Langkau ke kandungan utama

Novel Sampai Bila


Nama Penulis : Ana Sofiya
 Tajuk Novel : Sampai Bila
Blurp :

Hubungan mereka tidak bermula dengan baik. Kisah lampau Alisa menyebabkan Adnan Malik enggan menerima gadis itu sebagai isterinya. Namun, mereka berkahwin juga. Di hari pernikahan, Adnan Malik membongkar kisah silam Alisa yang tidak pernah diketahui oleh ayah gadis itu. Sisi gelap yang sengaja diselongkar dengan niat untuk memalukan. Juga, supaya perpisahan terjadi. Malangnya dalam benci si ibu, Fasihah, menghalang demi untuk melihat Alisa menderita digantung tidak bertali.


Setelah puas menangisi nasib, Alisa bangkit bersama azam di hati. Bersama janji bahawa hati Adnan Malik akan ditakluki.

Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku! Aku akan pastikan dia jilat ludah dia balik! Aku akan pastikan dia menyesal menghina ayah! Dan, aku akan pastikan dia menyesal membenci Abang Tiar. Adnan Malik, kau akan bayar balik setiap kesakitan yang kau bagi pada Aku! Itu janji aku! 
~ Alisa.

Biasalah, kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Sekarang, sedikit demi sedikit Adnan Malik mula mengenali hati budi isterinya. Namun kerana ego, dia menafikan gelojak rasa yang melanda. 

Alisa sudah tidak mampu bertahan lagi. kalau lama-lama nanti, bukan hati Adnan Malik yang dimiliki, tetapi takut pula hatinya yang dicuri oleh lelaki itu! Jadi, dia perlu memaknakan wasiat Bakhtiar secepat mungkin!

"Apa kata kita buat bayi tabung uji sama-sama?"

Ya, satu cadangan gila kepada seorang lelaki normal. apa lagi, melentinglah si suami.  

"Kenapa kau nak kita buat benda tu? Bayi tabung uji konon? Kau ingat aku ni mandul ke?"

Alisa pening. Susah sungguh untuk dia memahami seorang Adnan Malik. Cakap begini salah, cakap begitu pun salah. Habis, macam mana? Adnan Malik pula yang resah. Tahu bahawa hati sudah mula goyah. apabila rasa benci bertukar rindu, mampukah bertahan sedingin salju? Dan kalaupun mampu, sampai bila...?



Harga : SM RM22 / RM25

Bila boleh order? : 

Novel ni akan ada di PBAKL 2013 nanti. Carilah di booth Fajar Pakeer. Kalau nak tanda tangan Kak Sofi, kenalah datang pada 3 dan 4 Mei nanti. Insya Allah, kak sofi ada masa tu dari pukul 11 pagi ke pukul 4 petang. Kalau tak dapat datang pesta buku, order online dengan FP tapi hanya dibuka mulai bulan Mei nanti aje. Nak order dengan Kak Sofi? Kak sofi charge untuk postage, boleh? 

okey, kalau ada apa2 pertanyaan hubungi kak sofi di ruangan komen atau emel hana.arisya@gmail.com  

Ulasan

  1. Sampai bila harus menanti Sampai Bila di jari
    Tidak sabar menanti tarikh itu nanti, 4/5/2013

    Tahniah kak Sofi..

    BalasPadam
  2. nak order dengan kak sofi je bole tak ?? charge postage pown takpe nak dpt tndtgn :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…