Langkau ke kandungan utama

Buat air penawar sendiri.






Assalamua'laikumwarahmatullah..

Insyaallah, mudah2an sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik2, khususnya untuk kesihatan/ kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin. 


Amalan ini ustazah rujuk dalam kitab - ‘Dua’ al-solihin’ ( doa orang-orang soleh) - karangan Syeikh Abi al-Fida’ Muhammad ‘Izzat A’rief, dekan pusat pengajian arab untuk perubatan cara Nabi dan herba Asia Barat. 

Alhamdulillah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah2an sangat mustajab.

Caranya: Baca ayat2 ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut2 tanpa minum air jenis lain. Insyaallah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkan. 

Kadang2 ustazah doa dulu sebelum bagi anak2 minum:

" Ya Allah, aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah kusuap ke dalam mulut anak2ku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampunkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka."

Sama2 ya , kita doa agar anak2 kita menjadi hamba Allah yang soleh, tidak tertimpa musibah pada agama mereka.

Wallahua'lam.
............

harta dunia apapun, lama2 kalau besi akan berkarat, bukan? contohnya la! tapi doa, ayat quran boleh menjadi bekalan bukan saja untuk anak2 malah untuk kita jika anak2 amalkannya. betul tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…