apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.10.13

e- cerpen : Aku Bukan Boneka


Aku Bukan Boneka : e-cerpen kelima dalam koleksi e-cerpen kak sofi.

this is one story yang kak sofi tulis lain daripada biasa sebab it's ending is a little bit different. tak ada hepi macam selalu antara hero - heroin. kepada yang dah baca, apa komen anda? kepada yang belum beli dan rasa nak beli, silalah klik ------>


Di bawah ini ialah intronya. harap anda suka!

Wajah gadis jelita itu tampak bosan dalam keriuhan majlis yang dihadiri. Dia bersendirian mengelilingi meja hidangan, mencuit dan mencubit apa jua yang teringin dimakan. Malas dia hendak mengambil pinggan kerana dia tahu, saat ini tidak ada sesiapa yang menghiraukan perlakuannya. Tak siapa peduli! 

“Boring betul. Bila agaknya aku boleh balik ni?” desahnya perlahan. 

Sepasang mata memandang sekitaran, ingin mencari kelibat lelaki yang membawa dirinya ke mari. Dia ingin mengajak lelaki itu pulang. Lagipun hari sudah terlalu lewat. Tidakkah mereka yang berada di sini berasa mengantuk? Weh, dah pukul 2 pagi ni! Gumamnya. 

“Baik aku pergi ambil angin di balkoni. Rimaslah keadaan bising-bising macam ni!” 

Dia melangkah ke arah pintu gelangsar yang terbuka luas. Sebaik sudah mendapat tempat yang sesuai, tangan didepangkan sambil berdiri di atas jemari kaki. Nafas disedut perlahan-lahan. Bila nafas dilepaskan, serentak tangan dijatuhkan ke sisi dan tumit kembali mencecah lantai. Diulanginya beberapa kali sehinggalah rasa kantuk hilang dan mata kembali segar. 

Tiba-tiba telinganya mengesan bunyi suara kaum lelaki ketawa. Hmm, tak lain mengutuk oranglah tu, gerutunya. Orang lelaki pun kalau diberi peluang mengumpat, uisy, kalah orang perempuan! Kaw-kaw, punya!

“Kau dengan Erin tu bila nak kahwin, Zaid? Aku tengok lama dah kau dengan dia. Kalau sebelum ni, usah kata tiga bulan, tiga jam pun kau dah tak tahan dengan mana-mana perempuan. Tapi dengan si Erin ni rasanya dah dekat setahun kau bela dia. Takkan selamanya begini aje?”

Hati berdebar-debar mendengar soalan itu. Soalan yang diajukan kepada Zaid Harith bin Lut. Satu-satunya Zaid Harith yang dia kenali. Soalan yang melibatkan dirinya, Erin Fazlina binti Munif. Soalan yang melibatkan hubungan terlarang mereka berdua.

“Kahwin? Kenapa aku dengan Erin tu kena kahwin pulak, Alif? Kami bahagia sekarang. Sangat bahagia.”

“Zaid, kita ni orang Islam. Orang Islam tak boleh berzina. Dan, itulah yang kau dengan Erin tu sedang buat. Berdosa besar tu! Aku cuma nak ingatkan kau tentang itu.”

“Alah, Alif. Kau nak tahu tak? Dalam dunia ni, dah banyak pasangan yang buat benda tu. Aku dengan Erin ni kira okey, tau. Ada tu, laki orang bersama dengan bini orang. Itu lagilah! Relaks, kawan. Aku muda lagi. Bagilah peluang aku nak menikmati usia muda ni puas-puas dulu. Nanti bila dah kahwin, susah! Lagipun...”

“Apa?”

“Isk, kau ni... Alif. Itupun mahu tanya lagi ke? Alif, Bila seorang lelaki nak kahwin,tentulah dia mahukan seorang isteri yang baik, kan?”

“Aku tak faham.”

Erin turut menggelengkan kepala. Hati berdebar-debar menunggu penjelasan Zaid Harith kepada Alif. Apakah yang Zaid maksudkan dengan ‘Mahu isteri yang baik?’ Tidakkah dia seorang wanita yang cukup baik selama ini?

Mereka berkenalan dalam satu majlis sosial. Dia menemani seorang kawan perempuannya. Kawan sekuliah, Fatini namanya. Saat diperkenalkan kepada Zaid, hatinya sudah terusik. Usikan nakal dan kemesraan Zaid mudah benar membuai perasaannya. Namun, mereka rapat hanya sesudah dia menamatkan pengajian hampir setahun yang lalu.

Zaid Harith seorang usahawan muda yang berjaya. Melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran amat menguntungkan lelaki muda ini. Dan sememangnya, menjadi teman wanita Zaid menjadi impian kebanyakan wanita. Bila Zaid memilih Erin, tentu sahaja Erin merasa bangga. Bila Zaid mula merayu, tentu saja Erin lemah dan akhirnya terkulai dalam pujukan serta belaiannya.

Selama ini, hidupnya mewah. Zaid tidak lokek menghadiahi dirinya dengan segala macam yang diingini. Zaid sentiasa bermurah hati dengannya. Asalkan... Erin mengeluh. Asalkan dia tidak mengandung. Kata Zaid, kalau dia mengandung, lelaki itu akan meninggalkan dirinya. Dia akur, ya, dia akur kerana dia amat mencintai Zaid!

Jadi, tidak cukupkah pengorbanan yang dicurahkan? Tidak cukup baikkah dia di mata Zaid Harith?

“Aku sekarang ni tengah keliru. Hari tu masa aku balik sekejap ke rumah mama aku, dia tunjukkan gambar seorang perempuan ni. Cantik, bertudung litup, graduan lepasan UIA, ambil jurusan syariah. Mama aku nak melamar dia untuk aku....”

“Habis tu? Erin? Takkan kau nak lepaskan dia macam tu aje?”

“Erin? Kenapa pula aku nak lepaskan dia? Aku dengan dia tetap macam sekaranglah!”

“Maksud kau, walaupun kau dah ada isteri nanti, kau akan tetap jadikan Erin perempuan simpanan kau? Mahu ke dia? Tak mengamuk Erin nanti?”

Erin menanti lagi walaupun saat ini hatinya sedang meniti kehancuran. Dia menunggu...

“Alif, aku dengan Erin tak ada sebarang ikatanpun! Aku nak kahwin dengan siapa, dia tak berhak masuk campur. Dia cuma...”

“Kejam bunyi ayat kau ni! Kalau dia dengar,”

“Itu kenyataan okey! Lagipun, dia nak apa lagi? Aku dah beri dia macam-macam! Rumah, kereta, duit? Bakal isteri aku pun belum tentu semewah dia, kau tahu! Cukuplah tu!” 

“Tapi...”

“Hey, tolonglah! Perempuan macam Erin ada di mana-mana. Petik jari aje, datanglah dia orang. Takkanlah dia nak aku jadikan ibu kepada pewaris empayar perniagaan aku, Alif?”

Sepasang mata sudah melurutkan manik manik kecewa mendengar kata-kata yang cukup menggambarkan siapakah dirinya dalam kehidupan seorang Zaid Harith. Cepat-cepat ditinggalkan kedua-dua lelaki itu kerana dia bimbang mereka akan mendengar suara esakannya. Kaki melangkah menjauh, biarpun tubuh dirasakan bagai melayang-layang di awangan. 

Sampai hati dia? Sampai hati Zaid buat aku begini? Aku dah serahkan semuanya pada dia tapi sikitpun dia tak hargai aku. Dia nak kahwin! Tapi bukan dengan aku. Kami tak ada sebarang ikatan. Ooo...patutlah beria-ia dia tak mahu aku mengandung rupa-rupanya dia tak mahu bertanggungjawab. Aku perempuan yang tak cukup bagus untuk dirinya. 

Bodohnya aku! Bodohnya aku!
............

14 ulasan:

  1. ad jugak laki mcm tu..mudah- mudahan Erin berubah ke arah kebaikan

    BalasPadam
  2. Akak, saya dh beli dan dh baca. Tak smpt nk komen sblm ni. Mmg lain dr cerpen akak sblm ni. But I do really hope ada happy ending between Erin & zaid. Kak, citer ni kalau buat novel, mesti tangkap leleh & semestinya best!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sambungannya dlm ebook vol 2. kl nk beli, pm kak sofi di facebook. hehe thanks

      Padam
  3. Sya blum bca lgi..bestz kerk..?

    BalasPadam
  4. Bestz krk..?blum bca lgi

    BalasPadam
  5. Kak macam mana nk beli ya ecerpen aku bukan boneka ya

    BalasPadam
  6. Kak macam mana ya saya nk beli ecerpen aku bukan boneka

    BalasPadam
  7. Kak macam mana saya nk beli ecerpen aku bukan boneka

    BalasPadam
  8. Kak macam mana ya saya nk beli ecerpen aku bukan boneka

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.