apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.6.13

Bab 8 : Hatiku Dibawa Lari

salam penuh kerinduan dpd kak sofi utk kesayangan kak sofi semuanya. kisah faz dan qif ni hanya tulis2 suka2 aje ya. xde kaitan dgn sesiapapun. kalau ada kait mengait dgn hidup sesiapa, sungguh xdisangka2lah tu. apa2pun, hepi reading, okey!

Hatiku Dibawa Lari 8

“Woit! Awak ni apesal hah? Tulah! Masa berlakon, main-main! Ni, bila dengan saya nak tunjuk hebatlah konon lakonan tu. Eeii, tak kuasa aku layan mamat ni!” 

Kata orang, sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa. Itulah fasal. Lain kali, fikir dahulu sebelum bercakap. Bukan main ikut sedap apa nak keluar sahaja. Sekarang, dia sudah menerima padahnya. 


“Fazia, cer berdiri tu diam-diam sikit! Tegakkan badan tu. Jangan nak melintuk–liuk ke kanan ke kiri sangat, boleh tak?” Suara garau Qif Farhan menegurnya lagi. 

Fazia tayang muka bosan. 

"Tengok tu! Cik orang gaji, tak boleh senyum sikit ke?" 

Kali ini Fazia tatap wajah selamba badak Qif Farhan buat seketika lepas tu terus sedekahkan jelingan yang tajam. Ambik kau! Banyak sangat rungutnya! 

"Wah, dah pandai jeling I pulak?" 

"Eeii, encik bos! Kenapa banyak sangat mulut awak pagi ni?" 

Kan dah keluar suara membentak? Sekejap lagi kalau aku melenting, janganlah marah aku!  

"Fazia!!"

"Apa lagi?" 

"Syyy!!" 

“Masalahnya, encik hero... dah dekat 15 minit saya berdiri kat depan awak ni. Apa yang awak buat? Awak asyik senyum-senyum aje kat situ. Awak..."

Qif Farhan menggeleng. "Tengok muka I. I senyum ke dengan you sekarang?" soalnya. 

Fazia menjeling lagi. Lantang dia bersuara, malas melayan loyar buruk encik pelakon. "Ni, saya nak tanya sikit. Dah hafal belum skrip awak untuk esok? Kalau sudah, silalah lakonkan depan saya. Tak larat dah saya nak berdiri macam tugu kat sini,” bentaknya. Geram sungguh dia dengan gelagat lelaki itu yang seperti sengaja hendak menjadikan dirinya tahanan. Macam tak ada kerja lain nak buat? 

“Kejaplah! I nak cari kat mana I letak skrip untuk scene pagi esok ni,” balas Qif Farhan sambil tertoleh-toleh ke sekeliling seakan-akan sedang mencari sesuatu. 

“Weh, bos! Tu yang awak pegang tu apa? Bukan tadi awak cakap awak sedang hafal ayat-ayat kat dalam kertas tu ke?” tanya Fazia dengan wajah sedikit ragu-ragu. Aksi mamat di hadapannya seolah-olah sedang menyorok wajahnya yang ada bayangan senyum daripada menjadi tatapan Fazia. Hisy, main-main ke apa ni?

“Oh ya, ada kat tangan I ni. Sori, Faz. Banyak sangat benda dalam kepala I ni kan? Tu yang...” 

“Dah, dah... Saya rasa baik saya pergi ke dapur. Banyak benda saya boleh buat di sana berbanding jadi mak pacak yang tak dapat gaji kat depan awak ni.” Fazia ingin segera mengatur langkah untuk meninggalkan Qif Farhan seorang di dalam ruang tamu yang luas itu. Letih dia hendak melayan kerenah encik bos yang macam-macam. Tak larat!

“Sayang, janganlah pergi! Jangan tinggalkan I. ya?" 

Ouch! kenapa pula encik hero menahan aku sampai macam tu sekali? Hisy, apa aku nak buat ni?Hati dah debar-debar sangat. Tekap tangan kat dada kiri. Sah! Jantung pun bukan main lagi berdenyut-denyut laju. Tak jadi bergeraklah! Nak dengar lagi apa mahunya...

"Sayang, you tahu kan yang I hanya cintakan you saja? Dah berkali-kali I cakap, I love you. You aje! Tak ada orang lain dalam hati I ni, tahu tak?” 

Suara Qif Farhan yang mendayu menyebabkan Fazia terus buat pusingan U. Patah balik dan kini sudah berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu. "Awak cakap apa ni?" soalnya perlahan. 

Kali ini, dia tak peduli. Memang dia geram dengan encik pelakon yang suka benar main-mainkan perasaan orang sebegini. Cakap entah apa-apa! Kalau ada orang lain bersama-sama, macam mana? Heboh pula satu kampung tentang mereka berdua nanti. 

"Selalu, I tak suka ulang-ulang apa yang I cakap. Tapi, demi you, biarlah I berterus terang berapa kali pun. I cintakan you. I nak you. So, please, janganlah tinggalkan I. Janji dengan I yang you akan sentiasa ada di sisi I nanti. Ya, sayang."

Dahi Fazia sudah berkerut. Kening terjongket juga. Pelik dengan pengakuan si dia. Macam betul, macam serius sangat. Tapi....

Hai, kenapalah lelaki ini tidak pernah menggunakan akal ketika bercakap? Cinta? Cinta apa? Mereka baru sahaja kenal jadi bilakah masanya mereka bercinta? Boleh pula mengaku yang dia sudah berkali-kali meluahkan perasaan? Ya Allah! Bila? Dalam mimpi kut?

Eeii, Fazia rasa hendak menjerit minta kepada sesiapa untuk tolong bawa Qif Farhan ke hospital. Lebih baik kalau dibawa ke hospital bahagia. Nampak sangat otak encik hero ni dah blackout. Patut kasi rehat sikit, duduk diam-diam di hospital yang hanya ada dua pilihan itu – Tanjung Rambutan atau Tampoi. Elok kalau hantar jauh sikit. Encik pelakon aman damai di Johor, dia aman bahagia di sini. Hmm, idea yang bernas!

Qif Farhan menguntum senyum yang sungguh menawan sambil merapati Fazia. “Sayang, I tahu susah untuk you terima I tapi...”

“Banyaklah awak punya sayang? Encik Qif Farhan, kepala awak ni dah weng ke? Mereng? Bila masa pulak kita bercinta? Saya tak kenal awak pun sebelum saya datang sini. Awak ingat, awak...”

“Apa?” tanya Qif Farhan sambil mendekati Fazia. 

Fazia pula undur setapak dua ke belakang demi melihat wajah tegang encik hero. “Eh awak... bukan, bukan. Eh bos! Bos marah ke ni?” Dia bertanya dalam nada penuh keliru. Sungguh dia tak mengerti dengan perubahan sikap encik hero. Sekejap tadi nada suara bukan main romantis melafaz sayang bagai. Sekarang, waktu ini... alolo, muka dia dah sebiji macam tepung gomak. Kenapa ya? 
haha... inilah qif dlm bayangan faz. kejam betul dia ya?

“You ni kan, kalau you tak kacau I memang you tak senang hati kan?” marah encik hero.

Bulat mata cik orang gaji menatap muka masam di hadapannya. Dia memang tak dapat nak faham dengan perangai mamat perasan bagus di hadapannya ini. Dia yang cakap merapu, Faz yang dikatakan mengacau.

Memang sengaja nak buat cik orang gaji naik angin sama. Kan?

Cik orang gaji mencemik. “Kacau? Bila masa saya ka....Owhhh!”

Panjang owhh yang meniti keluar daripada bibir Fazia. 

“Owhh!!” Qif Farhan mengajuk. Laju sahaja tangan yang memegang skrip mengetuk kepala cik orang gaji. “Sebab itu I cakap you suka kacau I. Macam mana I nak tumpukan perhatian kalau macam ni?” 

Kini, Fazia sudah tunduk sambil ibu jari kaki duk kuis-kuis lantai mozek rumah mak tok. Kut kutlah lantai itu boleh tolong kasi dada yang sedang berdegup laju turunkan gear biar perlahan sikit. Tangan tarik sedikit tudung buat tutup sebahagian muka. Jadilah! Dapat juga sorok pipi kanan yang sudah merona merah. Malu macam rasa nak sembunyi bawak katil wan biar encik pelakon tak jumpa dia lagi dah. 

Macam mana dia boleh jadi manusia yang perasan ni? P.E.R.A.S.A.N. Perasan yang encik pelakon sudah jatuh cinta kepadanya. Cinta? Aduhaiiii! Agak-agaklah Fazia oi! Orang tu hafal skrip la! Hisy, malu betullah buat ayat tak menahan tadi. Memang patut kena amuk dengan encik hero!

Fazia, Fazia... apa kena dengan kamu ni? What is wrong with you? hati marah-marah pada diri sendiri ketika kaki laju melangkah meninggalkan encik hero yang sudah ketawa dengan meriah macam dah lupa dunia. 

‘Gelaklah, awak! Gelaklah! Saya malu sangat ni, awak gelak macam nak keluar anak tekak, kan? Sukalah tu dapat kenakan saya! Tak apa, nanti-nanti saya kenakan awak balik. Jagalah! Tunggulah! Nanti awak pulak malu sampai rasa macam nak terjun lombong, tau!’ 

######

Idlan dan Mak Su Zarina ketawa besar melihat wajah cemberut Fazia. Gelinya hati rasa bagai digeletek. Memang tak boleh nak cover macho mahupun control ayu. Masing-masing sampai tekan-tekan perut.

“Gelak tak ingat dunia!” Fazia menghambur rasa marah dan sakit hati sambil hentak-hentak kaki. Geram betul dia dengan dua manusia di hadapannya ini. Ingatkan tadi apabila dia mengadu, mereka akan mencurahkan berbaldi-baldi rasa simpati kepadanya. Namun, dia salah menebak. Kalau sudah dasar kaki buli, kaki kutuk dan segala macam kaki lagi, memang tak adalah perasaan kasihan belas tersimpan di dalam sanubari. 

“Tak tahulah encik pelakon tu. Bila orang tak nak ikut cakap dia, dia marah. Dia cakap, orang kena bertanggungjawab dengan perbuatan orang yang selalu kacau dia berlakon kat depan kamera. Yang orang tak faham tu kan, bila masa orang kacau dia? Tak pernah pun orang cakap apa-apa masa dia dok feeling sorang-sorang menghayati watak hero dia tu. Orang tengok aje, kan? Tapi itulah. Dah namanya pun hero sengal, sengal jugaklah! Iya tak?” Polos bunyi soalannya, sepolos wajah yang terpamer. Memang, innocent betul muka Fazia saat ini.

“Sekarang ni pulak apa cerita? Awat yang cek ada kat sini? Awat tak berlakon dengan dia lagi?” Mak su dah keluar suara ala-ala orang tanjung. Tak seronok nak marah Fazia dalam bahasa standard. Cakap loghat utara lagi umphh!

“Orang tak berlakon dengan encik pelakon tu! Orang malu! Tadi, orang dah salah faham. Dia berlakon tapi orang ingat dia luah perasaan pada orang. Orang marahlah dia,” akhirnya Fazia terpaksa berterus terang. 

Mula-mula Idlan kemudian Mak Su Zarina pamer muka terkejut. Tak sangka begitu berani Fazia marahkan Qif Farhan? 

“Qif buat apa pada awak, Faz?” tanya Idlan. 

Hisy, ni yang malas nak bukak cerita. Kalau tak kena rewind, memang nasib baik sangatlah.

Fazia telan liur sebelum mengulangi ceritanya yang entah kenapa sangkut sebentar tadi. “Dia hafal skrip depan orang...”

“Lepas tu?”

“Dia berlakon...”

“And?”

“Orang ingat dia luah perasaan pada orang.” Tulus jawapan diberikan kepada Idlan. 

Sekali lagi, jwapan Fazia menyebabkan Mak Su Zarina dan Idlan bertukar-tukar pandangan. Mula-mula, masing-masing kuntum senyum. Lepas itu, apa lagi? Pasangan yang kian mesra itu pun gelak sakanlah! Mujur bukan gelak tergolek. Kalau tidak, haru!

Fazia tarik muka empat belas. “Tak habis lagi ke nak gelakkan orang ni?” tanya dia, garang. Jelingan mautpun sudah keluar. Sakit hati punya fasal. 

“Lepas tu apa jadi?” Idlan semakin ramah bertanya. 

“Saya malu jadi saya tinggalkan dia kat dalam tu.” Fazia memberitahu.

“Kat mana Qif sekarang?” tanya Idlan lagi. 

“Adalah kat dalam tu dok gelakkan saya lagi gamaknya,” balas Fazia perlahan. 

“Ni, kira kamu tengah malu dengan Qiflah ya?” tanya mak su.

“Habis, kalau mak su? Mak su malu tak?” Fazia berasa sakit hati dengan emak saudara yang seronok sangat mentertawakannya. Jadi, dia ingin pergi dari situ. Nak masuk bilik pink sekejap. Nak lepaskan geram di situ. 

Belum sempat bergerak ke mana-mana, sebuah limousine memasuki halaman rumah wan. Limousine yang disewa oleh mereka yang sampai di lapangan terbang dan kemudian memilih destinasi seterusnya. Yang pasti, destinasi pilihan penumpang-penumpang di dalam limousine itu ialah rumah mak tok ini.

Tak perlu teka siapa yang datang. Kata hati Fazia sudah dapat mengagak. Tentu... Kan betul? Tu ibu dia! Ayah pun ada? Erk siapa lagi? Takkan...

Dua wajah terjengul serentak. Seorang daripada pintu kiri, seorang daripada pintu kanan. Yang di kiri lelaki dan yang di kanan, perempuan. Demi melihat mereka, Fazia berasa sangat-sangat lemah. Rasa macam nak terjelepuk di atas tanah.

Terasa lengan dicengkam kuat-kuat sebaik mak su berbisik di telinga. “Gagahkan diri kamu, Faz. Jangan nampak lemah sangat depan manusia-manusia yang tak ada hati dan perasaan ni. Kamu kena kuat!” 

Saat itu, encik pelakon keluar dari rumah. Matanya mengecil apabila melihat tetamu yang datang. Siapa pula ni? hati bertanya. 

“Qif, ke tepi sikit. Wan nak sambut anak menantu yang baru sampai tu.”

Qif Farhan segera memberi laluan kepada wan dan mak tok. Nak sambut anak menantu? Uisy, kenapa muka kedua-duanya tidak nampak gembira menyambut mereka? Pelik ni!

“Hmm, orang jauh dah mai. Awat ni? Hangpa mimpikah? Dah berpuluh-puluh tahun tak jejak sini, tiba-tiba saja datang.” Mak tok laju menyindir. Tidak langsung menghiraukan wajah-wajah cemberut yang baru tiba. 

“Kalau tak disebabkan cucu mak yang buat perangai tu, tak ingin saya nak jejak ke mari lagi.” Wanita anggun berusia hujung 40an menyahut sambil mengerling ke arah Fazia. Renungannya tajam seolah-olah ingin menikam gadis itu. 

“Cucu akukah yang buat perangai ataukah anak hang yang dah rampas tunang dia?”

Di antara ramai-ramai yang tercongok di halaman rumah, hanya seorang yang benar-benar dikejutkan oleh dua perkataan. Satu, cucu. Dua, tunang. Siapakah cucu mak tok? Dan siapa pula tunangnnya? Keliru sudah!

................

cukup kut! biar saspens ya! kalau sambung tak bestlah. nnt mendatar jalan citer haha... tata! 



7 ulasan:

  1. TIDAKK!!hehehe..baru nak korek apa cerita sebenarnya..terus jadi,BERSAMBUNG..
    kak Sofi..haru jia baca n3 kali ni..hahahhaa...
    kenapa ka???
    Banyak da tanda soal ni haha..mesti Encik hero pun dah binggung huhu..

    BalasPadam
  2. isshhhh..kalau faiza geram kat qif, saya geram kat akak ni(konon je, jgn marah), tgh felling2 berhenti plak...adoi.. akak yang baik n cantik sambung la cepat, tak sabor ni...hahahahahha

    BalasPadam
  3. Waduhhhhhh saasspennnss ni
    Apakah mak Faiza with Johan? Apakah??? Errr

    BalasPadam
  4. Sori sori baca balik baru faham...
    Adakah adik beradik sendiri yg merampas encik tunang? Whoaaa best kak Sofi!

    BalasPadam
  5. mmg saspen!! adik tiri ker? hehehe...aiseh, camaner la perasaan Qif yer bila tahu hal sebenar? Fazia kena blk sarawak la tu gamaknyer..owh, rindu sungguh dgn citer ni. kak nk buat cerpen ke nk mini novel ni? kalau buat cerpen, kak abiskan ni dulu la yer. AMK tu kendian (request byk songeh ye? ampun!!)

    BalasPadam
  6. wah best nye.... macam mana menej time
    nak tulis novel macam akak sofiya ni?

    rasa

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.