Langkau ke kandungan utama

Hatiku Dibawa Lari 4

ni n3 tangkap muat. xdiedit. pakai tuls aje. menampilkan sikap fazia yang suka cakap lepas dan sikap Qif Farhan yang perasan bagus. harap anda suka kisah gila2 ini. apa2pun, komen anda sangat2 kak sofi harap demi nak bagi satu kisah yang lebih menarik. semoga hepi masa baca nanti. 

Hatiku Dibawa Lari

4



Terkekek-kekek Mak Su Zarina ketawa sambil guling-gulingkan diri atas katil dalam bilik tidur Mek Yah yang kini jadi bilik tidur rasmi anak saudaranya, Fazia. Bukan main riuh dia gelak biarpun sudah berkali-kali Fazia suruh dia diam. Langsung tidak diendah jegilan gadis itu kepadanya. Makin menjadi-jadi tawa yang terhambur adalah...


“Mak su, Faz tanya ni. Sesuai atau tidak baju ni dengan skop kerja baru Faz tu?” tanya Fazia dengan gaya ala-ala model merapati mak su yang masih lagi mengekek. ‘Ada juga makhluk yang aku sekeh ni kang!’ hati berbisik geram.

“Memanglah sesuai, Faz. Tapi, mak su nak tanya sikit. Mana kamu dapat baju kedah dengan kain batik tu?” tanya emak saudara.

Anak saudara terus tersengih. “Mak su ni... Baju sendiri pun tak kenal ya? Baju kedah ni semua baju mak sulah! Faz selongkar almari mak su tadi.” 

“What? Baju mak su?”

Ketika Mak Su Zarina hendak menengok, Fazia segera mencapai baju-baju yang baru sudah digayakan lantas membawa kemas ke dada. “Dah bagi, tak boleh tengok. Nanti nak balik, mana aci? Buruk siku namanya tu!” gumamnya.

Mak Su Zarina garu kulit kepala. “Habis, kain batik tu...”

“Mak su mana ada kain batik? Ni semua mak tok punya.” Fazia sudah tersengih. Melihat riak wajah mak sunya, dia teringat kepada riak wajah mak tok tadi. Macam tak percaya dia nak pakai kain batik. Tapi sebenarnya, Fazia sendiri tak yakin dia boleh pakai kain batik. Manalah reti nak ikat sebab tak pernah cuba pun selama ini. Tapi, nak buat macam mana? Dalam semua drama Melayu yang ditonton dalam televisyen, watak orang gaji sinonim dengan kain batik dan baju kedah. Jadi, dia perlu akur. 

“Faz, kamu jangan berkain batik bagai.”

Erk? Kening Fazia dah jongket ke atas.

“Mak su tak percaya dengan Qif tu. Dia tu buaya tembaga, bukan boleh percaya sangat.”

Fazia gelak besar mendengar ujaran peminat nombor satu encik pelakon itu. Dalam suka sangat itu pun masih juga mengutuk. Bukanlah ‘kipas susah mati’ seperti sangkaannya selama ini. 

“Yang kamu gelak sangat tu kenapa? Tak percaya?” tanya Mak Su Zarina. 

“Kata minat?” Fazia menyindir.

“Minat tapi mata mak su tak buta. Telinga ni pun tak pekak pada gosip tentang dia. Lelaki macam tu yang dah jemu dengan gadis-gadis KL, akan cari mangsa macam kamu ni lah... Gadis kampung yang genit, melawan, suka cari pasal dengan dia. Kamu kena hati-hati, tahu!” Mak Su Zarina mengingatkan.

Fazia ketawa. “Mak su, Faz ni bukan gadis kampung yang genit, melawan dan suka cari pasal dengan dia. Dia yang suka cari pasal dengan Faz. Alah, Faz tak akan jadi mangsa dialah. Tak ada dia hendak orang kampung comot macam Faz ni. Relaks okey!” 

“Mak su boleh relaks tapi dengan satu syarat. Jangan pakai kain batik. Pakai seluar track.” 

“Alah, Faz cuma ada 2 helai aje.”

“Tak apa. Biar mak su pergi beli 10 helai untuk kamu. Janji kamu tak pakai kain batik depan Qif. Risau mak su tengok dia duk juling mata tengok...”

Ayat tak sempat habis, muka dah kena baling dengan bantal. “Mak su ni kijams...” jerit Fazia sambil tutup muka. Malu benar dia disakat begitu. 



“You pergi mana tadi?” Qif Farhan bertanya sebaik cik orang gaji duduk di hadapannya. Idlan yang berdiri di sebelah gadis itu tidak diendahkan. Dia sedang marah. Sakit hatinya melihat suasana di dalam bilik itu yang serba merah jambu. Adakah patut diri dia yang sasa dan tegap ini disuruh mendiami bilik yang sangat feminin? 

“Encik pelakon, saya bukan orang gaji awak, tahu. Saya ni orang gaji mak tok dengan wan, tuan rumah ni. Jadi, saya tak perlu lapor diri pada awak. Faham?” 

Buntang mata Qif Farhan mendengar kata-kata Fazia. Bukan main berani lagi menyanggah kata-katanya? Memang nak kena! Tapi, belum sempat buka mulut, Fazia menyerang lagi. “Sejak awak sampai kat sini awak asyik nak naik angin aje. Ada aje yang tak kena, eh? Hello, siapa yang paksa awak tinggal di rumah ni?”

Encik pelakon terus hentak meja. “You berani lawan cakap I? You siapa nak tegur apa I buat? Hah, orang gaji tapi berlagak macam anak cucu tuan rumah pulak. Banyak mulut pulak tu!” marahnya.

Dahi Fazia sudah berkerut. “Mana saya ada banyak mulut? Mulut saya satu aje, encik pelakon.” balasnya dengan riak wajah suci murni. 

Idlan sudah ketawa. Geli hati melihat wajah Qif Farhan yang sudah merona merah. “Sabar ajelah, Qif. I sokong jugak cakap si Faz ni. Yang you beria-ia nak tinggal kat sini, kenapa? Production bila-bila masa aje boleh book bilik kat mana-mana hotel yang you nak. Tak mahu di Kulim, you boleh mintak duduk kat Penang. 5 star, man! Kat sini...”

“Eh, encik pengurus. Kat rumah ni pun semua ada apa?”

“Apa yang ada?” Mamat poyo sudah bercekak pinggang. Geram.

Fazia jeling tajam. “Memang tak tahu bersyukur. Tengoklah... bilik air dalam bilik. Dalam bilik air tu ada pancuran lagi. Almari pasang siap, air cond pun ada. Awak nak apa lagi?” marahnya. 

“I tak suka bilik ni. I hate pink! Faham tak?” 

Fazia sudah bangun. Menyampah benar dengan kerenah kebudak-budakan encik pelakon. “Kalau tak suka, ikut cakap encik pengurus. Pergi book hotel 5 bintang di Penang. Rasanya, dengan kereta Mini Cooper awak tu, awak tak akan sampai lewat ke mari. Betul tak Encik Idlan?” katanya sambil berlalu meninggalkan dua lelaki dalam keadaan terpinga-pinga. 

Itu kisah semalam. Kisah sebelum wan datang jenguk encik pelakon dalam bilik dan mempelawa dirinya naik ke tingkat 3. Setelah naik ke tingkat 3 dan ditunjukkan dengan bilik mewah ini, lain jadinya. Terus rasa kagum menerjah diri. Tak sangka, di kampung aje pun tapi rumah banglo ini mewah segala-gala. 

“Wan harap kamu suka bilik ini, Qif.” 

Qif Farhan senyum. Mahu tak suka? Ini satu-satunya bilik di tingkat atas. Luas dan ada privasi untuknya. Dalam bilik ini pula segala-gala sudah tersedia. Ruang untuk berehat dan bersantai, ruang untuk menatap komputer dan internet, sudut kecil untuk bersenam dengan treadmill dan upright bike. Katil bersaiz king yang berhias indah dan yang paling penting... terpenting, ialah TIDAK ADA WARNA MERAH JAMBU. Fuh, lega! Ni, kalau cik orang gaji tengok, mesti jeles! Dan senyuman menjadi semakin lebar.

Sebaik sahaja ditinggalkan sorang-sorang, Qif Farhan terus sahaja menelefon cik orang gaji. “Hey you!” 

“Mana awak dapat nombor saya ni?” 

Gagang dijauhkan daripada telinga buat seketika. Kemudian dengan lembut Qif Farhan memberi salam. Tergamam Fazia dibuatnya. 

“Apa yang I nak, I mesti dapat.” Dengan bangga Qif Farhan memberitahu. 

“Bangga dirilah sangat?”

“Itu kenyataan, cik orang gaji oi!” 

“Sebab Allah nak bagi, awak dapatlah. Kalau Allah tak nak bagi, usaha macam manapun awak tak akan memperolehi sesuatu itu. Faham? Jadi, belajarlah menjadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat. Okey, kenapa telefon saya ni? Kalau nak minum ke nak makan ke, turun ke bawah. Tak ada siapa nak hidangkan istimewa untuk awak dalam bilik tu.” 

Qif Farhan terkedu. Rasa bagaikan kena panah di dada. Oleh cupid agaknya. Nak balas pun lidah jadi kelu. 

“Selamat malam encik pelakon. Tidur lena-lena ya!” kata Fazia. Melihat nombor yang tertera, baru teringat yang ia belum disimpan. Lama dia memikir nak bubuh nama apa. Encik pelakon? Geleng. Qif Farhan? Geleng lagi... Kemudian senyum nakal terukir. Laju tangan menekan aksara. Sudahnya... QST. Singkatan untuk Qif – Kesengalan Terserlah. Hahaha...



Tangan kiri menumbuk-numbuk permukaan tilam kerana geram. Tangan kanan pula meraup muka. Jelas dia masih mamai. Kini tangan itu dibawa ke rambut yang kusut masai. Ah, rasa macam nak makan orang sekarang!

“Menyesal betul aku telefon minah tu. Kalau tak telefon kan bagus? Tak adalah dia nak call aku berkali-kali macam ni. Eeii, menyesal! Menyesal!” jerit Qif Farhan sambil menghenyak tubuh sasanya ke atas tilam semula. Mata cuba dipejamkan balik. Mana tahu kut-kut mimpi indah yang terganggu tadi bakal menjelma kembali?

Tok, tok, tok...

Mata terus terbuka luas. Telinga capangnya juga mula berfungsi. Mencari arah dari mana bunyi itu datang. 

Tok, tok, tok...

Dengan bibir yang diketap, Qif Farhan segera bangkit. Dia tahu siapa yang mengganggu dirinya. Dia yakin perempuan itu tidak akan puas hati melihat dirinya senang dan damai di dalam bilik itu. Seronok sangat gamaknya hendak berkelahi dengan dia sampai tidak mahu tunggu matahari naik atas kepala! Awal pagi begini dah ganggu orang. Memang nak kena betul!

Pintu bilik ditarik dengan kasar. Mulut dah siap hendak menghambur kemarahan. Dari tadi dia sudah fikirkan apa yang dia perlu katakan kepada cik orang gaji. Namun, yang menanti di hadapannya ialah....

“Hantu!!” Qif Farhan menjerit sambil pejam mata. Tak sanggup tengok bayangan serba putih di hadapannya. Bukan setakat tak sanggup malah tak berani pun. Buatnya nanti dia berbalas pandang dengan sepasang mata merah saga yang garang dan mencerlung, kuss semangat! Mahu demam nanti! 

“Hantulah sangat! Awak ingat hantu nak tunggu depan pintu bilik awak sampai matahari terbit ke?” 

Erk? Suara perempuan? 

Qif buka sebelah mata. Tak lama lepas itu dia tarik senyum senget. Diri ditegakkan gaya macho. “You? You nak apa ketuk pintu bilik I ni? Dengan jadi hantu pocong bagai? Dah tak ada baju ke sampai bertelekung kejutkan orang?” kutuknya. 

Fazia rasa macam nak ambil air satu baldi dan jirus badan encik pelakon. Bagi terjaga betul-betul. Sakit matanya tengok keadaan lelaki itu yang separuh sedar. Tengok gaya pun tahu yang lelaki ini bukan stok masjid, fikirnya. 

“Hoi, encik pelakon! Sekarang ni dah pukul 5.40 pagi, tahu?”

“So what? You nak apa? You tak tahu ke yang sekarang ni masa I tidur? Hah?” Qif Farhan menjerkah lantang. 

Fazia beristighfar di dalam hati. Menahan rasa. Kalau ikut kata hati dia lebih rela turun ke bawah. Tapi, kerana wan yang suruh dia naik, terpaksalah dia berhadapan dengan lelaki ini. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, “Encik pelakon, lagi 5 minit nak masuk waktu Subuh, ya! Kat bawah, wan dah tunggu semua orang lelaki dalam rumah ni untuk pergi solat berjemaah di surau. Kalau awak rasa diri awak tu lelaki, sila turun sekarang jugak sebelum wan naik angin.” 

Qif Farhan mencemik. Yalah, kan.. dia masih belum mencerna biji butir kata-kata Fazia. Masih separa sedar tu. 

“Wan tu, dia bukan kira, tahu! Popular ke, ular ke, macho ke, lembik ke... Kalau tak sembahyang memang sengaja cari nahas dengan dialah!” ujar Fazia sambil memalingkan tubuhnya. Malas dia hendak berlama-lama. Nasiblah kalau Qif Farhan kena dengan wan. Siapa suruh tak solat? gumamnya di dalam hati. 

Telefon bimbit Qif Farhan berbunyi nyaring. Segera dijawab. “Qif, you kat mana? You lupa pada pesan wan semalam?” suara Idlan membawa amaran. 

Qif Farhan sudah hilang kantuk. Fazia yang hendak menuruni anak tangga dijeritnya. “Girl! Siapkan baju melayu I!” 

Fazia langsung tidak bergerak. Tajam matanya merenung encik pelakon. “Awak, tak sempat dah! Turun macam tu ajelah!” balasnya.

Qif Farhan telek diri. Okey memang okey tapi... 

“Tunggu apa lagi? Ke, awak susah hati sebab takut kena jadi imam nanti? Jangan risaulah! Wan pun takkan suruh orang macam awak. Tak sesuai!” 

Kenapa pedih rasa hati mendengar cemuhan cik orang gaji? Dia tak sesuai jadi imam? Wan tak akan suruh orang macam dia? Apa maksudnya? 

Dahi Qif Farhan berkerut-kerut. Jiwanya kacau dengan kata-kata Fazia itu. Sentap weh!

Ulasan

  1. sila kenakan encik pelakon tu cukup-cukup eh..

    -che`leen-

    BalasPadam
  2. 2-2 senggal, tp mmg sgt best k sofi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 sengal eh hehe.. insyaallah nnt

      Padam
  3. baru kene...cier ni....semangat lak rasa nak tulis juga....dah 10 tahun tak berkarya ni.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan kak ton.. jgn biarkan bakat terpendam

      Padam
  4. best lh kak sofi ^_^

    BalasPadam
  5. Sentap nye!!! Fazia, kaw2 bg kt Qif tu tau! Nk tgk jgak bleh ke tak bleh si Qif ni jd imam? Mana la tau, kot2 tercabar dgn statement Fazia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg blom lg.. x sedar diri lg kan? haha

      Padam
  6. Sukanya cerita ni Kak Sofi.. semua watak terserlah kesengalannya! ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…