apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.3.13

Cari jodoh?





“Dia orang tanya fasal jodoh kau lagi?”



Zakuan menyandarkan tubuh ke belakang kerusi. Wajah Ahmad Zaki, teman serumahnya ditatap. 

“Hmm,” balasnya perlahan.

“Habis, apa alasan kau kali ni?”


“Alasan? Kau ingat dia orang semua tu nak terima apa aje alasan yang aku bagi? Bila aku cakap... ‘Tak ada jodoh lagi!’ Kau tahu dia orang cakap apa?”

Ahmad Zaki menggeleng.

“Alahai, takkan kerja CEO, kereta besar, gaji besar, rumah besar, tak ada orang yang hendak, kut?” 

Zakuan mengajuk kata-kata Mak Uda Limah, kakak emaknya.

“Lagi?”

“Bila aku cakap, ‘Tak ada siapa hendakkan saya’. Adik bapak aku, mak ngah yang mulut murai tu perli... 

"Hang memilih sangat kut, Zek? Tu yang umoq dah nak masuk 40 belum menikah sorang pun!” Zakuan mengajuk cara mak ngahnya bercakap.

Ahmad Zaki ketawa besar. Geli hati melihat kawannya yang beria-ia meluah rasa.

“Yang buat aku bengkek ni, Ki. Kau nak tahu kenapa?”

“Kau tak cerita, macam manalah aku nak tahu?” ujar Zaki bersama senyum sinisnya.

Zakuan tak perasan. Sebab itu dia terus bercerita lagi. “Semalam tu kan kenduri kahwin adik aku si Zaleha tu?"

Ahmad Zaki mengangguk.

"Sepatutnya mereka pasang lagu Selamat Pengantin Baru, kan? Lagu nyanyian Saloma ke, Anita Sarawak ke? Ini tidak! Yang mereka pasang sepanjang hari...”

“Lagu Wali Band? Cari Jodoh?”

Zakuan garu kepala. Matanya bulat memandang wajah Ahmad Zaki. 

“Mana kau tau?” soalnya.

“Betul dia orang pasang lagu tu? Wah, patutlah kau mengamuk sakan? Pedih wooo...”

“Tahu tak pe!”
............

Inilah lagu Wali Band tu...
..................

Nak tahu apa lagi kisah si Zakuan ni, silalah tekan link yang ini pulak ya... E - cerpen Jodoh

Kepada yang dah ada koleksi e-cerpen ini, kak sofi harapkan anda sukakannya.

Terima kasih kerana menyokong.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.