Langkau ke kandungan utama

Hatiku Dibawa Lari 2


seronok juga main dengan karektor2 sengal kali ini. nak ubah sikit cerita. xnaklah terlalu serius sangat. harap HDL ini bakal menyentuh hati teman2 pembaca semua. thank you.

Hatiku Dibawa Lari


Bab 2


“TU kunci kereta I. Bukak bonet, ambik beg warna merah bawak masuk ke dalam rumah. Tanya tuan rumah you ni kat mana bilik I. Hah, you letakkan beg I di dalam bilik tu. Kemaskan baju-baju I semua. Sangkutkan elok-elok dalam almari, tahu!”

Mengingat arahan itu sahaja buat kepala jadi berasap. Dahlah termengah-mengah hendak keluarkan beg pakaian yang besar gedabak itu, nanti terpaksa pula sangkut dan kemaskan masuk ke dalam almari. Hisy, seumur hidupnya, Fazia tidak pernah melakukan semua benda itu. Yang itu kerja Mek Yah! Mek Yah? Aisey, macam mana pulak dia boleh lupakan mak janda berumur 30 tahun itu? Wanita yang kehilangan semua dalam satu kebakaran dan kini menjadi pembantu rumah di rumah mak tok?

“You nak orang gaji ya? Tak susah sangat tu. I boleh buat punyalah, encik!” omelnya sambil mengorak sengih melebar ke telinga. 

“Stop! Awak siapa? Berani betul budak kampung macam awak ni selongkar bonet kereta bos saya? Awak nak mencuri ya?” 

Fazia hentikan usaha mengeluarkan beg daripada bonet. Soalan-soalan yang tidak berapa dapat dihadam itu sudah menerima had limit suhu takat didih darahnya. Sudah menyirap membasahi pipi meronakannya dengan warna yang memerah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Jadi, dengan sekali pusing dan gerakan, terus aksi Judo keluar. Tangan lelaki tanpa nama itu dikilas ke belakang dan Fazia sudah berjaya membengkokkan kaki sehingga lelaki itu jatuh melutut. 

“Hey you! You buat apa pada pengurus I tu?” Qif Farhan menjerit sambil melepaskan dirinya daripada kelompok ramai. Jeritannya menyebabkan perhatian semua orang tertumpu kepada Fazia dan tahanannya. Apabila Qif Farhan berlari mendekati mereka, semua orang pun ikut serta. Kini Fazia sudah berjaya mendapat perhatian semua orang di sekelilingnya. 

“Encik pelakon! Awak buta ke? Tak nampak apa yang saya buat? Awak tak nampak saya tengah nak hentak dia ni?” balas Fazia, garang. 

“Qif, help me! Pengkid yang pakai kain batik ni dah kunci pergerakan I. Sesak nafas I ni!” 

“Kau ni mulut memang celopar, kan? Tadi kau gelar aku pencuri. Sekarang pengkid pulak? Saja la cari nahas tu!” Fazia yang naik angin terus sahaja menolak tubuh si pengurus sehingga jatuh mencium tanah. Puas hati! Orang KL yang tak ada adab memang harus diajar sebegitu. Termasuklah encik pelakon itu sekali. 

Ketika itu dia melemparkan pandangan penuh geram kepada encik pelakon yang perasan popular di hadapannya. 

“Eh yang you tengok I garang macam tu pasal apa? I tak gelar you apa-apapun, kan?” tanya encik pelakon dalam nada sedikit cuak. Bimbang kalau-kalau orang gaji ini mengerjakan dirinya pula. Mahu masuk TV nanti! Malu satu dunia pula!

Di celah-celah orang ramai, seseorang sudah menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. Sedikit kebingungan menyaksi aksi dua insan di hadapannya. Kalau encik pelakon, dia tidak hairan langsung. Qif Farhan sudah biasa menjadi tontonan ramai. Yang dia tak biasa dan sedikit keliru ialah sikap anak saudara yang baru tiba ke mari dua hari lepas. Konon datang ke Kulim atau lebih tepat ke Junjung kerana hendak melarikan diri daripada Johan, bekas tunang yang gila talak. Tapi nampak gaya, dia yang meroyan buat perangai di kampung ini. Kalau mak tok tahu...

Tiba-tiba, Mak Su Zarina menjadi perhatian encik pelakon. Lelaki itu melangkah mendekatinya. Hilang segala yang mengganggu fikiran. Hati mak su sedang bergetar hebat sekarang. Menanti hero pujaan berhenti betul-betul di hadapannya. Ah, hensemnya dia! hati memuji. 

“Itu orang gaji you ke, Zarina? Tadi dia yang bagitahu I, dia orang gaji kat rumah ni. Tapi, I tak faham dengan perangai dia. So high and mighty! And, dia panggil emak you, mak tok, tau!” tanya encik pelakon. 

“Faz?”

Suara Mak Su Zarina menyebabkan Fazia segera mendapatkan wanita itu. Mulut mak su ditutup dengan tapak tangannya. Terus dia berbisik ke telinga emak saudara. “Mak su, saya ni orang gaji mak su, mak tok dengan wan, okey! Just panggil nama saya Fazia. Saya bagi peluang pada mak su untuk marah atau nak suruh saya buat apa saja asalkan tak siapapun tahu yang saya ni anak saudara mak su ataupun cucu wan dengan mak tok. Ada erti?” 

Dahi Mak Su Zarina berkerut seribu. Dia langsung tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Fazia kepadanya. Tapi, dia seronok juga apabila mendengar kata-kata Fazia tadi. Dia boleh buli, dia boleh marah dan boleh sahaja menyuruh anak saudaranya itu buat apa-apa pun. Wah, ini sudah bagus!

Mak Su Zarina memandang Fazia atas bawah. Dia kemudian menggeleng. Hairan dengan sikap anak saudaranya yang pelik, yang ketara berbeza dengan sikapnya sebelum ini. Sudah pandai tersenyum meskipun hambar. Sudah pandai bertutup litup biarpun tudung senget benget. Sudah sedikit berbudi bahasa biarpun sikap sombongnya masih ada. 

Fazia berumur 25 tahun. Baru tiba dari Kuching dua hari lepas. Memang tidak pernah menjejak kaki ke bumi bertuah ini kerana mengikut perangai ibunya yang sombong. Isteri kepada abang ngahnya itu perasan bagus. Gelilah konon hendak balik ke semenanjung. Takut kaki kena selut di sini. Samalah dengan Fazia. Jangan harap hendak menjejak kaki ke mari jika musibah putus tunang itu tidak menimpanya. 

Mak Su Zarina senyum nakal. Fazia yang ingin meninggalkan mereka segera dihalang. “Fazia, nak ke mana tu? Awak ni kan... Baru dua hari jadi orang gaji saya, dah mula buat perangai. Sini!” 

Fazia ketap bibir. Sakit hati tengok mak su dah tersengih-sengih. Seronok benar apabila dapat mengusiknya. 

“Awak dah kemas bilik Qif?” 

Err, rasa nak meloya anak tekak dengar suara mak su yang bukan main lembut. Namun, dia angguk juga. Nak kemas apa lagi. Memang bilik dia yang akan jadi tempat tinggal sementara lelaki itu. Dia pula akan berkongsi bilik dengan Mek Yah.

“Awak kena bantu Qif, tahu. Apa saja yang dia suruh buat, awak mesti buat."

Masam mencuka wajah Fazia mendengar arahan mak su. Sakit betul hatinya. Duduk tak duduk, kena jadi maid pulak.

"Pasal apa yang muka tu masam sangat? Nak melawan ke? Jangan bantah, okey! Kalau tidak, saya suruh mak tok dan wan hantar awak balik ke Kuching. Bolehlah bersatu semula dengan encik tunang yang curang tapi dah gilakan awak balik tu. Tak payah frust-frust lagi dah. Nak macam tu?” 

Fikirnya apabila dia ke mari dapatlah dia menenteramkan jiwa raga. Namun sindiran mak su amat menyakitkan hati. Semakin malang apabila bertemu pandang dengan Qif Farhan. Lelaki yang sedang tersenyum sinis di hadapannya ini bagai sedang mengisytihar perang psikologi terhadapnya. 

“You dah dengar apa kata majikan you? So selama 14 hari I shooting kat sini, I nak you ikut apa aje cakap I. Itupun kalau you tak mahu dihantar balik ke rumah panjanglah. Ada faham?” Qif Farhan berasa seronok sangat dapat mainkan cik orang gaji. Melihat wajah yang sedang merona merah, hati bagai digeletek. Jelingan yang cik orang gaji beri bagai pemangkin untuk dia terus menunjuk kuasa. 

“Tu, tunggu apa lagi? I suruh you buat apa tadi? Kenapa dok tercegat macam tiang bendera kat situ?” 

Fazia perhati ke sekeliling. Nampaknya semua orang yang kebanyakannya kakitangan syarikat penerbitan drama ‘Hati ini milikmu’ sudah tidak lagi mempedulikan mereka. Orang-orang kampung yang tadi ramai berkerumun juga sudah meminggir. Agaknya semua orang sudah percaya bahawa dia ialah si orang gaji. Lagipun, sejak tiba, Fazia tidak pernah keluar daripada rumah mak tok. Tak siapa kenal siapa dia kecuali penghuni rumah itu. Dan, saat ini dia yakin bahawa mak su sudah naik ke atas untuk memberitahu wan dan mak tok tentang apa yang sudah dilakukannya. Pasti mereka sedang tersengih-sengih melihat dirinya yang bakal kena buli dengan encik pelakon nanti!

“Qif, your schedule! You punya shot esok, waktu tengah hari...bla bla bla...” 

Fazia malas nak ambil tahu. Segera dia pergi ke bonet. Beg merah gedabak itu perlu dikeluarkan dari situ. Ketika dia terkial-kial hendak mengeluarkan beg itu, sepasang tangan kekar dengan mudah mengangkat dan meletakkannya di atas pasir laman. 

“Nak angkat beg pun tak larat! Tulah! Badan kurus kering macam tak makan berbulan-bulan,” kutuk encik pelakon.

‘Memang dah berbulan aku tak lalu makan. Kau apa tahu?’ balas Fazia dalam hati. Yalah, takkan nak jerit satu dunia nak bagitahu dia frust sebab tunang curang. Kan?

“Jauh betul you datang, eh? Dari Kuching? Ni memang bawak hatilah kut?” Qif Farhan sengetkan tubuh supaya dia dapat berbisik di telinga cik orang gaji. “Frust menonggeng you dengan encik tunang, ya? Sebab tu you sanggup tinggalkan sana. Nak lupakan semua kenangan. Betul tak?” 

Mata Fazia berkaca. Isu sensitif ini menghiris lumat tangkai hatinya. Biarpun sudah hampir tiga bulan peristiwa berlalu, kekecewaan tetap merantai sukma. Kesedihan tidak mampu disembunyi. 

Qif Farhan tersentak. Waktu itu dia berasa bagai ingin gigit lidahnya sendiri. Menyesal sungguh memerli si dia. Rasa bersalah pun ada. Sejak mereka bersua muka tadi, inilah kali pertama dia melihat perempuan garang ini terkedu. Lidah cik orang gajipun nampaknya dah kelu. Sedihnya dia...

“I.. I am sorry. So very sorry!” Qif Farhan meminta maaf. Tapi, apa yang dia dapat?

“Ouch!” 

Puas hati Fazia melihat beg besar sudah mendarat kemas atas dua kaki encik pelakon. “Sorry naik lorilah! Ada peti harta karun. Simpatilah konon! Bunga lili bunga ros merah. Pergi mati teruslah!” 

Fazia terus berlalu. Qif Farhan yang tinggal tiba-tiba tersenyum. Suka! 

“Idlan!”

“Ya bos!”

“Thanks to you, I takkan bosan di sini. Kalau you tak paksa I ambil watak ni, I takkan jumpa watak baru tu. Dia cute sangat kan?”

“Err...bos?” Encik pengurus kebingungan. Tak faham kenapa encik pelakon kelihatan suka sangat. 

“I want her!” Encik pelakon berbisik di telinga pengurusnya.

“Bos?” 

Qif Farhan kenyit sebelah mata. 

Idlan sudah terpinga-pinga. ‘Aku tak salah dengar ke?’ 

Ulasan

  1. menarik.... tgu yg seterusnye....

    BalasPadam
  2. intan abd wahab4 Jun 2013 10:38:00 PG

    Me too....

    BalasPadam
  3. Uikss...en.pelakon dh t'suka kt fazia??

    Tu minat ke.....ada ati nk buli fazia?

    BalasPadam
  4. Sofi bestnyer ceriter ni.amat menarik , santai dan kelakar. Smat mengujer minda pembaca.x sabar tunggu sambungan

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…