah berlari. Mula-mula perlahan kemudian menjadi semakin laju. Zahin?

Biarlah dia, hatinya berbisik.

Ulasan

  1. AsSalam Kak Sofi,,, Tahniah atas kelahiran novel terbaru KPJk.. Memang tak sabar untuk memilikinya. Teruskan menulis, dengan idea & cerita yang berbagai corak. You are the best.. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Ija. risau juga takut dgn penerimaan kengkawan pembaca hehe

      Padam
  2. Sape yg janda ni kak.izyan ke?

    BalasPadam
  3. di kedai buku mana dan bile boleh dpat buku ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…