Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Kau bukan dia akhir

Walau jam sudah melewati angka 11.00 pagi, suasana di pejabat itu amat tenang. Hanya sesekali kelibat beberapa orang kakitangan akan kelihatan berbual-bual atau berbincang. Selepas beberapa ketika perbincangan itu pun tamat dan mereka bersurai. Keadaan akan kembali damai.

Di luar, cuaca panas bulan Februari berterusan. Hendak dikatakan kemarau, tidak juga! Namun teriknya seakan-akan membakar diri. Keringat pasti menyimbah tubuh andai seorang berjalan di ruang pejalan kaki yang sesak itu. 
Siti Umairah melemparkan pandangan di sepanjang jalan yang dipenuhi dengan kenderaan. Kereta, motor, bas mahupun lori merangkak perlahan-lahan akibat kesesakan yang tidak pernah tidak berlaku di persimpangan Jalan Pinang di hadapan. Rasa kasihan menular di dalam hati melihat betapa setia dua orang anggota polis bahagian trafik yang bersungguh-sungguh mengawal di situ. Panas atau hujan bagaikan sudah terbiasa. Tugas yang diamanahkan cuba dilakukan sebaik mungkin demi sesuap nasi untuk keluarga yang ter…

Buat air penawar sendiri.

Ustazah Norhafizah Musa (Official)




Assalamua'laikumwarahmatullah..
Insyaallah, mudah2an sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik2, khususnya untuk kesihatan/ kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin. 

Amalan ini ustazah rujuk dalam kitab - ‘Dua’ al-solihin’ ( doa orang-orang soleh) - karangan Syeikh Abi al-Fida’ Muhammad ‘Izzat A’rief, dekan pusat pengajian arab untuk perubatan cara Nabi dan herba Asia Barat. 
Alhamdulillah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah2an sangat mustajab.
Caranya: Baca ayat2 ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.
1. Surah al-Fatihah : 17 X 2. Ayat Kursiy : 17 X 3. Surah al-Ikhlas : 17 X 4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X
Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut2 tanpa minum air jenis lain. Insyaallah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkan. 
Kadang2 ustazah doa dulu sebelum bagi anak2 minum:
" Ya All…

Novel ke 4 : TIADA YANG LAIN

Akhirnya, dapatlah juga kita peluk Zharif ops... maaf! Peluk novel ke 4 kak sofi bertajuk Tiada Yang Lain. Kali ini, dengan production house yang baharu iaitu IDEA KREATIF. 
Cer tengok kulitnya di bawah. Suka tak?

Insyaallah, berikut adalah butiran-butirannya:
Tajuk    : TIADA YANG LAIN
Penulis : ANA SOFIYA
Harga   : RM 24 (semenanjung)/ RM27(sabah/Sarawak) ISBN    : 978-967-12267-0-4 Muka Surat   : 612 Tarikh Terbit : 30 Nov 2013
** Setiap Pembelian online melalui web dan ejen, diskaun RM2 akan diberikan. Pos adalah percuma.
Berminat boleh pm nama-nama berikut di FB: 1. Mazlinda Zainul Abidin 2. Yatie Pyan 3. Sarinah Aini 4. Liza Wati
Sinopsis 
Pertama kali bertemu Zharif, hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.
“Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif
“Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah ora…