Langkau ke kandungan utama

Bab 6 : Hatiku Dibawa Lari

Kali ini cuba enjoy lagi dengan telatah Qif Farhan dan Fazia Nur Imani, ya. Ketika hati masih tidak punya rasa, masing-masing akan mencari salah yang lain. Qif suka menyakat, Fazia pulak jenis lambat pick up! Apakah yang akan terjadi? Jemputlah baca...


Hatiku Dibawa Lari

Bab 6

Fazia berlari menuruni anak tangga bagaikan tak cukup tanah. Laju! Seolah-olah di belakangnya ada seekor anjing mengejar dan dia akan digigit jika dia berhenti. Kali ini dia tak turun ke bilik Mek Yah. Dia dah ketar dan hanya berasa selamat sekiranya berada di dalam bilik merah jambu. Hanya sekiranya dia berada di situ barulah encik pelakon yang perasan bagus itu tidak dapat menjumpainya. 

Fazia merebahkan diri ke atas katil. Dalam keadaan terlentang sambil menutup mata, apa yang terjadi di luar kamar tidur Qif Farhan tadi kembali terpamer di ruang mata. Ah, kalaulah dia mampu mengosongkan fikirannya, pasti itu akan dilakukan. Dia ingin melupakan. Melupakan si dia! Melupakan perbuatan Qif Farhan!


“Takut?” 

“Tak!”

Qif Farhan ketawa. Geli hati sangat mendengar jawapan Fazia itu. Bagai digeletek lucu! “Tak? Tapi muka ni nampak pucatlah!” usiknya. 

“Awak nak apa?” Fazia memberanikan diri untuk bertanya. 

“I nak you...”

“Gila?” Fazia berang. Benci mendengar jawapan tak bertapis encik pelakon. Benci tengok muka yang sedang tersenyum itu. Rasa-rasa kalau dia buka pencak silat sekarang, mampu atau tidak mamat Kuala Lumpur ini hendak tersenyum begitu lagi? hati menggumam.

“Amboi, bukan main lagi you, ya! Macam-macam you anggap diri I ni. Dalam kepala you tu I ni jahat eh? I ni gila ek? Well! You nak tak I tunjukkan pada you betapa gilanya I ni? Nak?” tanya Qif Farhan sambil meletakkan dua tangan di sisi kepala Fazia. Senyum nakalnya memang mampu mencairkan hati mana-mana gadis tapi si polos di hadapannya langsung tak beri apa-apa reaksi. Hanya sepasang matanya bulat terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki itu.

“Tak sangka, perempuan muka suci macam you ni pun rupa-rupanya ada otak kuning, ya?”

Erk? Dahi Fazia sudah berkerut. 

“So you ingat I nakkan you?” Suara Qif Farhan dah macam orang berbisik. Menggoda! 

Tapi, saat itu Fazia tak peduli pun. Tergoda? Langsung tidak! Dia hanya mahu meloloskan diri daripada lelaki itu. Malangnya, Qif Farhan macam dah kena rasuk. Mendekatkan dirinya kepada Fazia. 

“Awak, jangan dekat-dekatlah! Saya tak suka!” marah Fazia. 

“Tapi I suka.” 

Mata Fazia bulat mendengar kata-kata encik hero. “Tapi saya tak suka,” ujarnya dicelah bibir yang diketap. 

Senyuman Qif Farhan amat sinis waktu ini. “Tak ada perempuan yang tak suka I, cik orang gaji!” katanya dengan penuh yakin. 

“Eeii, janganlah dekat sangat!” Fazia berjaya tunduk dan meloloskan diri daripada Qif Farhan. Nafas lega ditarik. “Awak! Kalau wan dengan mak tok nampak kita macam ni, nanti dia orang suruh awak nikah dengan saya pulak. Awak sanggup ke?”

“Betul tu, Qif! Tapi, rasanya sebelum wan tanya you sanggup atau tidak kahwin dengan Fazia, dia akan lunyaikan dulu tubuh badan you ni. Berani ya you panggil Fazia naik, berdua-duaan dengan you kat atas ni?” 

Suara Mak Su Zarina menyebabkan masing-masing tersentak. Muka Fazia kalau ditoreh pasti tak berdarah lagi maklum sudah pucat sangat. Malu dan takut dengan teguran dan renungan garang ibu saudaranya. 

“Kamu ni pulak, berani bukan main naik ke atas ni? Lupa ke yang bila korang berdua maknanya ada...”

“Makhluk nombor tiga! Tahu! Faham!” Fazia mencelah, perlahan.

“Tahu pun!” 

“Bukan salah I kan? Cik orang gaji ni yang naik ke sini...”

“Sebab awak call saya tadi!” jerit Fazia. Dia tak dapat terima sikap Qif Farhan yang seakan-akan mahu menyalahkan dirinya.

“Memang I telefon you tapi you ada pilihan untuk tak naik, cik orang gaji!” Qif Farhan membela dirinya sambil tersenyum simpul. Kening sengaja terjungket-jungket. 

Gaya nak kena penampar, bisik hati Fazia. Dia sudah benar-benar naik angin sekarang kerana menyedari lelaki ini sudah berjaya mengenakannya. Memerangkap dirinya ke mari dan kini menjadi mangsa amukan Mak Su Zarina yang nyata enggan mempercayai dia. 

“Fazia, kamu tahu tak dah pukul berapa sekarang? Pukul 1.30 pagi, tahu? Yang kamu naik juga ke atas ni pasal apa? Dah teringin sangat nak kena cekup?” Marah mak su lagi. Kali ini dia memang tak akan bagi can kepada Fazia lagi. Kalau bagi muka sangat, inilah jadinya! Dah tahu yang mak su suka gila pada hero pujaan Malaya di hadapan mereka, Fazia ada hati nak potong jalan! Sajalah tu nak cari pasal!

“I panggil dia naik ke sini sebab I nak uji dia. I ingat orang macam dia ni yang dah kenakan I, dah malukan I, baiklah sangat. Tapi, tengoklah! Kata tak suka kat I, kan? But, I boleh rasa yang kalau I goda dia siiikit aje lagi, mesti dia lentok punya!”

Puas rasa hati Qif Farhan setelah dapat mengenakan cik orang gaji. Walaupun perancangannya sudah berterabur namun yang penting, misi untuk membalas rasa sakit hati akibat dipermainkan oleh gadis itu telah berjaya. Hatinya puas melihat wajah Fazia yang sudah merona merah. Tahu malu? Habis, yang dibuat pada dirinya waktu solat maghrib dan isyak itu apa? Bukankah itu lagi bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya? 

Dia sakit hati.. terlalu sakit hati diuji sebegitu. Apakah kerana dirinya seorang pelakon maka dia tidak tahu bersolat? Apakah kerana dirinya seorang pelakon dia dianggap lemah iman? Hah, sekarang, terimalah! Apakah perasaan cik orang gaji apabila dirinya dipermainkan? Seronok? Atau marah? 

“Awak saja aje buat macam ni sebab awak nak balas dendam, ya?”

Qif Farhan tersengih lebar. 

Malunya Fazia! Tadi, untuk seketika dia percaya yang lelaki ini mahukan dirinya. Untuk seketika, dia hanyut dalam pandangan lelaki itu yang redup menggoda. Nasib baik dia tak terbuai dek rasa perasan itu. Kalau tidak, tentu dia akan jadi lebih malu lagi!

“You patut tahu siapa yang you cabar, cik orang gaji. Dengan orang lain, bolehlah! Tapi, ini Qif Farhan, okey! Perangai perempuan macam you ni dah lama I hafal. Cuma, yang I tak faham, kenapa orang gaji macam you ni berani sangat! And, kenapa wan dengan mak tok tak berhentikan you kerja pada hal dah nyata yang you nak aibkan I, tetamu dia orang? Tapi, sekarang kita dah seri. Cuma I nak ingatkan you yang tak akan ada peluang kedua untuk you kalau you cuba jatuhkan maruah I lagi. Sekali lagi you cuba, I yang akan berhentikan you. You faham tak?” marah Qif Farhan. 

Mak Su Zarina menarik nafas dalam-dalam. “Qif, sebenarnya...”

“Saya faham, encik sombong! Faham sangat! Selama ni tak ada orang tegur awak kan? Tu yang terasa hati sangat-sangat, betul tak?” 

“Faz!”

“Tak apa, mak su. Dia bukan boleh buat apa pun! Adoii...adoiii... lepaslah!” jerit Fazia yang kesakitan kerana tangannya tiba-tiba dikilas ke belakang oleh Qif Farhan yang sudah naik radang dengannya yang tidak langsung mahu kalah. Mengaku salah pun tidak! Aduhai...

“Kau nak aku cium kau depan Cik Zarina ke?” bisik Qif Farhan lembut di telinga. Hanya untuk pendengaran Fazia seorang. 

“Gila!” 

“Hmm, kalau tak nak, mintak maaf dengan aku sekarang!” ugut Qif Farhan lagi. 

Fazia takut dengan sikap melampau Qif Farhan. Sungguh-sungguh takut. Laju saja kata maaf meluncur keluar daripada bibirnya. 

Qif Farhan tersenyum bangga. Mak Su Zarina menarik nafas lega. 

“Saya benci awak! Saaangat benci!” kata Fazia. Serentak itu, pipi kanan Qif Farhan ditamparnya. Puas hati melihat lelaki itu tersentak. Namun, apabila Qif Farhan cuba menangkap tangan yang menampar pipinya itu, Fazia tidak menunggu lagi. Terus dia berlari laju meninggalkan mak su yang jelas sedang terkejut, meninggalkan Qif Farhan yang pastinya sedang amat marah. 

Dia berhenti di anak tangga ke dua. Mendongak, dia melontar suara, “Saya menang, awak. 2 – 1. Babai!” Bersama jelingan, lelaki itu ditinggalkannya.

“Qif, I’m sorry!” 

Tanpa mempedulikan Mak Su Zarina dan kata maaf daripada wanita itu, Qif Farhan terus meluru masuk ke dalam bilik tidurnya. Bersandar pada pintu bilik, tangan mengelus pipi yang ditampar. Kepala digeleng-geleng. Mata sengaja dipejamkan. Senyuman tiba-tiba menghias bibir. 

‘Kenapa macam sedap aje pulak kena penampar sulung cik orang gaji ni?’ 

Soalan yang akhirnya mencetus tawanya sendiri.
.........................

Ulasan

  1. Kalau dah suka, makan penampar pun serupa makan steak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, kalau kentut, kentut pun wangi.. haha

      Padam
  2. pergh..ai ingat dia nak mengamuk sakan..membaling barang dan menyepahkan bilik sambil memaki hamun minah sengal tu..erk..lain pulak jadinya..angau lah pulak mamat tu..apa sebenarnya yg mamat sengal tu nak dari faz siorg gaji yg terlebih kuah dari sudu..tak dapat nak bayangkan kalau mamat sengal tu tau yg faz tu selama ini mamainkan diri dia...untuk merendahkan sikap sombong dan egonya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. idA, ai nk buat qif ni gila bayang pada faz. tp faz ni plak buat derk.. boleh gitu?

      Padam
    2. boleh je kak sofi..mencabar sikit..

      Padam
  3. Setuju dgn idea Utk buat Qif Farhan gila byg kt Fazia. Then Fazia buat derk smpi blk Sarawak. Nangis tak berlagu la Qif nnt.

    BalasPadam
  4. Ps ni,dia nk wt prangai lgi la tu..nk skitkn hati cik org gji... Hehehh ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…