apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.5.13

mahligai bernama cinta, kasih yang pulang 2 + Sinopsis

Sinopsis

Mereka berkenalan dalam facebook. Perkenalan biasa-biasa aje antara budak-budak. Aku suka kau, kau suka aku gitu. Seorang di Malaysia, seorang lagi berada di England. Setelah hubungan menjadi mesra, masing-masing bercerita tentang keluarga. 

Rupa-rupanya, Anwar Rafiq hanya dibesarkan oleh seorang mama sementara Syahiza Azwani pula dibesarkan oleh seorang papa. Mulalah mereka berdua merancang untuk menemukan papa dan mama masing-masing. Mana tahu kalau-kalau ada jodoh? Bolehlah Nuar dengan Zaza tinggal bersama dan jadi adik-beradik. Lalu, masing-masing tunjukkan gambar mama dengan papa masing-masing. Apa lagi, terkejut sakanlah mereka! 

“Abang Nuar, itu gambar mama Zazalah. Gambar tu ada dalam bilik papa kita tau. Papa letak di atas meja kerja dia.” ~ Zaza.

Terkejut Nuar. Dia pula memberikan satu kejutan kepada Zaza. “Zaza, gambar papa tu ada atas meja solek mama abang tau!”


Secebis rahsia terbongkar. Namun, banyak yang masih tersimpan kemas. Nasib baik papa dipanggil pulang untuk berkhidmat di tanah air tercinta. Apa lagi? Dua beradik mula membuat perancangan. Papa dan mama harus diketemukan!


Kerana anak2, mereka berjumpa semula selepas lebih lapan tahun berpisah. Malangnya, di pertemuan itu, seperti dahulu, Ikmal Firdaus masih dengan sikap suka mencari kesalahan Mayesa. Lantas mereka bertengkar. Pertengkaran yang menyingkap sebab-sebab perpisahan terjadi. Perkara-perkara yang tidak pernah terfikir oleh Puan Maznah (ibu Ikmal). Selama ini dia menyangka, Maya yang bersalah meninggalkan anaknya Ikmal Firdaus tanpa pesan. 

Menyedari apa yang pernah terjadi itu semuanya berpunca daripada Ikmal Firdaus, Puan Maznah dan cucu-cucunya sekali lagi merancang untuk mendekatkan dua hati semula. 

Ikmal Firdaus mulanya buat tak endah kerana bagi dirinya, dia sudah ada Nadirah. Nadirah kekasih hati yang setia. Mana mungkin meninggalkan gadis itu semata-mata untuk mendapat semula cinta Maya? Mustahillah! Tapi, satu insiden berlaku. Pertembungannya di sebuah restoran dengan Maya yang sedang berkepit dengan Meor Asyraf, merobek perasaan. Dia cemburu yang amat sangat melihat kemesraan pasangan itu. 

Perasaan Ikmal Firdaus jadi tidak menentu sejak hari itu. Dia takut pada kehilangan. Dia takut kalau-kalau Maya jadi hak Meor Asyraf pula. Apatah lagi, Zaza selalu memuji Meor Asyraf yang baik hati. Memang tak boleh tidur jadinya dia.

Nadirah sudah dapat meneka bahawa Ikmal Firdaus masih cintakan bekas isterinya. Yalah, kan, cinta pertama manalah boleh dilupa? Lagipula, dirinya sudah dirayu oleh Zaza dan Nuar terlebih dahulu. Kerana dia juga merupakan anak dalam keluarga yang berpecah belah, dia dapat menyelami perasaan anak-anak remaja itu. Jadi, dia tidak mahu mereka menerima nasib yang sama dengan dirinya. Biarlah cintanya hilang asalkan dia dapat membahagiakan Nuar dan Zaza.

Pun begitu, Maya tidak mudah melupakan semua kesakitan lampau. Semakin Ikmal Firdaus cuba mendekati dirinya, dia semakin menjarakkan diri. Baginya cukuplah ada Nuar dan Zaza, si jantung hati. 

Perang cinta bermula. Ikmal Firdaus nekad nak tackle hati Maya semula. Dengan bantuan anak-anaknya, pertemuan demi pertemuan diatur dengan Maya namun Maya tetap keras menolak bisikan-bisikan cinta bekas suaminya itu.

Satu ketika, Idora, kawan baik Maya kehilangan suami dan anak-anak dalam satu kemalangan jalanraya. Kejadian itu membuat Maya berfikir dan mula menilai semula setiap patah kata Ikmal Firdaus. Timbul penyesalan kerana bersikap ego dengan lelaki itu. Mula berasa perlu akan kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya. Demi anak-anak, dia sanggup membuang semua memori pahit di antara mereka berdua.

Malang bagi Maya, saat hati ingin dibuka, sikap Ikmal Firdaus berubah. Ikmal Firdaus berpaling daripada dirinya. Ikmal Firdaus kembali kepada Nadirah kerana dia sudah jemu menanti Maya. 

Anak-anak mula menyedari sikap menyerah si ibu. Mulalah mereka mengapi-apikan dirinya agar berusaha merebut cinta Ikmal Firdaus semula.

“Ma, kami memang sukakan Kak Nadirah. Memang best kalau dia jadi emak tiri kami. Tapi, kami akan lebih bahagia kalau mama yang jadi isteri papa. Kami lebih suka mama dan papa yang kahwin, mama. Mama kena cuba tackle papa semula. Mama mesti pikat hati papa untuk kami, ma! – Nuar dan Zaza.

Setelah hati dilukai, apakah Ikmal Firdaus sanggup menerima kehadiran Mayesa ke dalam hidupnya semula? 

.....................

itulah sinopsis bagi manuskrip akan datang. tujuan kak sofi letakkannya di sini ialah supaya kita sama2 boleh pilih tajuk untuknya. TOLONG TULIS TAJUK PILIHAN ANDA DI RUANG KOMEN. TULIS TAJUK SAJA YA! Andai anda punya tajuk yang lebh catchy, mailah kita share sama2 ya!

di bawah ialah pilihan2nya :-

MAHLIGAI BERNAMA CINTA
RINDU PUN BERTAKHTA
JANJI YANG DULU
KASIH YANG PULANG. 
DIA SUDAH LUPA
DUDA Versus JANDA
INTAIAN KASIH
...................................


Okey, ini sambungan semalam. Bab 2

"Kau kenal dia?"

Mayesa jongket bahu. "So so..."
"Cakap Melayu! So so apa?" Idora menekan suara. Geram melihat telatah Mayesa yang seperti sengaja hendak mempermainkannya.
Mayesa menyengih comel. "Dah lama aku nak bagitahu kau tentang dia. Tapi tak ada peluang," ujarnya. Pandangan tajam Idora tidak diendah.
Idora mencebik. "Macam lama sangat dah hubungan kau orang eh? Kenapa? Dah nak kahwin ke?" sinisnya.
Mayesa tersedak. Air yang sedang diteguk habis tersembur keluar. Mujur sempat Idora elak, kalau tidak mahu lencun anak dara yang masih berbaju kurung itu.
"Betullah kau nak kahwin dengan mamat tu?" Mata Idora buntang. Bulat tanda enggan percaya. semakin buntang apabila Mayesa mengangguk laju.
"Dia dah masuk meminang."
"Gila kau? Helo! Kita baru di tahun 1. Sem 2. Gatal apa kau ni?"
Mayesa tarik sengih sambil mengusap pipi Idora manja. "Inilah yang dikatakan cinta. Cinta tak kenal usia. Tak kenal masa. Yang penting, aku dan dia!" ujarnya dalam nada mengada-ngada.
Idora mendengus keras. Geram!
"Kau patut doakan aku. bukan tarik muka macam tu, Dora!"
.....................

3 ulasan:

  1. duda versus janda la hawt!! hehehehe

    kasih yang pulang pon agak sesuai :)


    ~acu~

    BalasPadam
  2. Janji yg pulang.. hehe.. tapi kalau Dia sudah lupa lagi okey, cuma tajuk tu mcm x sesuai kalau kak sofi guna ayat jiwang2 sangat.sempoi2 gitu best! hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.