apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.8.13

Dah kawin pun kena buat ni juga, tau!


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah memberikan kita panduan untuk mencari keseimbangan dalam hidup kita yang pendek ini. Jom kita sama-sama muhasabah diri kita.

Assalamu'alaikum. Terlalu ramai yang bertanya kaedah mencari 

WORK LIFE BALANCE
Di antara amalan untuk mereka sama ada yang BARU atau DAH LAMA KAhWIN:

1. Jaga solat dengan sempurna 
2. Bangun tidur terus SENYUM & berdoa utk dpt kebaikan dunia & akhirat 
3. Jika sempat, sarapan bersama 
4. Peluk pasangan sebelum pergi kerja bukan sekadar bersalaman 
5. Lakukan kerja dengan terbaik & ikhlas agar dapat rezeki yang berkat & bahagia rumahtangga 
6. Sebelum balik kerja, programkan minda dengan sebut dalam hati: 
Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ni. Aku serahkan kerja & diriku kepada-Mu, Ya Allah! Jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan/keluarga & mudah membantu kerja rumah 
7. Nak masuk rumah baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu 
8. Peluk pasangan & tanya kabar 
9. Buat kerja rumah bersama-sama bagi suami isteri yang dua dua kerja; 
Sama-sama penat, kan? Memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci, dll.
10. Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid) 11. Berbual & dengari pasangan. 
Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sbb isteri cuma nak lepaskan tension dgn bercerita. RAMAI SUAMI YG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar 
12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan & bermaafan 
13. Pagar diri dengan surah al-Fatihah, ayat Kursi & surah 3 Qul. 
Hembus tapak tangan & sapu seluruh badan kecuali tapak kaki & kemaluan 
14. Programkan minda agar esok jika panjang umur dapat menjadi lebih positif, ceria, bersemangat & lebih baik daripada hari ni 
15. Sentiasa berdoa & tawakkal kepada Allah. 

Banyak lagi yang boleh dilakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal untuk dapat WORK LIFE BALANCE. 

Moga Allah rahmati segala usaha kita. 

Aamiin, wassalam.
...........
terima kasih atas perlongsian ini, Dato

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.