Langkau ke kandungan utama

Bab 2 lagi : Sampai Bila

Bersabar ya kesayangan semua. insya-Allah, dalam minggu hadapan cover Sampai Bila akan keluar. Sama2 kita nantikan, ya. 
Sambungan Bab 2 

“Esok, kamu mesti pergi dari sini, Lisa. Ayah nak, kamu pergi cari Yanti. Ayah dah mintak alamat rumah sewa dia daripada Pak Cik Mansor dengan Mak Cik Samiha kamu. Pergilah, pergi cari kerja di Kuala Lumpur sana. Lupakan apa yang dah terjadi di sini. Bina hidup baru!” pesan ayahnya. 

Alisa termangu. Dia tidak menyangka bahawa ayahnya sudah merancang sesuatu untuk dirinya. Rasa terlepas daripada beban yang sedang ditanggung. 

“Ayah pulak? Kenapa ayah tak nak ikut Lisa? Kenapa ayah nak duduk di sini juga? Menghadap muka orang-orang kampung yang kejam ni?” tanya dia. 

Azman tersenyum. 

“Bukan semua orang kampung kutuk kita, nak. Ramai yang masih percayakan ayah. Ingat lagi apa berlaku tiga hari lepas? Ramai yang datang tengok jenazah arwah emak, kan? Ramai yang iringi ke kubur. Kawan ayah masih ramai rupanya. Lagipun, di sini emak kamu bersemadi. Ayah nak dekat dengan dia,” jawabnya. 

Alisa menarik nafas panjang. Tidak perlu ayahnya meneruskan kata, tentu sahaja dia sudah faham. Ayahnya tidak akan sanggup meninggalkan semua kenangan antara dirinya dengan arwah ibunya. Tetap sanggup menghadapi cemuhan dan penghinaan kerana cinta yang mendalam kepada arwah. 

“Pergilah, Lisa. Pergilah! Lupakan Haziq! Lupakan perbuatan jahatnya pada kamu. Bina hidup baru di Kuala Lumpur,” pesan Azman lagi. 

Kerana kata-kata itu, Alisa membawa diri dan berpindah ke Kuala Lumpur. Kepada Yanti, semua kisah pahit itu sudah diluahkan. Yanti yang penuh pengertian tentu sahaja sanggup membantu dirinya. Kebetulan, ada kerja kosong di tempat Yanti bekerja. Sebagai kerani. Melalui Yanti, dia akhirnya berjaya masuk ke Samira Corps. Hari demi hari, kekuatan ditanam dalam diri. Alisa bertekad untuk tidak menjadi perempuan yang lemah lagi. Kini, dia tidak mahu menjadi manusia yang tewas. Tidak mahu tertindas. Tidak mahu kalah! 

Kerana sakit hati kepada spesies bernama lelaki, Alisa mula merubah penampilan. Gaya sopan gadis desa sudah hilang. Dia adalah Alisa yang baru. Dia bukan gadis pingitan lagi. Dia bukan seorang yang pemalu lagi. Kini, Alisa lebih selesa menggayakan pakaian mengikut trend semasa. Alisa yang mudah digoda dan menggoda. Sudah berapa ramai lelaki yang jatuh cinta kepadanya. Seramai itu juga sudah dikecewakannya. 

Tidak ada penyesalan. Tidak ada sedikit pun rasa bersalah. Malah Alisa bahagia dengan apa yang dilakukan. Setidak-tidaknya, dia telah menyelamatkan ramai gadis yang baik daripada lelaki spesies Haziq Asrar. 

Bukankah ini satu pengajaran baik yang diberikannya?
.................
rapuhkah alasan itu? hanya kerana haziq alisa jadi macam tu? tak patut?... berikanlah pandangan anda... 

Ulasan

  1. Mmg xpatut alisa!
    Yg ptt diajar cuma haziq seorang sajaaa..
    Yg hang p balas kt org lain tu kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila hati dh marah mizz acu hehe

      Padam
  2. seorg Alisa dengan perubahan sikap yg mendadak..tetapi secara jujurnya ..adakah hatinya tenang dengan segala perbuatannya..tidakkah dia terfikir yg takdirnya telah dicernakan sebegitu rupa untuk dia lebih bertabah dan bukan menjadi seperti Haziq..tidak kah dia terfikir apa kurangnya sikap haziq dan dirinya sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dendam menyebabkan dia lupa pada qada dan qadar. sebab itu dia x pernah sedar bahawa apa yg tuhan beri itu ujian untuknya. thanks for your comments, idA

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…