Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

SIAPA NAK ORDER SAMPAI BILA YANG KAK SOFI TANDATANGAN?

SIAPA NAK ORDER SAMPAI BILA YANG KAK SOFI TANDATANGAN, SILA ORDER DI SINI (untuk yang BETUL2 nak beli saja). Assalamualaikum. Alhamdulillah, Kak Sofi membuka order untuk novel Sampai Bila. Insya-Allah, novel ini kak sofi akan pegang pada minggu akhir April ini. Maka dengan ini kak sofi buka order kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Sampai Bila (ada 50 buah aje). Yang nak Tak Mungkin Kuhindar dan Cintamu Cintaku Satu juga kak sofi dah order tapi tak banyak. Cuma 20 buah masing-masing. 
Apa yang perlu anda buat?

Cintamu Cintaku Satu 2

BAB 2

“HANG dah fikir panjangkah, Liyana? Dia tu anak bos hang. Anak orang kaya! Hang? Kita? Kita ni miskin. Mana padan hang dengan dia? Kita tak setaraf dengan depa!” 

Peristiwa sembilan bulan yang lalu mengimbau ingatan. Ketika itu Nurul Liyana balik ke rumah bersama seorang lelaki. Nurul Liyana memperkenalkan lelaki itu sebagai Roslan bin Ahmad Rizal, anak kepada pemilik syarikat Rezzan Holdings, Encik Ahmad Rizal bin Abdul Razak. Kata Nurul Liyana, Roslan ialah teman lelakinya dan mereka balik dengan tujuan untuk bernikah. 

Seisi rumah terkejut mendengar permintaan pasangan itu yang mahu mereka dinikahkan segera. Abdullah dan Mariam masing-masing terkedu apabila Roslan melamar sendiri Nurul Liyana. Tidak ada wakil daripada pihaknya. Tidak ada sirih junjung. Tidak juga ada tepak sirih. Adat resam sudah diketepikan. 

“Kenapa buat macam ni? Mak, ayah dan adik-beradik Roslan tak setujukah dengan hubungan ni?” soal Abdullah dalam marah yang ditahankan. 

Hampa perasaan seorang ayah, bila ana…

Cintamu Cintaku Satu 1

Tibalah pula giliran Taufik Azahari dan Nurul Hana pula. Untuk tatapan anda....


BAB 1

NURUL HANA sedang berdiri di atas platform jeti Pulau Pinang. Gadis itu sedang gelisah. Wajahnya kelihatan cemas. Sesekali, leher dipanjangkan untuk melihat sama ada feri yang akan membawanya ke Tanah Besar sudah sampai ataupun belum. 
“Lambat sungguh! Kan baik kalau aku naik motor dari Kulim tadi. Tak payah nak tunggu feri ni! Aku pecut kat atas jambatan saja! Dalam tempoh sejam, aku dah boleh sampai semula di hospital.” Nurul Hana atau panggilan manjanya, Ana, merungut sendirian. 
Bagaimanapun, Nurul Hana tahu itu hanyalah angan-angan sahaja. Ayah dan ibunya tidak mungkin akan mengizinkan dia menunggang motosikal sejauh ini, walau dia memang sudah mempunyai lesen. 
“Buat apa nak naik motor? Nampak macam budak jantan saja!” bentak emak kepadanya, di suatu hari. 

Tak Mungkin Ku Hindar 5

BAB 5


Ini yang terakhir petikan dpd naskhah TMKH. Lepas ni nak masukkan pula Cintamu cintaku satu untuk anda. 


Hari Ahad, Maria ditinggalkan sendirian di rumah. Kawan-kawan serumahnya sudah pergi menonton wayang. Dia tidak ikut serta. Sengaja mengasingkan diri.

Sejak mengetahui tentang Hisyam, Yana, Aini dan Salwa tidak berhenti-henti mengusik. Mereka tidak mempedulikan kemarahannya. Mereka tidak kisah kalau dia merajuk. Semakin dia berkecil hati, semakin galak mereka melakukannya. Tidak jemu-jemu.

Dia sedang makan ketika pintu rumahnya diketuk.

Hai, siapa pulak yang datang ni? tanya Maria dalam hati.

Sangkanya jiran mereka, Kak Munah, yang datang untuk mengambil baju yang telah siap dijahit, baju yang ingin dipakai untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak majikan suaminya nanti.

Maria tidak bersedia untuk bertemu pandang dengan lelaki di hadapannya kini. Lelaki yang sentiasa berada di ruang fikirnya selama ini. Lelaki yang pernah menolongnya, lelaki yang asyik mengganggunya di telefon. H…

Tak Mungkin Ku Hindar 4

Suratan atau Kebetulan? entahlah...




BAB 4

Sangka Maria, pertemuan dan lakonan itu adalah yang pertama dan terakhir. Dia fikir mereka tidak akan bertemu lagi. Namun, takdir terjadi sebaliknya. Mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu Maria bersama Yana, teman baik dan rakan serumah, ingin makan tengah hari di sebuah gerai di Kampung Baru.
Mereka baru sahaja duduk ketika matanya terpandang kereta CRV berwarna merah hati di tempat parkir. Dalam debaran dada yang tidak menentu, matanya melingas mencari pemilik kereta itu. Dalam hati, dia berdoa dan berharap bahawa kereta itu bukan milik Hisyam yang ditemuinya beberapa hari lalu. Malangnya, dalam pencarian itu, wajah dan senyuman lelaki itu yang dilihat.
Yana diajak untuk makan di tempat lain. Dipujuknya rakannya itu agar menurut kehendaknya.
"Aku letihlah, Lia, makan kat sini ajelah."
Mahu tidak mahu, Maria terpaksa akur. Terus duduk di situ dan berharap agar Hisyam sudah melupainya.
Sekali lagi dia silap. Hisyam tiba di meja m…

Tak Mungkin Ku Hindar 3

Kita dah masuk bab 3 dah. masih menyelami perasaan Hisyam lagi. hehe... enjoy reading ya
BAB 3
Di dalam kereta, fikiran Hisyam masih melayang mengenangi Salina. Dia amat berharap agar gadis itu benar-benar memahami apa yang dikatakannya tadi. Agar selepas ini, Salina tidak lagi menunggu. Agar Salina mahu mencari lelaki yang lain.
Salina! Memang bertuah sesiapa yang memilikinya. Gadis itu cantik. Bergaya. Anak datuk lagi! Manja pula tu. Kalau begitu, mengapakah dia tidak mahukan gadis itu? Mengapa dia menolak cinta gadis itu?
Argh! Hendak dibuat bagaimana sekiranya rasa cinta itu tiada?
Sedar tak sedar, Hisyam sudah sampai di pekarangan rumahnya. Ketika melangkah turun dari kereta, sapaan daripada Datin Syarifah mengejutkannya.
"Baru balik, anak bertuah?"
Hisyam tersenyum mendengar pertanyaan itu. Dia sudah biasa.
"Dari mana?" Dato’ Ahmad pula menyoal.
"Makan dengan kawan," jawab Hisyam ringkas.
"Siapa? Salina ke?" Datin Syarifah mengorek.
Hisyam tersenyum,…

Tak Mungkin Ku Hindar 2

Nampaknya, bab 1 mendapat sambutan. Alhamdulillah, masih ada yang suka cerita ini. Okey, jom kita sambung, tengok gelagat hero, Muhammad Zaiful Hisyam nih...



Bab 2

Hisyam melangkah masuk ke dalam Restoran Steak Choice dengan gayanya yang tersendiri. Sepasang matanya mencari kelibat gadis yang sedang menunggu. Hampir di setiap sudut diperhatikannya. Akhirnya dia tersenyum. Yang dicari sudah ditemui. Langkah penuh yakin diatur ke arah itu.

"Maaf, Lin, I lambat sikit. Ada hal yang tak dapat nak dielak kat ofis tadi," kata Hisyam sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Di hadapannya, gadis yang memakai pant-suit berwarna pastel itu sedang memandang dengan wajah yang masam mencuka.

Jam di tangan, direnung Hisyam. Patutlah gadis ini marahkan dirinya, dia sudah terlewat hampir satu jam.

"Lin, I tak sengaja okey. Ada hal yang berlaku secara tiba-tiba di pejabat dan I tak dapat nak elak. Tolonglah faham..."

Hisyam tidak berbohong. Sewaktu dia hendak keluar daripada pejabatnya …

Tak Mungkin Ku Hindar 1

Siapa pernah baca cerita Tak Mungkin Kuhindar? Tak Mungkin Kuhindar ringkasnya TMKH ialah novel pertama kak sofi dengan Fajar Pakeer. Kira macam baby sulunglah gitu. Okey, mulai hari ini kak sofi muat naik semula episod-episod awal TMKH diikuti oleh Cintamu Cintaku Satu dan kemudian Sampai Bila untuk tatapan semua. Selamat membaca.... Bab 1


Perjalanan menaiki STAR LRT di waktu petang begini, amat merimaskan gadis manis itu. Orang ramai sudah bersesak-sesak. Inilah suasana yang sangat tidak digemarinya. Dalam kesesakan itu pasti ada yang cuba mengambil kesempatan. Bimbang diri tidak berkesempatan untuk mengelak.
Sesekali, jam di tangan diintai. Hati semakin lega. Tinggal dua stesen sahaja lagi sebelum dia sampai ke destinasi. Dia mengarahkan pandangan ke luar cermin kaca. Hanya bangunan-bangunan bertingkat yang kelihatan. Puduraya, Masjid Jamek... Akhirnya, dia turut berdiri untuk melangkah turun meninggalkan kereta api laju itu.
Maria terus mengatur langkah. Dia ingin pergi ke Restoran K…