Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Bab 9 : Hatiku Dibawa Lari.

Bab 9 : Hatiku Dibawa Lari.


“Qif, boleh tak kalau kamu bawak Fazia pergi ke mana-mana sekejap?” Qif Farhan terpegun mendengar soalan itu. Wajah wan ditatap lama. Sungguh, dia hairan mendengarnya. Boleh tak kalau aku bawak saja Fazia tu lari? hati nakal berbisik. “Jangan bawak dia lari, sudah!” Pipi serta-merta merona merah. Hailahh.. Wan macam boleh baca isi hati aku pulak, encik pelakon menggumam. “Kamu bawak dia pergi air terjun kat Air Putih sana. Ajak Zarina dengan Idlan pergi sekali. Tenangkan hati Faz dekat sana. Boleh?” Wan bertanya lagi. Kali ini siap dengan menepuk-nepuk bahu anak muda itu. Pucuk dicita ulam mendatang, kata hati encik hero. Permintaan wan memang menepati hajat dan keinginannya sendiri. Sejak ke empat-empat orang itu sampai tadi, hati dan jantungnya rasa semacam. Otaknya ligat berfikir dan cuba merumus sesuatu. Tapi dia tak tahu di mana nak cantum semua cebis-cebis persoalan. Yang dia tahu, dia tak suka kepada lelaki muda yang mungkin sebaya dengan dirinya itu. Te…