2013/04/01

Bab 1 (i) : Sampai Bila?

Assalamualaikum. Sementara menunggu cover yang betul di sini kita masih gunakan semua gambar lama yang ada dalam simpanan Kak Sofi. Novel ke tiga bakal keluar. bila? siapa penerbit? biarlah rahsia dulu. Nak masuk n3 inipun, Kak Sofi minta izin dengan editor tau. Hehe, bukan apa-apa, sekadar melepaskan kerinduan anda.
Bab 1

SUDAH hampir setengah jam Yanti terintai-intai di sebalik kain langsir tebal itu. Langsir berwarna hijau lumut yang labuh hingga menyentuh lantai, sekejap diselak, sekejap dilepaskan. Waktu ini, ruang tamu sengaja digelapkan. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sedang menghendap! Mengendap mereka yang sedang berada di dalam kereta Mercedes C200, kereta yang sudah hampir setengah jam berada di hadapan rumah sewanya. 

Yanti, gadis genit bertubuh kecil. Tingginya hanya 152 sm. Kulitnya putih dan dia memiliki sepasang mata yang galak apabila merenung orang. Gadis cantik ini seorang yang agak pendiam, jadi dia tidak mempunyai ramai kawan. Hobinya? Oh, Yanti suka duduk di rumah dengan menghabiskan masa menonton pelbagai drama melalui siaran Astro yang dilanggan. Bukan setakat drama dan filem Melayu, cerita Hindi, Indon, Astro Bella, malah siaran 393 pun menjadi pujaan hatinya. 

Tetapi, nampaknya malam ini, bukan drama di televisyen yang menarik perhatian Yanti. Dia lebih risaukan drama yang dilakonkan oleh teman serumahnya yang bernama Alisa. Alisa masih berada di dalam kereta mewah itu. Memanglah kereta itu sudah lama berhenti, tetapi faham-faham sahajalah! Itu kereta Mercedes! Enjin yang tidak dimatikan, bising benar! Yanti bimbang kalau-kalau bunyi itu akan mengganggu jiran tetangga. Lebih dia risau kalau-kalau mak cik-mak cik yang kepoh perihal mereka selama ini membuat cerita baru pula. Cerita baru tentang Alisa. Sudahlah apa sahaja yang Alisa buat selama ini sering menjadi perhatian mereka. Nampaknya, kejadian malam ini akan semakin lunak. Lagi seronok untuk dijadikan bahan umpat keji! 

Masak macam ni! Esok hari Sabtulah pulak! Mesti aku kena dengan mak cik-mak cik tu masa aku nak beli ikan. Mestilah ada aje yang dia orang nak kutuk. Tengok ajelah nanti. Hatinya mengomel. Dia yakin bahawa dia akan kena sound dengan Mak Cik Onah, jiran sebelah kanan. Tak pun, dengan Mak Cik Embun, jiran di hadapan rumah. Buatnya kena leter dengan Mak Cik Minah pula yang memang mulutnya laser, lagilah sakit telinga. 

“Mak cik tu semua penyibuk. Tentu dia orang juga tengah menghendap Lisa, macam aku ni, hah. Entah apa ajelah yang dia orang tengah kutuk-kutuk si Lisa tu, dalam hati masing-masing. Hai, Lisa! Kenapalah engkau ni tak sensitif langsung? Kenapa tak pernah nak dengar nasihat aku?” Yanti mengomel lagi. Rasanya, sejak mereka tinggal bersama di dalam rumah sewa yang sama ini, dia sudah jadi seorang yang kuat berleter. Sama taraf dengan mak nenek! 

Mata kembali terarah ke luar. Kalau ikut kata hati, mahu saja dia pergi ke kereta, buka pintu dengan kasar dan menarik tubuh Alisa keluar daripada keselesaan di dalamnya. Tetapi, takut punya pasal, niatnya dibatalkan. Bukan takut hantu, tidak! Yanti takut kalau-kalau terserempak dengan perlakuan tidak senonoh yang boleh menjatuhkan maruah Alisa dan lelaki pemilik kereta mewah itu. Jadi, lebih baik menunggu sahaja. 

Hai, Lisa! Cukup-cukuplah dating tu! Keluarlah cepat! Halaulah pakwe kau tu balik ke rumah dia. Hati merayu. 

Bagai diseru-seru, tiba-tiba Yanti lihat pintu belakang kereta itu dibuka. Teman serumahnya, Alisa, sedang keluar. Yanti melihat gadis itu membongkok sambil mulut kumat-kamit lagi. Lepas itu dia tersenyum. Sempat lagi tangannya melambai-lambai, sebagai lambang selamat jalan ketika kereta itu bergerak pergi. Amboi!!! 

Cepat-cepat Yanti meninggalkan tepi jendela untuk duduk di atas kerusi. Tidak mahu tertangkap oleh Alisa kerana mengintai. Ketika bunyi kunci bergemerencing kedengaran, diikuti bunyi pintu gril yang ditarik, Yanti sudah pun duduk tegak sambil memandang tepat ke arah pintu. 

Gadis tinggi lampai itu meletak kasut tumit tinggi jenama Primavera yang dipakai tadi ke atas rak. Diri kemudian ditegakkan. Jemari runcingnya kini meraba-raba dinding, mencari suis lampu di ruang tamu yang kelam. Sebaik suis ditekan, anak mata berubah saiz kerana suasana gelap bertukar cerah. Saat itu, wajahnya sedikit terkejut apabila saling memandang dengan Yanti. 

“Aik, ada orang rupa-rupanya. Apa hal kau duduk macam patung kat atas kerusi tu? Dalam gelap lagi! Dah hilang akal ke?” Mulut terus menyindir. Laju sahaja tiap patah kata keluar, meniti bibirnya. 

Yanti mencebik. Sakit hati mendengar sindiran halus Alisa terhadap dirinya. Tetapi dia diam saja. Malas hendak membalas lagi. 

“Kau tak tidur lagi?” 

Hmm, soalan yang patut dijawab dengan penampar, bisik hati Yanti. Tetapi dibalasnya sinis. “Dah nampak aku tercongok kat sini, boleh lagi tanya soalan tu?” 

Alisa yang memakai skirt labuh yang ketat di pinggul dengan blaus yang mendedahkan pangkal dadanya, tergelak halus. Dia tahu bahawa soalannya tadi memang soalan tak masuk akal. Dah nampak sangat si Yanti duk ada kat depan mata boleh pula dia tanya soalan bodoh begitu. Memang kena pancunglah jawabnya! 

“Kenapa kau gelak? Apa yang lucu sangat tu?” Yanti sakit hati dengan perangai Alisa. Dia sedang serius, boleh pula gadis itu tergelak. Hisy! 

Perlahan-lahan ketawa Alisa hilang. Dahi pula mula berkerut. Dia tidak faham kenapa Yanti harus menjerit begitu. 

“Tak pasal-pasal kau angin ni, kenapa pulak? Marah sebab terpaksa tunggu aku balik? Tapi, ada aku suruh kau tunggu ke? Rasanya tak, kan? Sebab aku ada kunci spare ni?” Alisa bertanya sambil kunci rumah digoyang-goyangkan di hadapan mata Yanti. 

Yanti semakin geram mendengar kata-kata Alisa. Menyampah betul apabila Alisa berpura-pura tidak memahami sindirannya. Malah, dia dapat rasa yang Alisa sengaja hendak menyakitkan hatinya. 

“Alisa binti Azman, aku ni kawan baik kau tau! Kau ingat, aku boleh lena selagi kau tak sampai ke rumah dengan selamat?” marahnya. 

Alisa angkat kedua-dua belah bahunya. Acuh tak acuh dia membalas, “Alah, kau bukannya tak tahu aku keluar dengan siapa. Kan aku selalu cakap, kalau aku keluar dengan dia, kau tak payahlah risau. Dia akan jaga aku dengan baik. Lupa ke?” 

Kepala Yanti semakin berasap mendengar jawapan itu. Seolah-olah Alisa tidak menghargai pengorbanannya berjaga malam semata-mata kerana risaukan diri sahabatnya. Begitu dia bersengkang mata menunggu, Alisa boleh cakap yang dia tidak pernah menyuruh. Memang Alisa sengaja hendak buat dia naik angin lagi! “Sebab kau keluar dengan orang tua itulah aku makin risau. Sejak kau dengan dia, kau dah tak tahu nak balik awal. Malah, sejak kau dengan dialah kau dah pandai tak balik ke rumah. Dulu, ke mana kau pergi, kau ajak aku. Tapi, sejak kau bercinta dengan orang tua tu, kau langsung tak pedulikan aku. Habis, macam mana aku tak risau?” marah Yanti. Tinggi suaranya menengking. Dia sengaja menunjukkan kemarahan yang selama ini dia pendam.

bersambung.....
............. 
kak sofi harap sangat agar anda semua suka akan apa yang kak sofi tulis. sebuah cerita kalau digarap sehebat manapun tapi bila tak ada yang sudi membaca dan menyukainya... amat menyedihkan hati. tak gitu?

terdahulu 1. prolog bahagian i
              2. prolog bahagian ii

6 ulasan:

  1. bila buku ni akan diterbitkan kak sofi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hint... x lama lagi insya Allah

      Padam
  2. Hemmm. Alisa2x.. Kawan dh gaya cm kapel.. Cmne a.tiar xjth hati? Cmne m.cik fasihah x menjerit? Nan x ngamuk? ;p

    BalasPadam
  3. x lama lagi tu harap2 cepat la ye

    BalasPadam
  4. Tak suka tertanya2.Akan dicari bila da kuar

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Komen

blogger-fcebook

Disqus Shortname