Langkau ke kandungan utama

Bab 7 : Hatiku Dibawa Lari

Harap2 ramai yang duk menunggu tu terhibur dengan entri kali ini. Sori lambat ya! Tapi nak habaq mai, lepas ni tentu lagi lambat tau. Mungkin seminggu satu n3 agaknya. Ops... jangan mengeluh lagi, okey. Hehe...

Kak sofi nak share satu berita baik dengan uols. Okey... masih ingat Abang Mekanikku? Adham Faiz? Aira? Hmm, kepada yang sukakan pasangan ni, mereka berdua dah dilamar. Jadi dalam masa sebulan dari semalam, kak sofi perlu siapkan manuskrip AMK untuk diserahkan kepada publisher tu. atas alasan inilah, HDL terpaksa bagi laluan. maklumlah AMK tu lebih senior drpdnya, kan? 

So jangan sedih2. InsyaAllah, seminggu satu. kalau terrajin... ha, yang tu bonus untuk uols la, kan? Cuma... pleaseee, doakan agar AMK lancar pergerakannya ya! Thank you in advance.
.............

Hatiku Dibawa Lari : Bab 7

Qif senyum hendak x hendak aje. cair dak? cair dak? hehe... gatai ko kak sofi eh...


Sudah dua hari Fazia Nur Imani mengelak daripada bertembung dengan encik pelakon. Sengaja dia memilih untuk tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Panggilan telefon Qif Farhan tidak dijawab. SMS tidak dibalas. Dia sudah bertekad untuk tegar dan berkeras dengan pendirian sendiri. Bahawa lelaki itu adalah musuh yang tidak harus dia peduli. 

Qif Farhan sudah hilang daya. Sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi. Rasa seperti duduk di dalam hutan. Sistem komunikasi sudah putus terus. Nak berhubung pun payah benar. Kalau telefonnya banyak dan kalaulah dia tidak sayang kepada I-phone 5nya ini, memang sudah lama dibaling ke dinding. Biar terburai! Biar pecah! Tak guna pakai telefon pintar yang mahal jika tak boleh digunakan sama sekali. 

“Dia mogok apa ya? Mogok lapar? Kalau mogok lapar tentu duduk tercongok depan rumah. Ni, mogok telefon ni! Saja aje nak uji kesabaran aku agaknya?” mulut mengomel. 
renungan macam nih.. fulamak... kalau x cair jgk, x taulah fazia oi!

Tiba-tiba mata melekat ke satu arah. Di situ, cik orang gaji sedang bergelak ketawa dengan beberapa orang lelaki yang juga merupakan krew penerbitan. Ada Intan, jurusolek yang juga encik lembut. Ada Amar, jurukamera yang nampaknya sangat gembira mendengar celoteh perempuan itu. Eh, betulkah dia yang becok macam murai di sana? Betulkah? Cik orang gaji benar-benar sedang mengomel? Dan... amboi, amboi! Rosli, encik penolong pengarah pun tumpang sekaki? Pada hal Rosli tu selama ini bukan main alim lagi! Jarang hendak bercampur gaul dengan kaum hawa. Sekarang apa sudah jadi?

“Oh Tuhan, kenapa I rasa nak hempuk aje si Amar tu dengan kamera dia? Berani dia pandang-pandang muka cik orang gaji macam tu punya lama? Tajam bukan main pulak renungan dia? Saja nak mengurat ke apa?” hati mula berontak. Tak berkenan benar apabila gadis itu dikelilingi lelaki. Rasa nak halau semua pergi main jauh-jauh sahaja! 

Tapi, sebenarnya dia yang berasa dirinya jauh kini. Jauh daripada cik orang gaji. Akibat kesalahannya malam itu, kini dia terpelanting, terperosok ke ceruk asing. Tidak pernah-pernah dirinya berasa terabai seperti sekarang. Tidak pernah-pernah sesiapa mengasingkan diri daripada dirinya seperti sekarang. Dia, hero Malaya paling meletop. Dia, encik pelakon yang menerima bayaran paling mahal kat bumi Malaysia ini. Tapi tengoklah... Dia sendirian tegak mematung di sini tanpa siapa ambil endah! Panas woo!!

Pertama kali di dalam keriuhan, Qif Farhan berasa terabai. Dia berasa tidak dipeduli! Sedih woo!!

Ah, pelik benar dirinya ini. Usah kata orang lain, dia pun dah tak kenal dengan lelaki bernama Qif Farhan bin Umar. Sudah berusia 32 tahun dirinya ini tetapi ini kali pertama dia berasa sikapnya bukan sikap seorang lelaki matang seperti sepatutnya. Tak payah sesiapa bercerita atau menegur. Dia tahu yang sikapnya macam budak-budak. Entahlah... tiba-tiba rasa macam hendak merajuk. Tiba-tiba rasa macam hendak baling barang. Tiba-tiba rasa macam nak tarik tangan Fazia dan bawa perempuan itu lari. Nyata benar yang sekarang ini akalnya yang 9 itu tidak berfungsi. Malah dah tewas kepada kehendak nafsu yang satu. Tolong!!



Dari tadi sewaktu dia sedang berbincang dengan Wan Mustafa, pengarah drama Hatiku Milikmu, hatinya sudah tertanya-tanya. Macam-macam soalan timbul di benak. Banyak yang dia tidak faham. Terlalu banyak! Misalnya... 

Kenapa mata Qif Farhan asyik pandang ke arah itu? Maksudnya, mata encik hero tak berkalih daripada merenung kelompok yang sedang riuh rendah bersembang. Melekat! Malah, biji matanya macam nak terkeluar daripada soket. Tenung apa? Nampak siapa? Kenapa renungannya persis hendak menelan orang? Marah? Tapi, kenapa pula encik pelakon berasa marah? Marahkan siapa? 

Namun, sebaik terpandang cik orang gaji, mulut Idlan terus melopong. Lama! Kalau Wan Mustafa tidak menepuk bahunya, mungkin kejang dia berdiri. Kaku jadi tugu. Tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. 

Pelik bin ajaib bin hairan bin sengal! Haha... memang sengal hero yang diurus olehnya. Dalam banyak-banyak perempuan, mata dia boleh melekat pada yang satu itu? Idlan fikir encik pelakon main-main apabila meluah kata suka tempoh hari. Rupa-rupanya... memang suka! Dan, rasanya bukan setakat suka kut! Sikit lebih!

Tengok pada gaya dan mimik wajah, nampak benar encik hero sedang dilanda tsunami cemburu. Bukan cemburu biasa-biasa tetapi cemburu tahap kronik! muka cemberut, tangan sedang mengepal penumbuk, bibir duk berdecit... Hailaaa! siapakah yang bakal merasa tumbukan padu Qif Farhan hari ini? Idlan menarik sengih. Geli hatinya membayangkan Intan aka Jantan, si jurusolek yang lembut itu yang terkena. Kasihan! 

Tapi, kenapa Qif cemburu? Cemburu tanda sayang! Qif Farhan dah sayangkan cik orang gaji ke? 

Wah, berita panas ni! Kalau tahu dek paparazi atau mamarazi atau krew Melodi, heboh seantero alam. Menangislah gadis-gadis ayu yang menggilainya. Mungkin fanpage, fanclub Qif Farhan terus tutup! Hmm...

“I rasa ada yang tak kena dengan Qif, Idlan. Teruk betul tahap lakonan dia sejak kita sampai ke mari. I tak pernah tengok dia teragak-agak masa berlakon. Entah-entah dia kena sampuk kut?”

Idlan tersengih memandang wajah Wan Mustafa yang serius. “Kena sampuk?” soalnya dalam gelak.

Wan Mustafa mengangguk. 

“Dia bukan kena sampuk, Wan Mus. Dia kena cepuk!” balas Idlan sambil mengatur langkah menuju ke arah mereka yang sedang rancak berbual. Menambahkan kemeriahan di sana. menambahkan keresahan di sini, pada hati Qif Farhan!



Petang itu...

"Bos, you ni dah kenapa? I tengok you macam tak ada semangat sehari dua ni. Apa yang you fikirkan, Qif? Masa you berlakon pun macam hendak tak hendak aje." Idlan bertanya sebaik dia berdiri di sebelah encik pelakon. Memandang raut lelaki itu dengan penuh minat. 

Soalan Idlan menyebabkan sepasang mata Qif Farhan mencerlung garang. "You saja-saja buat-buat tanya, kan?" balasnya.

Idlan garu kulit kepala yang langsung tidak gatal. Buat-buat tidak faham mendengar soalan encik pelakon.

"Tak faham? Eh Idlan, you tu pengurus I tapi sejak dua tiga hari ni you langsung tak ambil tahu pasal I. Yang you jaga, tu... cik orang gaji tu."

Akhirnya terluah juga rasa marah yang tepu dalam dada. Hangin satu badan apabila duk kenang perangai kedua-duanya. Idlan bukan main lagi dengan si Fazia. Dah jadi macam belangkas. Lagak macam dah jatuh cinta pun ada juga! Sakit mata dia tengok mereka berdua. Hati? Usah cakaplah! Rasa macam nak meletup menahan geram!

"Yang awak marahkan Idlan, kenapa? Saya suka dia jaga saya, awak ada masalah ke?" Fazia yang mendengar, terus mencelah. Sapaan yang menyebabkan Qif Farhan memandang kepadanya. Tak lepas!

"I bukan marah pada Idlan aje, tahu! I marah you jugak. Sibuk ke hulu ke hilir dengan dia. You tak malu dengan orang sekeliling ke?" Kemarahan beralih pula kepada Fazia. Yalah, siapa suruh menyampuk. Memang nak kenalah jawabnya!

"Kenapa nak malu? Kami berdua sama-sama single apa?" 

Idlan sengih dan mengajak Fazia buat 'high five'. Kemudian, sama-sama melambakkan tawa. Seronok dapat buat Qif Farhan merah muka. 

Darah encik pelakon semakin mendidih. Sakit sungguh hatinya melihat kemesraan pasangan itu. Geram pun ada. 

"You jeles kat I ke, Qif?"

Whoa! Soalan Idlan tu.... 

Betul-betul kena pada batang hidung Qif Farhan yang mancung. Namun, haruskah mengaku? No way! Apa pun perasaan yang bergolak dalam hatinya, dia tidak akan sama sekali menzahirkan ia. Takkan pernah redha Fazia mengetahuinya! Malu, okey! Jatuhlah saham dia!

Tak mungkin dilayan perasaan ini. Dia bimbang kalau-kalau nanti heboh kisah dia bercinta dengan orang gaji tuan rumah tempat dia menumpang. Apa nanti akan dikata oleh peminat-peminatnya? Buatnya semua peminat yang kebanyakannya wanita itu tutup fanclub, habislah dia! Hasrat untuk menjadi pelakon lelaki paling popular buat kali ke tiga berturut-turut pasti hancur! Hisy, mana boleh! 

“I jeles? Kenapa pulak I nak jeles ni?” 

Idlan jungket kening sambil mencebir. ‘Tak nak mengaku pulak mamat ni! Tak lain nak jaga hati peminat wanita dialah tu!’ gumamnya dalam hati.

“Manalah tahu kut-kut ada seseorang yang you suka buat tak peduli pada you. Tapi, dengan kami ni, sang teruna kacak-kacak belaka, dia suka! Rajin ambilkan air, tolong kemaskan meja kerja kami, tolong lap peluh...”

“Fazia, you lap peluh siapa ni?” Tanpa dapat ditahan suara garaunya bergema sambil muka dihadapkan kepada Fazia yang nyata amat terkejut mendengar soalan itu. Cik orang gaji pula dek amat terperanjat terus saja capai tuala yang sememangnya ada tersangkut atas bahu lalu mengelap dahi encik hero. 

“Fazia!” 

Errr...

“Kain apa you guna lap dahi I ni? Busuk tahu tak!” Tuala ‘Good Morning’ terus ditepis laju. 

Fazia mengekeh ketawa. “Sori, bos. Awak buat saya terkejut tadi.” Dia tunduk mengutip kain buruk itu lantas menyambung kata. “Ni tadi saya guna buat lap cermin nako kat bilik bawah tu!” 

“What?” 

“Shhyy!” Fazia mendekati lelaki itu sambil menggamit, menyuruh Qif Farhan yang tinggi untuk menundukkan sedikit wajahnya. Sehelai tuala bersih kemudian digunakan untuk menghilangkan sedikit habuk yang melekat pada dahi encik pelakon. Senyum menghias wajah cantiknya tidak lama kemudian. “Dah tak ada habuk kat dahi encik ni. Dah bersih dah!” 

Wahai...

Senyumnya,

Bicaranya,

Lirikan sepasang mata itu....

Tidakkah dia tahu betapa hati ini sedang tergugat? 

Betapa hangatnya perasaan?

Fazia mengerutkan dahinya. Pelik dengan perangai encik pelakon yang tiba-tiba jadi pendiam. Yang tiba-tiba tengok muka dia sambil tersenyum-senyum. 

“Woit! Awak ni apesal hah? Tulah! Masa berlakon, main-main! Ni, bila dengan saya nak tunjuk hebatlah konon lakonan tu. Eeii, tak kuasa aku layan mamat ni!” 

Cik orang gaji sudah bergerak masuk ke dalam rumah namun encik pelakon masih juga begitu. Tersenyum sendiri. Apakah agaknya yang sedang difikirkan?

Ulasan

  1. hsahahaha..Ego dan Qif Farhan..mmg sukar untuk dipisahkan hehhe..
    Nampaknya ada hati yg sudah tergugat..tu la..Baru dia tahu penangan 'cik orang gaji' tu mcm mana..
    Nampaknya,ada org tu dah gila bayang hehehe..
    suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? qif dh gila bayang tp fazia mcm mana? nk dia gila bayang jgk ke?

      Padam
  2. hahaha... hebat tol penangan cik org gaji nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... ni org gaji bukan sbrg org gaji hajar

      Padam
  3. Hehehe..suka3...thanks kak sofi...

    -sj-

    BalasPadam
  4. En.pelakon suke la sbb cik org gaji lyan dia baeekk..lap peluh dia... ;)

    BalasPadam
  5. Nk komen novel akan dtg, abang mekanikku:
    Wow!! Rezeki akak bertambah, alhamdulillah!!
    Semua citer akak best2. Saya harap semua mini novels dan cerpen dpt dipanjangkan utk jd novel. Saya doakan akak sukses selalu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks zaharah. itu jgklah harapan kak sofi dik

      Padam
  6. Hahaha..Fazia nih, saje je nk test tahap kejelesan Qif ye. Si Qif ni plak, br lap peluh je pun, hehehe. Angau je Qif ni, dh hilang la rindu tu ye..bila la nk smpi part Fazia kena blk Sarawak ni?

    BalasPadam
  7. Ceh..qif,kalo suka ckp terus trg..nak cover gak..hurmm..k sofi..mmg pandai buat saya haru biru..next entry jgn lmbt sgt ek..luv u kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah, comong soon norfazliyana hehe

      Padam
  8. macam fazia je pulak orang popular... ramai dah tu suka ngan fazia. habislah encik pelakon... kena berebut la dia nanti.

    BalasPadam
  9. Lahhh kelakarnya kak Sofi! Best sangat!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…