apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.7.13

Bab 9 : Hatiku Dibawa Lari.

Bab 9 : Hatiku Dibawa Lari.



“Qif, boleh tak kalau kamu bawak Fazia pergi ke mana-mana sekejap?”
Qif Farhan terpegun mendengar soalan itu. Wajah wan ditatap lama. Sungguh, dia hairan mendengarnya.
Boleh tak kalau aku bawak saja Fazia tu lari? hati nakal berbisik.
“Jangan bawak dia lari, sudah!”
Pipi serta-merta merona merah.
Hailahh.. Wan macam boleh baca isi hati aku pulak, encik pelakon menggumam.
“Kamu bawak dia pergi air terjun kat Air Putih sana. Ajak Zarina dengan Idlan pergi sekali. Tenangkan hati Faz dekat sana. Boleh?” Wan bertanya lagi. Kali ini siap dengan menepuk-nepuk bahu anak muda itu.
Pucuk dicita ulam mendatang, kata hati encik hero.
Permintaan wan memang menepati hajat dan keinginannya sendiri. Sejak ke empat-empat orang itu sampai tadi, hati dan jantungnya rasa semacam. Otaknya ligat berfikir dan cuba merumus sesuatu. Tapi dia tak tahu di mana nak cantum semua cebis-cebis persoalan. Yang dia tahu, dia tak suka kepada lelaki muda yang mungkin sebaya dengan dirinya itu. Terutama kerana dari sejak keluar kereta, sepasang mata itu asyik mencuri pandang ke arah cik orang gaji.
Hisy, memang tak boleh diterima akal!
Kenapa lelaki itu merenung wajah cik orang gaji dengan renungan yang seolah-olah nak beritahu yang dia rindu benar pada gadis itu? Apa hubungan mereka? Fazia hanya orang gaji dalam rumah ini. Orang gaji mak tok dan wan. Atau, mungkinkah dahulu cik orang gaji pernah bekerja di rumah anak mak tok? Bukankah Zarina pernah cakap yang dia nak hantar Fazia balik ke Kuching kalau cik orang gaji melawan arahannya?
Encik pelakon senyum sambil ketip ibu jari dengan jari telunjuk. Seronok kerana sudah dapat menghubungkait beberapa kejadian melibatkan cik orang gajinya. Tapi, seketika kemudian senyum itu mati. Beberapa soalan terpacul tiba-tiba.
‘Dia bertunang dah? Dengan mamat bajet handsome tu? Ya ke? Macam mana boleh bertunang? Mereka bercinta? Takkan perempuan tak cukup skru tu pandai bercinta pulak?’
“Qif Farhan? Kenapa kamu? Susah sangat ke nak bawak Faz tenangkan fikiran dia tu?”  
Wan mengerut dahi. Sungguh dia hairan melihat gelagat encik hero yang pelik. Sekejap nampak seperti susah hati. Sekejap nampak garang. Sekejap keliru. Apakah yang sedang membolak-balikkan hatinya?
Encik hero segera menggeleng. Cepat-cepat dia menjawab. “Tak, wan. Tak susah. Sekarang jugak saya ajak dia pergi.”
Laju langkah diatur ke arah belakang rumah. Tadi dia nampak Fazia pergi ke situ. Dia bertembung dengan Abang Jai. Terus lelaki itu ditanya, “Abang, nampak Fazia tak?”
“Kamu nak buat apa dengan dia?”
Tersengih lebar encik pelakon mendengar soalan itu. Otak dah bayang macam-macam. Tapi takkan nak cerita kepada Abang Jai kut?
“Segala urat saraf dalam kepala otak kamu tu, Qif, bagi betul sikit. Lain macam aje abang tengok. Jangan nak macam-macam, ya! Faz tu budak baik, tahu?”
Bulat mata Qif Farhan mendengar suara Abang Jai yang garang.
Kenapa macam tak puas hati aje? Selalu tak macam ini pun, hati menggumam.
“Dia ada kat tepi garaj belakang. Ada orang tengah dok merayu apa entah.” Abang Jai memberitahu sekali gus menyentak hati encik pelakon.
“Apa, bang? Ada orang merayu cik orang gaji? Siapa?”
Biarpun hati sudah dapat mengagak namun tetap mulut gatal hendak bertanya. Tetap hendak tahu juga.
“Siapa lagi? Budak yang baru sampai tulah. Dari tadi asyik membebel tak henti-henti. Yang Faz pulak boleh diam aje. Hisy, geram betul abang tengok. Rasa macam nak bawak dia lari aje!”
Sekali lagi mata encik pelakon membuntang. Kali ini bersama dengusan kerana hati sudah panas. Mana tidaknya? Gadis yang dia suka rupa-rupanya ramai juga yang berminat. Ni, abang Jai pula? Budak tu muda lagi kut?
Laju langkah diatur mencari garaj di belakang rumah. Mencari Fazia sebetulnya. Tak mahu tangguh lagi. Karang, buatnya hati Fazia cair mendengar rayuan dan pujukan encik ‘Kuching’, habislah dia! Melepas pula!
Dia sudah nampak Fazia. Nampak lelaki itu juga. Amboi, bukan main beria-ia bercakap dengan gerakan tangan ke atas dan ke bawah. Penuh emosi sungguh! Tak lain hendak mengayatlah tu!
“Faz1” Qif Farhan melaung. Sengaja hendak mengganggu. Sengaja hendak suruh lelaki itu berhenti bercakap. Dan, dia berjaya. Kini, dirinya ditenung oleh si dia bagai hendak menelan hidup-hidup. Tapi... hati terus berdegup laju-laju apabila Fazia bagaikan seronok sangat melihat dirinya. Seolah-olah kehadirannya sudah lama dinanti-nanti.
Cewah... perasanlah Qif!
“Qif...”
Oh, rasa nak luruh jantungnya. Buat pertama kali namanya diseru dalam nada lembut menggoda oleh cik orang gaji. Ah, bahagia sungguh perasaan.
Fazia berasa sungguh-sungguh lega dengan kehadiran encik pelakon. Tanpa sedar dia telah memanggil nama lelaki itu. Tapi, dia rasa, encik pelakon mesti tak kisah. Sebab, wajah lelaki itu kelihatan tersenyum manis ke arahnya.
“Faz, you buat apa kat sini? Jenuh I cari you tadi tau,” balas encik heronya sambil menatap wajah Fazia lembut. renungannya redup memukau. Kali ini hati cik orang gaji pula yang dug dag dug dag.
“Awak cari saya?”
Qif Farhan masih lagi tersenyum. Dia mengangguk.
“You dah lupa, ya? Lupa janji kita?” tanya dia sungguh-sungguh. Saja nak bagi cik orang gaji konfius sikit. Suka tengok muka bersalah dia. Hmm...
“Janji?”
“Ya, sayang. Janji kita. Come onlah! Takkan tak ingat?”
Wah, hampir ternganga cik orang gaji dengan gelagat encik pelakon. Hari ini, saat ini, barulah Fazia dapat mengiktiraf bakat lakonan lelaki di hadapannya ini. Memang mantop! Berkesan sungguh sehingga si dia di sebelahnya ternganga mulut. Wah, nampaknya lelaki ini akan berjaya disingkir sebentar lagi.  
“Sebab you lupa, I nak denda you sekarang.” Tak agak-agak, terus sahaja Qif Farhan menarik tangan cik orang gaji. Fazia sengih lebar. Tekaannya yang encik pelakon akan bebaskan dia daripada Johan tepat sekali.
Namun pergerakan terbantut apabila tangan kiri Fazia disentap oleh Johan.
“Faz, kita tak habis lagi sembang, sayang. And, Faz kena ingat yang Faz tu tunang abang. Faz tak boleh sesuka hati nak bersama dengan lelaki lain, tahu!”
Qif Farhan berhenti melangkah. Garang wajahnya memandang Johan. Seketika mereka saling melaga pandangan. Renungan yang garang dan mencerlung.
She is mine. You are tresspassing, hati Johan mengutuk encik pelakon.  
You buta ke? Tak nampak muka Fazia yang fobia tengok you?
Hello, fobia atau tidak, dia hak aku!
You ada cop nama you kat hati Fazia ke? Sekalipun you dah cop, I boleh tanggalkannya, okey!
“Err, Faz bukan tunang abang lagi. Sebaik saja abang lari dengan Fariza, Faz terus pulangkan semua yang abang beri pada emak abang. Termasuk duit hantaran RM25 ribu tu. Ayah dengan ibu pun Faz dah bagi tahu lama dulu. Jadi, antara kita dah tak ada apa-apa, bang.” Akhirnya Fazia bersuara.
“Dah dengar? Dia bukan tunang you. So, excuse us. Kami ada benda nak buat sama-sama. Babai!” Sekali lagi encik pelakon tarik tangan cik orang gaji meninggalkan Johan terkulat-kulat.
Johan hanya mampu memandang dalam pandangan sayu. Namun dalam hati dia berazam dengan lebih kuat. “Tak siapa boleh ambil Faz dari tangan abang. Percayalah, abang akan kembalikan kepercayaan Faz pada abang. Abang kan cinta pertama Faz? Abang akan pastikan abanglah cinta terakhir Faz jugak. Dia, mamat poyo pelakon perasan tu tak akan boleh rampas Faz dari abang. Tak akan!”              
...........
"I tak faham."
Fazia toleh kiri. Wajah lelaki di sebelahnya direnung seketika sebelum dia melepaskan keluhan. "Tak payah fahamlah!"
Qif Farhan terkedu. Sentap sekejap mendengar suara tanpa ehsan itu. 
"Tak ada apa yang menarik untuk awak fahamkan pun!" kata Fazia, melontar pandangan ke arah air yang mengalir turun daripada anak bukit di sudut kanan mereka. Air terjun di Air Puteh itu masih jernih, masih bersih mengalir tanpa henti ke arah takungan di sebelah bawah di mana ramai pengunjung berada. 
"You tengok kat air terjun tu buat apa? Tengok I kan bagus? Tenang hati you nanti," kata encik pelakon sambil menguntum senyum. 
Fazia buat gaya model syampu sehingga tudungnya sapu wajah hensem encik pelakon. Terkejut dengar lawak yang keluar daripada mulut lelaki itu. Siap ternganga mulut cik orang gaji jadinya.
Qif Farhan menundukkan muka untuk berbisik perlahan. "Tutup mulut tu, Faz. Kalau tidak I yang akan tutup dengan..."
"Tangan awak? Yalah, saya tutup. Tapi awak kena janji. Jangan cakap merapu kat sini ya. Saya takut."
"Takut apa?"
"Takut awaklah. Takut apa lagi?"
Erk? Ingat tak faham. Yalah budak kecil, kan? Rupa-rupanya otak cik orang gaji ni merewang jugak. 
Qif Farhan menyengih semula. Seronok melihat cik orang gaji yang pura-pura tengok ke lain. Fazia tak tahu yang saat ini, apa juga yang dibuat semuanya nampak comel kat mata si pelakon. Indah dan menarik.
“Saya sayang dia, awak. Sayang sangat. Bila dia lari dengan Fariza, tak tahu nak cakap betapa sedih hati saya ni. Sebab itu tanpa fikir panjang saya serahkan balik semua yang dia bagi pada saya. Saya putuskan hubungan kami. Tapi, sebaik dia dapat tahu, dia patah balik. Dia cuba cantumkan balik hati saya yang dah bersepah, berkecai dek perbuatan dia. Saya jadi takut. Sebab itu saya lari balik ke sini. Saya yakin sangat yang dia tak akan cari saya lagi. Tapi saya dah silap. Dia tetap datang. Tetap merayu. Itu bukti cinta dia. Kan, awak?”
Qif Farhan terpana. Hilang sudah rasa bahagia dalam hati. Sungguh, dia hilang kata. Lembut bicara yang meniti keluar daripada bibir cik orang gaji menggusarkan hati. Ketenangannya hilang. Keriangannya pergi bersama sedih wajah yang terpamer di sisinya kini.
“You... you sayang dia lagi ke?” Hanya itu yang mampu ditanya dalam gelojak perasaan.
Fazia menarik nafas dalam-dalam. Lama. Dia seolah-olah berfikir dengan amat-amat bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan encik pelakon itu.
“Dia cinta pertama saya...”
............

rasa-rasa uols, apa Qif Farhan rasa? dan yang penting, akan mengalahkah dia? jawapannya.. tunggu!!! 

8 ulasan:

  1. Mesti Qif rasa nak pengsan!! Tapi... cinta pertama x semestinya bersatu kan?

    BalasPadam
  2. Uit... Mahu kecewa hati Qif ni. Haha, Sudah ada bunga-bunga cinta dalam hati. Best kak Sofi :)

    BalasPadam
  3. Retak seribu tak hatimu wahai encik hero?

    BalasPadam
  4. Encik pelakon nak buat opera cina ke???bertukar topeng utk memikat cik org gaji...

    BalasPadam
  5. haha..qif baru tau ade ramai saingan anda ye..haha

    BalasPadam
  6. citer ni xde sambung ke??
    best la..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.