Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Kupikat Jandaku - Bab 3

Lelaki itu sudah pun hilang daripada pandangan namun Izyan masih yakin bahawa dia pernah mendengar suara garau itu. 

KUPIKAT JANDAKU - Bab 2

Lelaki itu menghampiri dirinya dengan nafas mencungap. Penat sungguh gayanya. Macam orang semput pun ada juga. Jelas benar yang lelaki ini seorang yang kurang bersenam. Baru berlari sikit sudah tak larat dan termengah-mengah. Sambil menunggu lelaki itu mendekatinya, Izyan  melakukan senaman ringan yang baik untuk pinggang dan pernafasan. Dia berhenti apabila Zahin sudah pun berdiri di sisi kiri. Segera dia tunduk mengambil sebotol air mineral lalu menghulurkannya kepada lelaki itu. "Penat sangat ke?" soalnya.
Lelaki itu mengangguk. "Awak lari laju sangat. Tak terkejar saya!" ujar Zahin, masih dalam keadaan lelah.
"Tak siapa suruh awak kejar saya pun," balas Izyan selamba. Dia mahu meneruskan aktiviti mingguannya yang asyik terganggu pagi ini. Selalunya, kalau sudah pukul tujuh pagi seperti sekarang, dia sudah siap melakukan dua larian ulang alik di sepanjang pantai. Bagaimanapun, kehadiran Zahin mengganggu rentak biasanya. Berkali-kali dia terpaksa berhe…

Kupikat Jandaku - Bab 1

DIA menyelak sedikit langsir tingkap sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi deruan enjin kereta.
Apabila cermin di bahagian hadapan sebelah kiri diturunkan, dia segera memberi isyarat supaya encik pemandu menunggunya sebentar. 
“Encik Zahin dah sampai?”
Izyan menoleh ke arah teman serumah yang sedang berbaring di hadapan televisyen. Dalam leka menonton, sempat pula Zana tanyakan soalan itu kepadanya.
“Dah,” jawabnya ringkas. Dia kemudian membelek pantulan wajah dalam cermin tegak yang melekat kuat di tepi dinding berhampiran pintu hadapan. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera mencapai dompet kecil di atas meja.
“Aku nak pergi dah ni.” Dia memberitahu. 
“Izyan!”
Wanita muda yang baru hendak membuka daun pintu itu segera menoleh. Wajah Zana dipandang semula. “Nak apa?” tanya dia. 
Sambil tersengih Zana memesan, “Kau pergi joging aje dengan Encik Zahin tu! Jangan melencong ke tempat lain pulak.”
Pesanan penaja yang menyebabkan Izyan tergelak besar. “Nak mel…

Kupikat Jandaku - dah boleh oder

Idea Kreatif mempersembahkan novel November 2014

Tajuk : KUPIKAT JANDAKU
Penulis : Ana Sofiya
Harga : RM 26.00 (Semenanjung)
RM 29.00 (Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-0918-15-6
* Diskaun RM2 untuk pembelian online dan postage percuma


Blurp :

Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.
Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.
“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan  “Saya dah serik dengan awak.” – Izyan
Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali. Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. …

KU PIKAT JANDAKU ~ PROLOG

BAKAL TERBIT NOVEMBER INI
KU PIKAT JANDAKU ~ PROLOG

Ralit dia memerhati lelaki yang seorang itu berkemas. Laju sahaja tangan kekar menyusun itu ini. Sekejap sahaja meja yang tadi bersepah berubah kemas. Segala kertas yang sudah dikepal-kepal tadi elok diterbangkan masuk ke dalam bakul sampah yang tidak jauh daripada meja kerja lelaki itu.
“Semua dokumen dah siap?” tanya dia.
Lelaki itu mengangguk. “Ada semua dah aku bubuh dalam briefcase aku ni.”
“Okey. Baju, seluar, boxers...”
“Oh, shut up! Kau tak nampak tu?” Lelaki itu memuncungkan bibir ke arah tepi pintu. Sebuah beg troli sedang berdiri di situ.
Mohd Ikram mengekek. Wajah merah sahabatnya ditatap dengan perasaan geli hati. Dalam tegas dan garang Raif Sufyan Hadi, ada juga menyimpan rasa malu apabila dia menyentuh bab-bab ‘dalaman’. Pantang sebut sikit dah nak menyinga.
“Mana Mac Pro kau? Aku tak nampak pun?” Dia bertanya lagi. Apa nak buat? Dia dah terbiasa dengan tugasannya sebagai pembantu peribadi lelaki itu. Sebab itu dia sen…