Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

SSR Bab 2

Bab 2


Aku tenggelam dalam lara. ~ Eryna
WALAUPUN hari ini hari nikah aku, aku tetap sibuk menolong apa yang patut. Buat itu, buat ini sehingga larut malam. Sejak kebelakangan ini, tidur tak pernah cukup. Malah, sejak semalam, sepicing pun aku tak dapat lena. Mana nak dengar leteran, mana nak dengar nasihat. Ditambah dengan kegelisahan yang tidak berpenghujung. 

SSR Bab 3

Bab 3
Soalanmu jadikan aku kelu. ~ Amar
ERYNA pengsan. Itulah khabar yang menyapa telinga. Perkhabaran yang menyebabkan hatiku meronta-ronta nak berlari masuk ke dalam rumah pengantin. Kalau boleh, nak terjah bilik Erin. Mujur otak sempat memberi amaran. Bakal bini orang tu, Amar! Karang tak pasal-pasal dia dapat malu disebabkan kebodohanku. Tapi, aku betul-betul susah hati sekarang. Bimbang memikirkan dirinya. 

SSR: Bab 1

Amar dah dewasa. dah jadi doktor pun. gambar ehsan encik google 
Bab 1

Aku rela melupakanmu. ~ Amar

NAMAKU Amar. Amar bin Mohd Amin. Umurku 29 tahun. Aku seorang doktor yang bertugas di Hospital Putrajaya. Sekarang ni aku sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Bertolak kira-kira pukul 6.00 petang tadi, kini aku singgah sebentar untuk solat jamak takdim di sebuah masjid yang terletak di tepi jalan berhampiran pekan Sungai Haji Dorani. Nanti tidaklah aku perlu solat isyak di rumah kerana aku sudah menghimpunnya pada waktu maghrib ini.

NOVEL KE 5 ANA SOFIYA - SUAMI SEBELAH RUMAH

Inilah dia novel ke 5 kak sofi yang bakal terbit pada bulan April depan. Novel bertajuk Suami Sebelah Rumah. Penerbit novel kak sofi kali ini ialah Fajar Pakeer.



Tajuk: Suami Sebelah Rumah
Penulis: Ana Sofiya
Harga: RM21 / RM24

Masihkah Cinta? 27

"Babah!"
Kedua-dua lelaki menoleh ke arah suara halus itu. Kemudian, mereka saling berpandangan. Tidak lama selepas itu, tawa mereka meletus sebelum seorang daripadanya mengangkat tangan, tanda mengalah.
"Maaf, Man. Aku lupa." Safiy tersengih setelah menyedari kesilapannya. 

Masihkah cinta? 26

32
"Jaga diri baik-baik bila di sana nanti. Jaga makan dan jangan tidur lewat. Kerja elok-elok. Mama harap, kamu dapat lupakan semua yang dah berlaku dalam hidup kamu selama ni. Mulakan hidup baru, Safiy. Lupakan Tina."
Safiy tunduk. Setitis air mata tetap jatuh, memberitahu betapa parah luka di dalam hati. Biarpun redha, namun jauh di sudut hati, dia terlalu sedih. Terlalu hampa! Kerana dia sudah kehilangan Qistina untuk selamanya.