Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Bab 8 : Hatiku Dibawa Lari

salam penuh kerinduan dpd kak sofi utk kesayangan kak sofi semuanya. kisah faz dan qif ni hanya tulis2 suka2 aje ya. xde kaitan dgn sesiapapun. kalau ada kait mengait dgn hidup sesiapa, sungguh xdisangka2lah tu. apa2pun, hepi reading, okey!
Hatiku Dibawa Lari 8
“Woit! Awak ni apesal hah? Tulah! Masa berlakon, main-main! Ni, bila dengan saya nak tunjuk hebatlah konon lakonan tu. Eeii, tak kuasa aku layan mamat ni!” 
Kata orang, sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa. Itulah fasal. Lain kali, fikir dahulu sebelum bercakap. Bukan main ikut sedap apa nak keluar sahaja. Sekarang, dia sudah menerima padahnya. 

“Fazia, cer berdiri tu diam-diam sikit! Tegakkan badan tu. Jangan nak melintuk–liuk ke kanan ke kiri sangat, boleh tak?” Suara garau Qif Farhan menegurnya lagi. 
Fazia tayang muka bosan. 
"Tengok tu! Cik orang gaji, tak boleh senyum sikit ke?" 
Kali ini Fazia tatap wajah selamba badak Qif Farhan buat seketika lepas tu terus sedekahkan jelingan yang tajam. Ambik k…

Bab 7 : Hatiku Dibawa Lari

Harap2 ramai yang duk menunggu tu terhibur dengan entri kali ini. Sori lambat ya! Tapi nak habaq mai, lepas ni tentu lagi lambat tau. Mungkin seminggu satu n3 agaknya. Ops... jangan mengeluh lagi, okey. Hehe...
Kak sofi nak share satu berita baik dengan uols. Okey... masih ingat Abang Mekanikku? Adham Faiz? Aira? Hmm, kepada yang sukakan pasangan ni, mereka berdua dah dilamar. Jadi dalam masa sebulan dari semalam, kak sofi perlu siapkan manuskrip AMK untuk diserahkan kepada publisher tu. atas alasan inilah, HDL terpaksa bagi laluan. maklumlah AMK tu lebih senior drpdnya, kan? 
So jangan sedih2. InsyaAllah, seminggu satu. kalau terrajin... ha, yang tu bonus untuk uols la, kan? Cuma... pleaseee, doakan agar AMK lancar pergerakannya ya! Thank you in advance. .............
Hatiku Dibawa Lari : Bab 7


Sudah dua hari Fazia Nur Imani mengelak daripada bertembung dengan encik pelakon. Sengaja dia memilih untuk tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Panggilan telefon Qif Farhan tidak dij…

Bab 2 : Sampai Bila

Sampai Bila bukan cerita kosong. Kalau ada yang kata, novel ketiga kak sofi ni entah apa-apa, maknanya... mesej yang ingin kak sofi sampaikan tak masuk ke dalam hati anda. sebab itu anda x nampak. kisah ini ialah tentang harga diri... tentang maruah.... tentang sikap suka menabur fitnah. tidak ada ketakutan kerana tidak nampak pada mata kasar kesannya lagi. Kekuatan jiwa yang bertahan menerima makian... semua ini ada dalam Sampaii Bila, andai sahaja anda mengerti...
Ini bab 2. Tentang Alisa dan kenapa dendam menemani dirinya... 
Sampai Bila bab 2
“YA Allah!!!”
Suara jeritan ayahnya buat Alisa terkesima. Dia bangun dan bergerak ke muka pintu. Terkejut melihat ayah yang sudah berlari ke arah rumpun serai di tepi rumah. 

Bab 6 : Hatiku Dibawa Lari

Kali ini cuba enjoy lagi dengan telatah Qif Farhan dan Fazia Nur Imani, ya. Ketika hati masih tidak punya rasa, masing-masing akan mencari salah yang lain. Qif suka menyakat, Fazia pulak jenis lambat pick up! Apakah yang akan terjadi? Jemputlah baca...

Hatiku Dibawa Lari 5

bab 5 dh masuk. tak tahulah apa yang kak sofi merapu meraban tapi harap2 you all bear with me, yeah... selamat membaca, okey. 
Hatiku Dibawa Lari

Bab 5


Pagi yang nyaman. Semilir berpuput lembut. Embun masih merintik. Di ufuk timur, bebola panas sedang menonjol wajah demi menghias permukaan bumi memberi keindahan dek hiasan warna yang dipancarkan.

Bab 1 : Sampai Bila

Assalamualaikum semua orang yang sudi jengah blog luahan ini. Semalam kita dah masukkan prolog. Tu dah kat tengah cerita. Hari ini, kak sofi nak kenalkan anda dengan Alisa. Bacalah dengan mata hati ya! Kepada yang ingin pesan buku ini kepada kak sofi, sila masukkan dalam ruangan komen "NAK ORDER" supaya kak sofi tahu berapa orang yang nak dan bolehlah kita order siap2 dengan FP. 

1
SUDAH hampir setengah jam Yanti terintai-intai di sebalik kain langsir tebal itu. Langsir berwarna hijau lumut yang labuh hingga menyentuh lantai, sekejap diselak, sekejap dilepaskan.

Prolog Sampai Bila

assalamualaikum... kak sofi masukkan pula 5 bab2 awal novel ke 3 kak sofi iaitu Sampai Bila. Mungkin ada di antara anda yang belum beli novel ini, kan? Jadi, kak sofi harap, dengan munculnya bab2 awal ini dapatlah menarik minat anda untuk terus menghayati watak Alisa dan Adnan Malik. selamat membaca...


Prolog
PAGI Rabu yang cerah. Sinar mentari sedang memancar, menerobos masuk ke setiap celah ruang bagi menebarkan sinarnya yang indah. Langit membiru memantulkan cahaya ke dalam air kolam yang tenang. Suasana terasa aman. Meskipun di bawah sana hiruk-pikuk bunyi kenderaan sedang mengalami kesesakan lalu lintas, bangunan megah ini teguh berdiri tanpa peduli apa pun. Malah, penghuni unit kondominium mewah itu sedang lena, bagai tidak terusik oleh apa pun.

Hatiku Dibawa Lari 4

ni n3 tangkap muat. xdiedit. pakai tuls aje. menampilkan sikap fazia yang suka cakap lepas dan sikap Qif Farhan yang perasan bagus. harap anda suka kisah gila2 ini. apa2pun, komen anda sangat2 kak sofi harap demi nak bagi satu kisah yang lebih menarik. semoga hepi masa baca nanti. 
Hatiku Dibawa Lari
4


Terkekek-kekek Mak Su Zarina ketawa sambil guling-gulingkan diri atas katil dalam bilik tidur Mek Yah yang kini jadi bilik tidur rasmi anak saudaranya, Fazia. Bukan main riuh dia gelak biarpun sudah berkali-kali Fazia suruh dia diam. Langsung tidak diendah jegilan gadis itu kepadanya. Makin menjadi-jadi tawa yang terhambur adalah...

Cintamu Cintaku Satu 5

Bab 5 ini ialah bab pertemuan hero heroin. Yang pertama bagi Hana tapi yang kedua bagi Taufik. Pertemuan penuh debar.....

5

TAUFIK AZHARI sedang tekun menghadap dokumen-dokumen yang baru diserahkan oleh Encik Fauzi, Pengurus Besar Rezzan Holdings ketika setiausahanya masuk ke dalam bilik dengan wajah yang pelik. 

Cintamu Cintaku Satu 4

Kitamasuk yang ni dulu. Mungkin ada yang ternanti2 hehe... perasan x habis ko sofi ya...
4

SETELAH bermacam ujian dilakukan ke atas tubuh kecil Irfan, akhirnya doktor pakar kardiologi, Dr. Ng Boon Huat berterus terang dengan Nurul Hana dan ayahnya.

Hatiku Dibawa Lari 3

Sambungan Hatiku Dibawa Lari tapi bab 3 ni tak ada hero. Jangan marah hah.... Nanti bab 4 kita bubuh hero banyak2.
Hatiku Dibawa Lari

Bab 3
Persidangan tergempar! Itu yang Mek Yah bisikkan kepada Fazia tadi. Kehadiran wajib sebab wan sudah mengamuk. Mak tok juga. Kerana itu, Fazia kini sedang berpapasan dengan mak su untuk ke bilik utama, bilik tidur wan dan mak tok yang juga merupakan bilik solat keluarga.

Cintamu Cintaku Satu 3

sementara menunggu n3 terbaru Hatiku Dibawa Lari 3, mailah baca bab seterusnya di dalam novel ke dua kak sofi ni. 
3

SUDAH lebih tiga tahun pemergian Nurul Liyana kini. Hari ini, umur Irfan genap tiga tahun dua bulan. Irfan, nama yang comel untuk seorang budak lelaki yang comel. Melihatnya, mengingatkan mereka kepada Roslan kerana anak kecil itu mewarisi raut wajah lelaki yang pernah hadir untuk seketika dalam hidup mereka dahulu.

Hatiku Dibawa Lari 2

seronok juga main dengan karektor2 sengal kali ini. nak ubah sikit cerita. xnaklah terlalu serius sangat. harap HDL ini bakal menyentuh hati teman2 pembaca semua. thank you.
Hatiku Dibawa Lari

Hatiku Dibawa Lari 1

Ni cerita baru, ya. Stuck, sangkut dengan yang dok ada, tiba-tiba citer ni muncul kat kepala. Terus on laa kan. apa pun, hepi reading. harap suka dengan hero dan heroinnya.

Hatiku Dibawa Lari


Bab 1
Fazia Nur Imani mendengus kasar. Marah dengan aktiviti yang berlangsung di sekelilingnya. Marah dengan mak su yang sedang ketawa-ketawa di hujung sana. Bukan main seronok wanita berusia 30 tahun itu. Berseri-seri wajahnya. Suka benar dia apabila hajat hati dipenuhi oleh mak tok.

Cintamu Cintaku Satu - 2 sambungan

Kini, pesanan itu sudah menjadi suatu amanat kerana Nurul Liyana sudah tiada. Mahu ataupun tidak, Nurul Hana dan keluarganya perlu menggalas tanggungjawab untuk memelihara Irfan. Dan demi sebuah janji, Nurul Hana akan merahsiakan kewujudan Irfan daripada pengetahuan Puan Rohani. Tidak, ibu Abang Roslan tidak akan pernah tahu tentang Irfan! Dia, ayah, emak dan adik-adiknya tidak akan sekali-kali membocorkan rahsia! Ya Allah, Kau tempatkanlah roh kakakku ke dalam golongan mereka yang Engkau kasihi. Ampunkanlah segala dosa-dosanya. Terimalah segala amalannya. Damaikanlah hidupnya di sana, bersama suaminya. Ya Tuhanku, dengarlah permintaan hamba-Mu yang amat lemah ini. Kasihanilah kakakku itu. Aku amat menyayanginya. Kasihanilah dia, wahai Tuhan. Kasihanilah dia!     
PETANGitu, Nurul Hana berpeluang mengemas barang-barang peribadi kakaknya. Baju-baju Nurul Liyana dibawa ke wajah, diciumi untuk melepaskan rasa rindu. Satu per satu dilipat dan disimpan di dalam sebuah beg. Semalam, ayah ber…