apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.4.13

Bab 2 : Sampai Bila



Bab 2

“YA Allah!!!” 

Suara jeritan ayahnya buat Alisa terkesima. Dia bangun dan bergerak ke muka pintu. Terkejut melihat ayah yang sudah berlari ke arah rumpun serai di tepi rumah. 

“Asiah!!!” 

Sekali lagi ayahnya menjerit. Kali ini menyebut nama ibunya pula. Kenapa? Kenapa ayahnya menjerit memanggil nama ibunya sebegitu? Sayu dan sedih? Pilu? Berkaki ayam, Alisa mengikut ayahnya dari belakang. Tidak lagi peduli pada hujan yang sedang menyimbahi bumi. 

“Asiah!!!” 

“Mak? Mak!!!” 

Sepasang mata kaku memandang. Di situ, di hadapannya, dalam rintik hujan yang semakin lama semakin lebat, sekujur tubuh sedang menggelepar. Bagai ayam yang baru sudah disembelih, kaki dan tangan bergerak-gerak, tanda diri sedang mengalami kesakitan yang teramat sangat. Bersama alir air hujan di atas bumi yang bergerak perlahan ke arahnya, Alisa melihat warna merah. Darah! Ya, darah! Itu darah ibunya! Dan, yang sedang menggelepar itu adalah ibunya! 

Kenapa? Apa yang sudah berlaku? Apa yang sudah terjadi sehingga ibunya kesakitan begini? 

“Kenapa ni, Siah? Siapa yang buat awak sampai jadi macam ni?” Suara Azman terlontar penuh kesedihan. 

“Am... ampun... ba... bang.” 

“Kenapa ni, Man? Apa yang dah jadi pada Siah? Ya Allah, kesiannya kawan baik aku.” Suara Mak Cik Samiha meratap pilu, semakin menghimpit perasaan. 

“Dia kena langgar ni! Agaknya Haziq yang langgar dia tadi. Aku nampak kereta Haziq keluar dari rumah kau, Man. Aku nampak tadi.” Begitu beria-ia Pak Wan memberitahu. 

“Mak? Betul ke, mak? Betul ke dia yang langgar mak? Cakaplah, mak! Cakaplah!” Alisa mengongoi sedih. 

Azman merenung wajah Alisa. “Haziq?” soalnya. 

“Ya, ayah. Haziq! Dia datang sini tadi. Dia nak jumpa ayah. Mak suruh dia tunggu kat atas. Tapi dia kacau Lisa kat dapur. Lisa geram sangat pada dia tadi, Lisa baling muka dia dengan gelas. Pecah kena dahi dia. Lepas tu, Lisa ugut nak rodok perut dia dengan kaca. Dia melampau sangat, ayah! Lisa tak tahan! Sebab itu Lisa mengamuk. Mana Lisa tahu yang dia langgar mak pulak. Sumpah, Lisa tak tahu, ayah.” Alisa merintih dalam raungan. 

“Mak kamu di mana, Lisa?” tanya Mak Cik Samiha. 

“Mak cakap dia nak bagi ayam makan,” tangis Alisa lagi. 

“Allah! Agaknya masa Haziq tu undur kereta dia tak nampak kamu di reban ayam tu. Siah oi! Allah!!!” Mak Cik Samiha merintih lagi. 

“Allahuakbar! Allahuakbar!!!” Azman cuba menenangkan hati dan perasaan. 

“Lisa...” 

Kedengaran suatu suara terlontar lemah dari dua bibir yang sudah pucat, yang sedang terketar-ketar dan menahan kesakitan. Alisa jadi longlai mendengar suara yang tidak bermaya itu. Baru tadi ibunya senyum. Baru tadi ibunya ketawa bersama. Tetapi sekarang? 

“Datang dekat lagi, Lisa,” panggil Azman yang masih memangku kepala isterinya. 

Diri didekatkan kepada ibu yang sedang nazak. Tangan ibu yang terkulai digenggam. Alisa merintih, “Maafkan Lisa, mak. Lisa tak dengar apa-apa pun tadi. Lisa tak tahu. Ampunkan Lisa, mak!” 

Beberapa orang jiran yang turut mengerumuni mereka tiga beranak, lelaki dan perempuan, turut menitiskan air mata. Tentulah hiba apabila melihat bagaimana seorang anak berasa amat bersalah atas apa yang menimpa ibunya. Mereka berasa kasihan melihat Alisa yang menangis tidak berhenti-henti. 

“Jom, Man! Jom, naik kereta aku! Kita hantar Siah ke hospital,” ajak Pak Cik Mansor. Pak Cik Mansor dan Mak Cik Samiha ialah ibu bapa Yanti. 

“Aku telefon ambulans, Man?” kata Pak Wan pula. 

Namun Azman hanya menggeleng. Dia seakan-akan tahu bahawa riwayat hidup isterinya sudah sampai ke penghujung. Dengan tenang, tubuh isteri didakap sambil diajar mengucap syahadah. 

“Ayah?” Alisa jadi tidak keruan apabila melihat keadaan ibu yang semakin hilang. 
...............
Saat sedih alisa. kedukaannya dan kebencian bermula....

nak baca yang terdahulu? tekan sini

4 ulasan:

  1. kesian lisa... eiii jahat nya si haziq ni..
    dah org tamau dah laaa!! grrrr..

    ~mizzacu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada manusia dia x reti bahasa mizz acu

      Padam
  2. Kesian alisa...patut la dia berdendam...

    BalasPadam
  3. Haziq t'lggr kot..x prsan ada org kt blkg..pstu dia t'kjut & tkut,so dia bla cm tu je kot... Sangka baik je..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.