Langkau ke kandungan utama

Hatiku Dibawa Lari 5

bab 5 dh masuk. tak tahulah apa yang kak sofi merapu meraban tapi harap2 you all bear with me, yeah... selamat membaca, okey. 

Hatiku Dibawa Lari


Bab 5



Pagi yang nyaman. Semilir berpuput lembut. Embun masih merintik. Di ufuk timur, bebola panas sedang menonjol wajah demi menghias permukaan bumi memberi keindahan dek hiasan warna yang dipancarkan.

Tadi, di halaman rumah agam ini riuh rendah kerana para petugas drama sibuk menyediakan set penggambaran drama 30 episod di mana Qif Farhan menjadi heronya. Kini suasana sekeliling senyap sunyi. Diam, tiada bunyi. Orang kampung yang ramai berpusu-pusu mengelilingi set tidak lagi bercakap-cakap. Masing-masing begitu teruja ingin menyaksikan hero pujaan yang kacak bergaya menjalani penggambaran. 


Kereta Mini Cooper dipandu laju dan diberhentikan keras di anjung rumah. Encik hero membuka pintu dan keluar dalam aksi bengang. Pintu kereta kemudian dihempas kuat. 

“Eeii, tak berkenan betul tengok orang kasar-kasar ni. Tak boleh ke tutup pintu kereta tu perlahan sikit? Kut ia pun marah, tak payahlah nak hempas segala benda,” ujar Fazia sambil mencebik. Ketika itu dia berada di tepi rumah, sedang mencantas daun pokok bunga kertas. Memang sudah menjadi hobi sedari kecil untuk ‘prune’ pokok. Fazia suka melihat pokok yang sudah dibentuk elok daunnya. 

“Faz, apa yang kamu rungutkan ni?” tanya Mek Yah sambil tersenyum-senyum. 

“Yang Mek Yah duk sengih-sengih tu kenapa? Kalau suka sangat tengok orang tu berlakon, pergilah menirai kat depan sana. Yang berdiri sebelah Faz ni buat apa?” sindir Fazia. Bengang juga apabila perhatian semua orang tertumpu kepada encik pelakon. Entah apalah aura Qif Farhan sehingga berjaya memukau semua orang, Fazia tak tahulah.

“CUT!!”

Qif Farhan menarik nafas panjang. Serentak, tangan kanan mengusap rambut. Badan pula disandarkan ke pintu kereta sambil menanti tuan pengarah datang mendekatinya.

“Qif, kenapa ni? Dah dekat sejam dengan take yang sama. Kalau you tak ada mood, kita stop dulu, ya!” 

“No! Tak payah! I tak nak buang masa you all semua. Sorry sebab mood lari sikit, Wan.” balas Qif Farhan sambil memberi isyarat kepada Idlan untuk menghampirinya. 

“Sure?” 

Qif Farhan angguk. Tuan pengarah turut mengangguk sebelum berkata. “Kalau macam tu, be ready dalam 5 minit lagi, okey!” 

“Kenapa Qif?” tanya Idlan sebaik Wan Mustafa menjauhi mereka. 

“Where is she?”

Idlan jungket kening. Tak faham. 

“Orang gaji tu. Mana dia?”

Aik? Makin berkerut dahi encik pengurus. “Kenapa you tanya?” soal Idlan pula.

“I rasa macam dia duk mengutuk lakonan I aje, Idlan. Sampai I tak boleh nak bagi tumpuan tadi, you tahu tak?” luah Qif Farhan. Kerana itulah yang dirasainya. Dia berasa terganggu. Terasa bagaikan cik orang gaji sedang menghendap sambil mencebik dan mengutuk setiap pergerakannya.

“Hisy, dia mana ada kat sini. I tak nampak pun dia sepanjang pagi ni, Qif. Pelik you ni. Tiba-tiba aje pulak you risau dia kutuk lakonan you? Selama ni you tak pernah ambik peduli apa orang kata kat you. Ni apasal tiba-tiba pendapat orang gaji tu jadi penting pulak?” rungut Idlan. 

Sekali lagi muka diraup. Rambut dielus kasar. Sukar mencari jawapan kepada persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya. 

“Bos, ni air untuk bos. Mesti bos dahaga sangat sampai suara tak keluar masa berlakon tadi kan?”

Dah sampai pun dia! Terus dada jadi dug dag. Wajah polos yang tudungnya sentiasa senget itu ditatap. Entah kenapa semakin direnung semakin cantik pula cik orang gajinya ini pada pandangan matanya. 

“Bos, cik orang gaji bawak air tu. Cepatlah ambik!” usik Idlan sambil menyiku pinggang Qif Farhan yang kelihatan ralit menatap wajah si dia. Hai, pelik betul perangai anak bujang Encik Umar dan Puan Sarina ini. Tengok muka comot itupun boleh jadi sebegini ralit? Dah terpesona ke apa? hati Idlan tertanya-tanya. 

“Bos??”

Qif Farhan tersentak. Terus dicapainya gelas dan air oren di dalam bekas itu diteguk rakus. 

“Hmm, thank you. I need that!” ujarnya sambil meletakkan gelas ke dalam talam comel di tangan Fazia. Namun wajah masam gadis itu menyebabkan dia tersentak. Laju dia bertanya, “Kenapa muka you masam aje tu? You marah I ke?” 

“Awak tu... kenapalah orang suka sangat pada awak? Minum air oren pun gelojoh bukan main. Nak kata pandai berlakon sangat pun tidak, asyik ulang berapa kali tadi? Saya tak faham betullah,” balas Fazia selamba. 

Qif Farhan pandang muka Idlan. “Kan betul I cakap? Dia hendap I tadi sebab tu hati I tak tenang. Dialah penyebab I tak dapat tumpukan perhatian!”

Terkebil-kebil biji mata Fazia memandang wajah Qif Farhan yang baru sahaja menuduh dirinya yang tidak-tidak. Dia dikatakan penyebab kepada gagalnya lelaki itu berlakon tadi. Adakah patut?

“Kenapa you hendap I hah?” Qif Farhan sudah bercekak pinggang. Geram dengan Fazia sudah di tahap maksimum. Penyibuk betul perempuan ni, fikirnya. 

“Tak ada maknanya nak hendap-hendap awak, encik pelakon. Saya tengok gitu-gitu aje tadi. Sambil-sambil saya cantas daun pokok bunga kertas di sana tu,” tegas Fazia. Tak suka apabila dia dituduh menghendap. Apa kes dia hendak buat perkara yang memalukan itu? Tak adanya dia terhegeh-hegeh hendak tengok lelaki itu. Bukan dia suka pun! Lainlah kalau Adi Putra yang jadi hero. Mesti duduk di hadapan sekali sebab nak minta autograf nanti. Hmm...

Mata mencerun marah. Kening sudah berkerut. Jawapan selamba cik orang gaji sangat-sangat menyakitkan hatinya. Kalau ya pun tak suka tak bolehkah gadis itu sembunyikan perasaan bencinya? Kenapa harus jelas dan nyata? Sebagai seorang yang popular dia berasa hampa, tahu. 

“Saya nak masuk dalam rumah dah ni. Saya cari awak sebab nak sampaikan pesanan wan. Wan cakap, malam ni dia nak awak jadi imam waktu solat maghrib dan isyak. Termasuk jadi ketua waktu baca Yaasin. Wan cakap, bukan saya cakap, ya... Lelaki yang baik bukan setakat boleh berlakon jadi hero tapi boleh jadi imam, pembimbing dalam hidup sebenar. Itu aje!” 

Fazia mula mengatur langkah meninggalkan encik hero dan encik pengurus dalam keadaan ternganga mulut masing-masing. Dia tersengih sampai ke telinga. Seronok dapat mengenakan Qif Farhan. Melihat wajah cemas lelaki itu tadi, dia yakin bahawa sekejap lagi, lelaki itu pasti akan pergi dari sini. Pasti lelaki itu takut. Pasti gementar! Tak akan mampu buat semua yang dia sebut tadi. Tak akan!



“Kenapa kamu ni, Fazia? Kenapa kamu buat macam tu? Dan yang paling mak tok tak sangka, kenapa kamu sanggup menipu? Melampau betul kamu ni! Sebab kamu, wan jadi malu dengan Qif, tahu tak?” 

Fazia tunduk, tak berani panggung kepala. Tak berani nak tengok wajah datuk dan neneknya. Dia tahu, saat ini kedua-duanya sudah naik angin. Sebab itu sekarang mereka mengamuk kepadanya. Semua kerana penipuannya pagi tadi. 

“Nasib baik budak Qif tu datang jumpa wan petang tadi, tahu? Dia mintak tolong wan dengar dia baca al-Quran. Dia mintak tolong wan betulkan tajwidnya. Mula-mula wan hairan jugak tapi bila dia ucap terima kasih dan cakap yang dia berasa yakin dapat jadi imam, masa tulah rahsia kamu bocor. Berani betul kamu ya, Faz? Kenapa kamu buat macam tu?” tanya wan dalam nada suara yang tinggi. Memang jelas kemarahannya. 

Waktu inilah kalau boleh Fazia sangat-sangat perlukan Mak Su Zarinanya. Kalau mak su ada, tentu mak su akan backing perbuatannya itu. Tentu mak su sokong. Tapi, wan dan mak tok langsung tak benarkan mak su masuk ke dalam bilik ini. Nampaknya terpaksalah Fazia tanggung sendiri akibat daripada perbuatannya.

Sungguh dia tidak menyangka yang Qif Farhan boleh dan berjaya menjadi imam tadi. Sangkanya encik pelakon yang culas bangun pagi itu manalah berani menyahut cabarannya. Fikirnya lelaki itu akan ca alif but – C.A.B.U.T! Tapi, lain yang diharap lain yang telah terjadi. Sebaik sudah selesai tahlil dan makan-makan, ramai yang menyerbu lelaki itu dan mengucap tahniah. Dan, yang lebih menyakitkan hatinya, ada pulak emak-emak yang merisik tentang Qif Farhan. Konon berhajat nak buat menantu. Ceh...

“Wan nak kamu mintak maaf pada dia, Fazia,” perintah wan. Suaranya penuh ketegasan.

Fazia muncungkan bibir. “Kenapa pulak? Bukannya dia dimalukan pun. Malah ramai yang puji puji dia. Siap nak buat calon menantu lagi,” bidasnya.

“Jangan degil Faz! Kalau kamu tak mahu wan hantar kamu balik ke Kuching dan kahwin dengan budak Johan tu, kamu kena mintak maaf dengan Qif. Kalau tidak...”

Fazia sebak mendengar arahan wannya. Dia tahu, dia mesti patuh kepada arahan itu. Dia kenal benar dengan wan. Kalau wan janji akan hantar Fazia balik ke Kuching, memang itu yang akan dilakukannya tanpa teragak-agak. Ah, semakin bertambah rasa benci kepada lelaki itu. Semakin meluat kepadanya. Kenapalah dia harus ada ciri-ciri baik itu? Tak sangka betul! Sungguh! 

“Fazia!”

“Yalah! Yalah! Nanti Faz mintak maaf daripada dia.”

“Kena ikhlas!”

Fazia mendengus. “Yalah, mak tok! Ikhlaslah ni!” jawabnya sambil bangun. Dia ingin keluar dari bilik itu. Panas hati dengan tingkah mak tok yang memaksa.

“Faz...”

Suara wan menghentikan langkah. Dia menoleh memandang wajah datuknya. 

“Jangan benci sangat pada dia. Jangan suka cari salah dia. Jangan pernah fikir yang kamu lebih baik daripada dia. Kamu kena selalu ingat yang setiap kita ini tak dilahirkan sempurna. Dia tak sempurna, kamu pun tak sempurna. Ingat pesan wan ni! Hari ini kamu nak buka aib dia, esok-esok Allah buka aib kamu pulak. Kamu nak ke begitu? Nak ke kalau kekurangan diri kamu, kalau keburukan kamu, diketahui orang lain?” 

######

“Awak, saya minta maaf.” 

“Untuk?”

“Alah, tanya pulak?”

“Bila minta maaf, you kena nyatakan kenapa you minta maaf. Baru I boleh fikir sama ada nak maafkan you atau tidak.”

“Ah, tak nak maafkan, sudahlah!” 

Qif Farhan tersengih memandang skrin telefon pintarnya. Dia menggeleng. Gerampun ada, kasihanpun ada juga kepada gadis yang banyak perangai itu. Gadis yang begitu berani menguji dirinya. Langsung tidak takut atau sedar yang dirinya hanyalah orang gaji sahaja. Sungguh! Kalau perempuan lain yang cuba memalukan dirinya sebegitu, sudah tentu tanpa teragak-agak dia akan meminta wan berhentikan cik orang gaji. Tetapi, entah mengapa, dengan Fazia, dia jadi kagum pula! 

Kagum? 

Ya! Dia kagum dengan keberanian Fazia menguji dirinya. Kenapakah Fazia melakukan begitu? Mungkinkah kerana dia seorang pelakon? Mungkinkah kerana sejak menumpang di rumah itu, dia selalu terbabas di waktu Subuh sehingga cik orang gaji terpaksa naik mengejutkan dirinya? Apakah kerana sebab-sebab itu dia dianggap seorang lelaki Islam yang jahil? 

Tapi, dia seronok melihat reaksi gadis itu tadi. Sangat-sangat terkejut agaknya kerana dia berjaya menyahut cabaran? Langsung tak berani nak tengok muka dia! Langsung mengelak untuk memandangnya. 

Qif Farhan ketawa besar kerana kini gilirannya pula untuk mengenakan si dia. Adakah patut meminta maaf dengan pesanan ringkas? Mana aci?

“Cik orang gaji, sila naik ke bilik I sekarang!” SMS dihantar diiringi senyuman.

“Sekarang? Awak nak apa malam-malam buta ni?” 

“Kalau you tak naik, I akan jumpa wan dan suruh dia pecat you.” Qif Farhan harap ugutan itu berjaya menakutkan Fazia. 

Fazia mencebik namun tudung tetap dicapai dan dipakai. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik itu. Sampai di luar pintu bilik Qif Farhan dia hantar pesanan memberitahu dia sudah ada di luar pintu.

Qif Farhan membuka pintu luas-luas. Melihatnya, Fazia terus tutup muka. Tak sanggup nak tengok. 

“Fazia...”

Suara lembut encik pelakon menyebabkan Fazia buka sebelah mata. Mengintai di sebalik jari-jemari yang direnggangkan. Betapa terkejut apabila menyedari yang lelaki itu terlalu hampir dengannya. 

“Awak, awak nak buat apa ni?” tanya Fazia sambil mengundur ke belakang, ke dinding rumah. Wajahnya dah jadi pucat. Takut! 

Qif Farhan menguntum senyum senget. Kening terjungket ke atas. Tajam matanya menikam anak mata cik orang gaji. Dia bertanya, “You rasa, I nak buat apa?”
............
so, what do you think will happen next? jeng jeng jeng...

Ulasan

  1. Nice kak sofi..terubat rasa hati yg tgh geram ni..thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. geram kat siapalah agaknya tu hehe

      Padam
  2. best lh kak sofi.sengih sorang2x bila baca n3 ni.hihihi

    BalasPadam
  3. jangan la fazia tertangkap basah dgn tok dan wan dia!!
    kalau tertangkap ngan tok dan wan, mesti fazia kena blk kuching kan..time tu br la Qif Farhan menyesalkan sbb dh terlepas Fazia, nak2 bila Fazia kena kawin jgak dgn Johan

    BalasPadam
  4. Ooo...kire qif ni boleh jd imam la..bkn skdar pelakon y xtau pape...kihkihkih.... ;p

    Saje je c qif tu nk usik faz... Bkn dia nk wt pape pn... ;D


    -nOOr

    BalasPadam
  5. Testing. Sbb byk kali post comment, tak dr keluar any notification pun.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…