Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Teaser 5: Sampai Bila?

Tak kenal maka tak cinta, kan? sebab tu boleh suka-suka menuduh. maklumlah lidah tidak bertulang, betul tak? Teaser 5 ni ttg Adnan cari pasal....


“Cukup! Cukup! Berhenti! Awak nak bunuh dia ke?” pinta Alisa sambil memaut lengan lelaki itu untuk menghentikan tindakannya. 
“Memang dia patut dibunuh, kan? Orang yang cuba mencemarkan maruah seorang perempuan yang baik, memang halal darahnya. Tak gitu?” soal lelaki itu penuh ketegasan.

Novel 2letgo

Novel2 untuk kak sofi let go....



Jangan pernah tinggalkan aku sudah siap...

Assalamualaikum.....
Kepada semua yang meminati cerpen nukilan sofi, hehe... e - cerpen ke dua bertajuk Jangan Pernah Tinggalkan Aku sudah siap diedit. Akan mula dihantar kepada anda yang sudah membayar insyaallah... Tunggu, ya! 1
Bunyi enjin kereta mengaum di hadapan rumah menyebabkan Aiza melompat turun daripada katil. Laju kakinya melangkah ke tepi tingkap. Dengan berhati-hati, langsir diselak sedikit untuk memerhati ke hadapan pintu pagar rumah berkembar dua tingkat itu.
"Thanks, sayang. You tak nak masuk dulu?"
Kenal benar dia dengan suara lembut adiknya, Izati. Ya, Izati memang lemah lembut orangnya. Tidak seperti dia, gadis tomboy yang sering menjadi kemarahan ayah dan ibu mereka. Cantik sungguh Izati berbaju kurung warna biru dengan tudung ala-ala si Hana Tajima. Memang mengancam habis gayanya, manalah lelaki yang seorang itu tidak tergoda.
"Lain kalilah I masuk, ya. Kirim salam pada mak cik dengan pak cik."
Suara garau itu menyahut. Suara sedap, gaya apatah la…

Novel Sampai Bila

Nama Penulis : Ana Sofiya  Tajuk Novel : Sampai Bila Blurp :

Hubungan mereka tidak bermula dengan baik. Kisah lampau Alisa menyebabkan Adnan Malik enggan menerima gadis itu sebagai isterinya. Namun, mereka berkahwin juga. Di hari pernikahan, Adnan Malik membongkar kisah silam Alisa yang tidak pernah diketahui oleh ayah gadis itu. Sisi gelap yang sengaja diselongkar dengan niat untuk memalukan. Juga, supaya perpisahan terjadi. Malangnya dalam benci si ibu, Fasihah, menghalang demi untuk melihat Alisa menderita digantung tidak bertali.

Bab 3 (ii) : Sampai Bila

Cover untuk novel ketiga kak sofi Sampai Bila sudah keluar. tadaa....

Okey, jom baca kisah seterusnya...
Bab 3 (ii) 
“Kau ni pun satu jugak! Rudi tu sikit punya smart, bergaya! Anak orang kaya pulak tu! Kerja CEO di pejabat ayah dia. Dah tu, dia gilakan kau separuh mati. Tapi, sikit pun kau tak mahukan dia. Tak mahu langsung balas cinta dia. Yang tua nak mati tu jugaklah yang kau ikut ke sana, ke mari. Usah kata si Rudi tu, aku ni pun sampai sekarang tak faham kenapa kau pilih orang tua tu, tahu!” bebel Yanti lagi.

Alisa ketawa. “Helo, Rudi tu anak orang kaya. Bakhtiar pulak, pemilik Samira Corps Sdn Bhd. Rudi tu ikan bilis aje sedangkan Bakhtiar, ikan jerung, weh! Buat apa aku nak pilih ikan bilis bila aku boleh dapat jerung yang besar? Betul tak?” balasnya riang.

“Yalah tu! Eloklah! Pilihlah ikan jerung yang ganas! Sekali dia ngap kau, habis!” rungut Yanti sebelum dia bangun untuk mencuci tangannya.

Sambil duduk, Alisa melihat ke arah skrin telefon b…

Bab 3 (samb) : Sampai Bila

assalamualaikum. kepada yang masuk ke blog kak sofi ni, kak sofi nak tanya pendapatlah. betul ke blog ni serabut? hehe.. jawab kat ruang komen ya. tolong beritahu kat mana yang serabut tu, okey. tak marah! just nak baiki blog nih aje...  okey, ini n3 seterusnya Sampai Bila? masih di bab 3. 
Sambungan Bab 3

“KALAU Abang Tiar kau tengok cara kau pandang lelaki tu, Lisa, menangis dia!” perli Yanti di sebelah, sambil menggeleng. 
Dari tadi, dia perasan bagaimana Alisa asyik memandang ke satu arah. Ketika dia menoleh, dia melihat seorang lelaki. Entah apa yang menarik tentang lelaki itu di mata Alisa, Yanti tidak tahu. Tetapi, nampaknya, lelaki itu berjaya menarik perhatian sahabat baiknya itu. 
Alisa ketawa mendengar usikan Yanti. Pipi rasa pijar. Malu juga apabila disakat begitu. Terasa macam dia terlebih gedik pula. 
“Tak sangka pulak, ada lelaki yang mampu menarik minat kau. Selalunya, kau yang buat kepala dia orang terpusing-pusing. Tapi hari ini, kali pertama aku tengok kepala kau te…

Bab 3 : Sampai Bila?

Bab 3
“WAU!” 
Pemuda itu mengerutkan dahi. Tajam dia memandang ke arah teman rapat yang duduk di sebelahnya. Tiba-tiba sahaja mengeluarkan suara yang menunjukkan rasa penuh kagum dan terpesona. Bunyi pun semacam aje! Gatal! 
“Wau!” 
Kali ini, dia menoleh ke arah yang dilihat oleh Samad. Ingin juga mengetahui apa yang membuat kawannya itu terpegun sangat. Tetapi, sekali pandang sahaja, Adnan Malik sudah menggelengkan kepala. 
“Ingat apalah tadi,” gumamnya sambil mencapai gelas berisi teh tarik yang baru diletak di atas meja. Malas hendak merenung. Fikirnya, ada benda pelik yang membuat Samad teruja. Rupa-rupanya, teruja tengok perempuan. Isk... Isk! 
“Cantik betul perempuan yang pakai baju warna biru tu, Ad. Trendy orangnya! Padan betul baju dengan warna seluar Palazzo yang dipakainya tu. Seksi dan...” 
“Dan?” 
“Dan menggiurkan.” 
Adnan Malik mencebik. 
Kerana kata-katanya tidak bersahut, Samad menoleh. Wajah selamba, tidak beriak, tanpa perasaan milik Adnan Malik, ditatap. 
“Ad, nak k…

Cintaku Ini edisi cerpen penuh

Hari ini, satu kerja pun tak mampu aku buat. Pegang itu tak kena, pegang ini pun tak kena juga. Ke hadapan, jalanku pincang. Ke belakang pun jalanku tempang. Memang aku tak senang duduk. Memang aku gelabah. Aku resah.
I must be crazy now,
Maybe I dream too much,
But when I think of you.....

Argh, mulalah hendak berangan-angan! Berangan-angan tentang dia. Dia yang sudah setahun tidak ku jumpa. Dia, dia yang menjadi lelaki kegilaanku. Lelaki yang setiap malam hadir dalam mimpi-mimpiku. Yang tidak pernah lepas daripada fikiranku sejak aku mula mengenali dirinya.
“Hensemnya dia! Ya Allah, aku tak pernah tau yang tuan Umar ada anak sesegak itu? Ke mana tuan Umar sorokkan anak dia selama ni?” 
Wanita mulut becok bernama Rohana itu memandang ke arahku. Terus dia bertanya soalan cepu emas yang berbunyi,
“Salhah, kenapa kau diam aje? Kau tak teruja ke nak jumpa encik Irfan Naufal?”
Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa sekarang? Hai, tentu lagi becok mulutnya. Tentu lebih banyak modal untuk dia berca…