Langkau ke kandungan utama

Hatiku Dibawa Lari 1

Ni cerita baru, ya. Stuck, sangkut dengan yang dok ada, tiba-tiba citer ni muncul kat kepala. Terus on laa kan. apa pun, hepi reading. harap suka dengan hero dan heroinnya.

Hatiku Dibawa Lari


Bab 1
 
Qif Farhan

Fazia Nur Imani mendengus kasar. Marah dengan aktiviti yang berlangsung di sekelilingnya. Marah dengan mak su yang sedang ketawa-ketawa di hujung sana. Bukan main seronok wanita berusia 30 tahun itu. Berseri-seri wajahnya. Suka benar dia apabila hajat hati dipenuhi oleh mak tok.
            Berkali-kali Fazia cuba menghalang. Jenuh dia berdebat dengan Mak Su Zarina. Akhirnya dia kalah juga. Penentangannya langsung tidak mendapat sokongan mak tok dan wan, tuan rumah ini. Malah, neneknya, Puan Niza dan datuknya, Encik Ismail bukan main seronok dan teruja. Maklumlah, tidak lama lagi pasti mereka akan jadi terkenal. Rumah kediaman yang terindah dan paling menarik di dalam Kampung Padang Penyangga ini bakal masuk TV!
            Sukalah tu! Walaupun hanya untuk dipertontonkan sebanyak 6 atau 7 episod sahaja, tak jadi masalah nampaknya. Wan dan mak tok sangat gembira. Gembira menerima tetamu yang bakal menghuni rumah mereka untuk seminggu dua. Bukan calang-calang tetamu. Orang terkenal tu! Malah, boleh dikatakan insan paling popular di Malaysia abad ini!
            “Hisy, aku dahlah tak minat dengan mamat tu. Tiba-tiba boleh pulak dia yang nak mai sini. Buat habiskan beras mak tok aje.” Fazia merungut lagi. Ni, kalau mak tok dengar, memang sah kena piat telinga.
            “Siapa nak habiskan beras mak tok you?”
            Dah, tak pasal-pasal ada suara hero menyampuk aku. Apa ke halnya? Takkan aku nak merungut sikitpun tak boleh? Dah tak ada privasi kat rumah sendiri ke? Omel Fazia di dalam hati tanpa menyahut mahupun mempedulikan suara yang bertanya.
            “I tak berapa suka makan nasi. I suka western food. Tukang masak kat dalam rumah ni pandai ke buat Cold Spaghetti Salad atau Cajun Chicken & Grilled Mix Vegies Pasta  atau Roast Rack Of Lamb?”
            Sah! Memang nak kena makhluk yang satu ini. Sengaja aje nak cari fasal, kan?
            Fazia memusingkan badannya. Yalah, dia perlu tengok juga rupa wajah manusia yang perasan baru turun daripada jet peribadi dari London kut. Tu yang sebut segala jenis nama makanan barat. Perasan betul!
            Fazia panggung kepala. Niatnya cuma untuk berdepan dengan mamat kerek yang banyak songeh itu. Entah siapalah agaknya. Yang pasti, dah lama kut si dia ni tak makan buku lima?                          Tapi, sebaik terpandang raut itu, lidah terus jadi kelu. Ingat nak marah tapi terus tak jadi. Lupa habis pada apa yang hendak dikata.
            Lelaki itu mengerut kening. Gadis di hadapannya pula dipandang atas bawah, atas bawah. Huh, tak selera sungguh! Pakai tudung senget-benget dengan baju kedah yang gedobeh. Kain batiknya pula dah hampir separas lutut. Nampak kelakar pula apabila ada track suit kat dalam. Memang minah ni jenis selamba. Tak gabra pun depan dia, hati berbisik.
            “You orang gaji kat rumah ni ke?”
Fazia Nur Imani

            Bulat mata Fazia mendengar soalan itu. Mamat poyo punya soalan memang mengundang rasa geram dalam hati. Tapi dia sengaja tidak menjawab. Nak tengok sejauh mana lelaki ini dapat menguji rasa marahnya.
            Tiba-tiba sahaja lelaki itu mencampak sesuatu kepadanya. Nyaris dapat disambut.
“Tu kunci kereta I. Bukak bonet, ambik beg warna merah bawak masuk ke dalam rumah. Tanya tuan you kat mana bilik I. Hah, you letakkan beg I di dalam bilik tu. Kemaskan baju-baju I semua. Sangkutkan elok-elok dalam almari, tahu!” kata lelaki itu sambil berlalu meninggalkan Fazia terpaku di tempat dia berdiri. Terkejut sampai tak boleh nak buat apa-apapun!
Tiba-tiba dia mendengar seseorang memekik di belakangnya. “Qif! Qif Farhan! Bila you sampai?”
Baru Fazia nak sound suruh perempuan tu perlahankan suara, keadaan sudah jadi tidak terkawal. Maklumlah hero Malaya sudah mari! Maka, tak sempat mata Fazia hendak berkelip semula, tu dia... Semua orang sudah mengerumuni lelaki itu macam semut hurung gula.
Fazia menceber. Perlahan-lahan dia mengundur. Bersama jelingan dia meninggalkan kumpulan manusia itu. Waktu itu dia terpandang kereta sport mewah berwarna merah. Mata terus membulat. Kagum tengok kereta Mini Cooper itu. 

Bonet dibuka. Buntang biji mata apabila nampak saiz beg pakaian berwarna merah itu. “Dia ni nak berlakon di sini atau nak buat fashion show?”        
beg merah Qif Farhan  haha

do comment please ya!
        

Ulasan

  1. Lama dh tgu karya baru kak sofi... X nk comment skg.... Nk tgu lg 3 , 4 bab lg br nk comment bleh gitu??

    BalasPadam
  2. Best kak sofi... Harus di teruskan.. Sombong ek aktor pojaan malaya yg bajet hebat tu ya...

    BalasPadam
  3. Qif bajet bagus je.....hukhukhuk

    BalasPadam
  4. intan abd wahab4 Jun 2013 6:20:00 PG

    Waw? Kisah rgetis ni,,,,lain dr cerita2 terdahulu
    Terus kan kak...

    BalasPadam
  5. best kak sofi sambung lg ya

    BalasPadam
  6. Ceriter menarik , santai , kelakar dan mengujerkan.Thumb up Sofi.

    BalasPadam
  7. baru start baca.. hehe.. tp bab 1 dh best.. ^_^

    BalasPadam
  8. haha.. dah jatuh cinta dah.., kak sofi cepat2 sambung ya... =)

    BalasPadam
  9. Got a feeling tis gonna be one interesting story

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…