apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.5.13

mahligai bernama cinta, kasih yang pulang 1

cerita baru tanpa tajuk lagi. juga tanpa gambar apa pun. nanti akan diberi sinopsis. sudikanlah membacanya, ya!

"Hai!"

Sapaan itu begitu bersahaja. Ringkas benar! Hai! Hai saja. Namun, kerana dia suka suara serak-serak basah yang begitu, dia menoleh juga ke arah kiri. Teringin juga nak kenal pemilik suara itu.

Maya sedikit terkejut setelah saling memandang. Ah, pemuda itu rupanya. Alah, kalau dia? Diam ajelah. Tak payah kata apa-apa.

"Girl, awak ambik jurusan Art and Design, kan? Abang pulak kat Pengurusan Awam." Ramah pemuda itu memberitahunya.

"Tak tanya pun," kata Maya sambil mencebik.



Pemuda itu tersengih. "Info berguna tu, girl. Senanglah nanti kalau ada sesiapa bertanya tentang boyfriend awak."

Maya tentang anak mata yang kini tajam memanah ke wajahnya. Waktu itu, dia berasa ingin benar hendak memadam senyuman yang terukir di bibir pemuda itu. Wajahnya sudah mencuka. Dah kelat pun.

"Kita couple nak?"

Maya angkat kening. Biar betul? Kenalpun tidak?

"Kenapa? Tak percaya? Abang tak main-main, girl. Sejak seminggu dua ni, ialah sejak asyik jumpa awak kat bus stop ni, hati abang asyik dug dag, dug dag aje. Nak tahu? Abang bukak buku aje, kat muka surat tu abang nampak awak. Balik bilik, nak ulangkaji ke, nak buat assignment ke, nampak senyuman awak dulu. You haunted me girl. Dan, abang suka sangat!" Pemuda itu memberitahu, siap angkat-angkat kening. Eleh, stail lapuk mengurat anak dara orang. Tak sudi!

"Abang ingat, abang nak hantar rombongan meminang awak, girl. Hujung bulan ni nanti. Setuju tak?"

Maya terus berdiri. Terpaku tegak di hadapan pemuda itu sambil mencekak pinggang. "Weh, jangan over react, boleh tak? Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya pun. Apa pasal cakap benda pelik-pelik macam ni? Nak saya adukan awak ke MPP?"

Pemuda itu ketawa. "Amboi garangnya?"

"Memang garang! Jadi jangan nak mengarut dengan saya." Maya memberi amaran di celah-celah gigi yang diketap rapat. Dia cadang nak pergi dari situ. Nak jalan kaki. Tunggu bas pun entah bila hendak muncul. Kalau lagi lama dia di sini, entah apa lagi pemuda yang pakai t-shirt warna merah dengan seluar track warna hitam ini akan cakap. Buat sakit hati aje.

Tapi, tak jauhpun dia berjalan, pemuda itu sudah menyaingi langkahnya.

"Nama abang Ikmal Firdaus. Kawan-kawan panggil Mal saja. Awak pula Mayesa, kan girl? Mayesa Malik. Tapi kawan-kawan awak panggil Maya. Sebenarnya, abang tahu segala-gala tentang awak. Dah suka kan? Kenalah ambik tahu semuanya."

Suara, kata-kata dan senyuman pemilik nama Ikmal Firdaus itu buat hati dan jantung alah pada arahan otak. Otak kata, 'Jangan percaya!' Hisy, tak kan dengar punya. Sebab ada lagu merdu dok main enak-enak membuai perasaan Maya sekarang ni. Tak sangka, ada orang suka dia sampai selidik habis. Terharunya!

"What say you, girl? Sudi couple dengan abang?"

4 ulasan:

  1. ee takutnya ada stalker mcm ikmal firdaus, kalau saya pun lari jugak :'(

    BalasPadam
  2. Kak Sofi best permulaan yg menarik. Berani betul si Ikmal ni. Tapi satu yang saya perasan kak Sofi suka nama Malik. ;-) Adnan Malik. Msyesa Malik

    BalasPadam
  3. Alahai.... maya...jual mahal sikit lagi....hahahaha

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.