2013/03/29

Prolog (i) : Sampai Bila?

Assalamualaikum. Sementara menunggu cover yang betul di sini kita masih gunakan semua gambar lama yang ada dalam simpanan Kak Sofi. :)

Novel ke tiga bakal keluar. bila? siapa penerbit? biarlah rahsia dulu. Nak masuk n3 inipun, Kak Sofi minta izin dengan editor tau. Hehe, bukan apa-apa, sekadar melepaskan kerinduan anda. 

Jadi, mulai malam ini, dalam sehari, kak sofi akan masukkan sebahagian, sedikit demi sedikit daripada bab-bab awal dalam Sampai Bila (sama2 kita berharap tajuk ini kekal, ya!) hehe.... 

Okey, yang ni prolog Bahgian 1 (edited version). semoga anda suka... :D

Prolog 

PAGI Rabu yang cerah. Sinar mentari sedang memancar, menerobos masuk ke setiap celah ruang bagi menebarkan sinarnya yang indah. Langit membiru memantulkan cahaya ke dalam air kolam yang tenang. Suasana terasa aman. Meskipun di bawah sana hiruk-pikuk bunyi kenderaan sedang mengalami kesesakan lalu lintas, bangunan megah ini teguh berdiri tanpa peduli apa pun. Malah, penghuni unit kondominium mewah itu sedang lena, bagai tidak terusik oleh apa pun. Tidurnya pulas dengan hembusan nafas yang teratur. Dada turun naik perlahan. Rambut yang panjang sudah kusut malah ada yang berjuntaian menutup muka. Katil yang luas kelihatan berselerak dengan cadar dan bantal yang bersepah. Nampak benar lasaknya! 

Pintu bilik dibuka dari luar. Kelihatan seseorang sedang tersenyum manis sambil mengangkat dulang berisi sarapan pagi untuk dibawa ke sisi katil bersaiz king itu. 

“Morning laling! Bangun, bangun! Sarapan!” jerit Rozi di telinga gadis yang sedang enak dibuai mimpi. 

Terpisat-pisat keadaan Alisa apabila terjaga daripada tidurnya. Jari-jemari menggosok-gosok sepasang mata. Keadaannya masih lagi mamai. 

“Apa ni, Lisa? Dah pukul 10.00 duk lena lagi? Mata tu karang akak tongkatkan dengan mancis, baru tahu,” usik Rozi. 

Alisa tersengih mendengar usikan Rozi. Perlahan-lahan dia tegakkan badannya. Dua tangan diangkat untuk membaca doa ketika bangun daripada tidur. Habis berdoa, Alisa berselawat ke atas Nabi SAW pula. Setelah siap, dia melakukan sedikit regangan tubuh. Dan akhirnya, barulah dia kembali merenung Rozi yang masih setia bersama dulang sarapannya. 

Sebaik dulang itu diletak di atas riba, Alisa terus jerit, “Wah, sedapnya, kak! Ada sandwic tuna, ada air oren, ada strawberi campur betik. Eh, bihun goreng pun ada jugak? Nyum, nyum! Jom makan... Bismillahirrahmanirrahim.” 

“Eii, tak berus gigi ke?” Rozi buat muka comel. Geli. 

Alisa ketawa besar. “Hello, laling. I sudah mandi sebelum solat subuh tadi, wokey!” 

“Yo! Tapi tadi, lu sudah titon ma...” Rozi terus mengusik lagi. 

“Alah, Kak Rozi ni! Orang tidur-tidur ayam ajelah!” 

“Ya ke? Tapi akak dengar bunyi orang berdengkur tadi, tahu?” Rozi masih main-main. 

“Amboi, amboi, kakak aku ni! Nampak benar menipu ya! Lisa tak pernah tidur berdengkur seumur hidup Lisa ni, okey!” Wajah Rozi ditatap. Kening terjongket ke atas. Ragu-ragulah pula. “Tapi, betul ke Lisa berdengkur, kak? Isk, isk... buat malu aje!” 

Rozi ketawa. “Tak adalah! Kamu tu cuma lasak aje.” 

“Lasak?” 

“Ya! Tengah malam tadi akak tengok habis baju tidur kamu tu terselak sana, terselak sini. Hisy, kalau Adnan Malik nampak, mesti dia terliur tengok betis kamu yang putih gebu tu.” 

Alisa tersedak mendengar usikan Rozi. 

“Akak ni kejam! Orang tengah makan akak sebut nama lelaki gila tu. Sakit kerongkong orang, tahu tak?” marahnya sambil urut-urut dada. 

Rozi langsung tidak ada riak bersalah. Sebaliknya dia terus sahaja ketawa. Suka sangat melihat Alisa begitu. “Akak bukan apa, Lisa. Saja nak ingatkan kamu kepada mamat tu. Kamu kan ada temu janji dengan dia hari ini? Pukul berapa ek?” 

“12.00.” 

“Hmm, pukul 12.00. Sekarang dah pukul sepuluh suku, cik? Bila nak bangun? Bila nak bersiap? Awak tu kalau dapat mekap, berjam-jam. Nanti Adnan Malik geram, dia balik. Apa jadi? Melepaslah awak nak jadi teman tidur dia, Cik Lisa oi!” 

Buntang mata Alisa mendengar Rozi mengusiknya begitu. Teman tidur? Uisy, tak sudi! Langsung tidak! Dia cuma mahu masuk ke dalam rumah agam milik lelaki itu semula. Mahu memporak-porandakan kedamaian Adnan Malik dan Fasihah selama ini. Itu saja! Nak merealisasikan perkahwinan mereka? Kirim salam! Tak sudi langsung! 

“Apa lagi tu? Hisy, budak ni, asyik berangan aje! Lisa!!!” 

“Yalah! Yalah! Lisa nak bersiaplah ni. Jangan risaulah, Kak Rozi. Ini misi Lisa. Matlamat hidup Lisa sekarang. Takkanlah Lisa nak gagalkan rancangan Lisa sendiri, kan? Rancangan yang dah dua minggu Lisa rancang, kak,” ujar Alisa bersungguh-sungguh. 

“Baguslah kalau macam tu. Akak pun nak bersiap juga ni. Tapi, akak pergi dulu tau. Nak siapkan apa yang patut untuk perjumpaan kau orang nanti.” 


KETIKA Alisa memarkir kereta Audinya di ruang parkir bangunan 27 tingkat Menara Tun Sambanthan, dia terpandang susuk suaminya, Adnan Malik. Lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang di telefon sambil menyandarkan tubuh yang sasa ke pintu kereta Honda Aztec miliknya, yang berwarna hitam. 

Sudah dua minggu tidak bertemu, lelaki yang berkulit cerah itu tetap begitu. Tetap kacak, tetap bergaya dan tetap kelihatan hebat pada pandangan sepasang matanya. Malangnya, lelaki yang baru berusia 30 tahun itu bukan seorang manusia, tetapi monster. Monster yang menakutkannya. Amat menakutkannya dua minggu yang lalu. Bagaimanapun, Alisa bersyukur. Kalau tidak kerana sikap lelaki itu, tidak mungkin dia berada di sini hari ini. Tidak mungkin dia ke mari. Malah, mungkin, dia sedang menangisi nasib dan takdir. 

Alisa berasa tidak sabar untuk melihat reaksi Adnan Malik apabila terpandang dirinya nanti. Apakah akan terkejut? Atau wajah yang memanjang serius itu akan berubah, menjadi marah? Spontan Alisa merenung jari-jemarinya. Inai yang masih merah tiba-tiba menyemarakkan satu rasa dalam jiwa. Rasa yang bercampur baur, antara marah dan sakit hati, antara geram dan dendam menyebabkan dia mengambil keputusan senekad ini. 

Alisa diam menekur di tempat duduk. Tidak mahu keluar lagi. Sengaja dia menunggu sehingga lelaki itu habis berbual dan mula melangkah meninggalkan kereta, barulah dia sendiri keluar lantas mengekori lelaki itu untuk ke pintu lif. 

“Hmm, tak sangka bertembung dengan awak kat sini. Cepat awak sampai? Macam tak sabar aje nak jumpa... Faris,” ujar Alisa sebaik dia berdiri di sisi suami. 

Adnan Malik sungguh terkejut dengan kehadiran gadis itu di sisinya. Serta-merta semua organ dan deria di dalam tubuhnya menjadi alert. 

Deria bau sudah menghidu haruman lembut yang dipakai oleh Alisa. Matanya sudah terperangkap pada lekuk tubuh yang indah. Jantungnya sudah berdegup laju. Satu keadaan yang Adnan Malik tidak suka. Sebaik pandangan bertaut, dia terus bertanya, “Apa kau buat di sini?” 

Alisa jongket bahu. “Encik Faris call, suruh datang.” 

“Jadi, dia nak jumpa dengan kau jugak?” 

“Hmm. Kenapa? Ada masalah ke?” 

Lelaki itu mendengus. 

“Kenapa Faris nak jumpa kita? Kau tahu?” Keras suara garaunya bertanya. Kali ini dia fokuskan minda untuk tidak menoleh ke arah Alisa langsung. 

“Oh, bukan awak ke yang atur pertemuan ni?” tanya Alisa sambil memanah pandangan ke wajah Adnan Malik. Sengaja berlama-lama merenung. Sengaja ingin membuat lelaki itu kegelisahan. Dan, dia berjaya. Adnan Malik kelihatan sangat tidak selesa dengan kehadirannya. 

“Kenapalah lif ni lambat sangat? Masa orang nak cepat, masa itulah dia tak turun-turun!” rungut Adnan Malik. 

“Bagus jugak macam tu! Boleh saya ambil peluang ni untuk tengok muka awak. Kalau tidak, tak kenal pulak suami sendiri, kan?” ujar Alisa sambil tergelak kecil. Dari ekor mata, dia nampak Adnan Malik yang terkejut mendengar kata-katanya. Sepasang mata itu merenungnya tak lepas! 

“Kau cakap apa ni?” Adnan Malik menyoalnya. Garang. 

“Ops, lupa! Awak tak suka isteri awak ni, kan?”
.......................
sangat mengharap agar ada yang sudi komen2.. jangan malu2 ya!

23 ulasan:

  1. tin kiu sis....lepas rindu kat alisa n adnan nie...sieyes x sabar nak tggu segedebuk.huhuhuhu.waiting 4 tmrow...hihihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu segedebuk? suka perkataan2 tu...

      Padam
  2. Dh ada chemistry ler tu..

    BalasPadam
  3. Dh ada suka la tu...

    BalasPadam
  4. amboiii garang sgt aihhh...
    menurun mak dia kott.. suka menjerit! hahahahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg suka menjerit. mmg garang... tunggu nnt lagi

      Padam
  5. knape inai msh merah dh dok asing. faris tu peguam ke? cpatle sambung...saspen dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab... jeng jeng jeng... tunggulah sambungannya ya :d

      Padam
  6. Hehehe..segarang-garang adnan ni..syukur lah dpt Alisa yg kenyal tu...
    Tak mdah mgalah..ini baru kuku bertemu ruas huhu..
    Rindu.. :-)

    BalasPadam
  7. np slps 2mggu br t'jmp suami ny blik? pas nikah trus hdup masing2 ke?

    ni y wt x sabo tggu nvel ny kuo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan tahu juga nnt. sabor tunggu jawapannya dlm versi cetak ya hehe

      Padam
  8. :-) rasa rassanya lama lagi ke sofi untuk media cetak

    BalasPadam
    Balasan
    1. idA, bersabar ya. insya Allah x lama lagi

      Padam
  9. iyelahkan. baru bce pun dah boleh suka. best juga. :). tak sabar nak tggu smbungannya.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Komen

blogger-fcebook

Disqus Shortname