Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Akhirnya, dapatlah juga kita peluk Zharif ops... maaf! Peluk novel ke 4 kak sofi bertajuk Tiada Yang Lain. Kali ini, dengan production hous...

Novel ke 4 : TIADA YANG LAIN

By November 12, 2013

Akhirnya, dapatlah juga kita peluk Zharif ops... maaf! Peluk novel ke 4 kak sofi bertajuk Tiada Yang Lain. Kali ini, dengan production house yang baharu iaitu IDEA KREATIF. 

Cer tengok kulitnya di bawah. Suka tak?


Insyaallah, berikut adalah butiran-butirannya:

Tajuk    : TIADA YANG LAIN

Penulis : ANA SOFIYA

Harga   : RM 24 (semenanjung)/ RM27(sabah/Sarawak)
ISBN    : 978-967-12267-0-4
Muka Surat   : 612
Tarikh Terbit : 30 Nov 2013

** Setiap Pembelian online melalui web dan ejen, diskaun RM2 akan diberikan. Pos adalah percuma.

Berminat boleh pm nama-nama berikut di FB:
1. Mazlinda Zainul Abidin
2. Yatie Pyan
3. Sarinah Aini
4. Liza Wati

Sinopsis 

Pertama kali bertemu Zharif, hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.

“Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif

“Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa

Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa.

Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka. 

“Awak beruntung dapat Afif. Dia memang sesuai dengan awak. He has everything that I don’t have.” ~ Zharif.

Dia mengalah demi Atiqah. Dia mahu melihat wanita kesayangannya bahagia bersama lelaki pilihan keluarga.

Kerana merasakan cintanya tidak dihargai Zharif, Atiqah bertekad untuk menjadi isteri yang baik kepada Afif. Begitu dia berazam untuk setia, begitu dia berusaha agar hatinya redha. Malangnya Afif bukan lelaki yang layak menerima cinta dan kesetiaannya. 

Apakah yang akan terjadi bila Zharif pulang bersama kesalan? Sanggupkah Atiqah bertahan dalam sebuah rumah tangga penuh gelora? 

“Kan Iqa dah janji dengan abang. Takkan tinggalkan abang selagi ada nyawa Iqa? Lupa?” ~ Atiqah.

Siapakah yang layak menerima cinta Atiqah? Zharif atau Afif?

..................

kak sofi harap sangat agar buah hati terbaru kak sofi ini berjaya mencuri hati anda semua. Psst! Mungkin ada yang cakap, alah... dah pernah baca di blog dulu! 

Percayalah, ada perbezaannya! 

sekian!


You Might Also Like

3 comments

  1. how to get thicker hair ?
    http://baekhyunsu.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Er..macam mana nk.beli online?

    BalasPadam
  3. Moque, ada FB tak? kalau ada add Kak Sofi ya. atau kalau nak mudah boleh layari http://www.ideakreatif.net/

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.