Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Prolog (ii) : Sampai Bila?

Assalamualaikum. Sementara menunggu cover yang betul di sini kita masih gunakan semua gambar lama yang ada dalam simpanan Kak Sofi. Novel ke tiga bakal keluar. bila? siapa penerbit? biarlah rahsia dulu. Nak masuk n3 inipun, Kak Sofi minta izin dengan editor tau. Hehe, bukan apa-apa, sekadar melepaskan kerinduan anda.


Sambungan Prolog
Suara Alisa yang sedikit lantang itu menyebabkan beberapa orang yang berdiri hampir dengan mereka memandang ke arah Adnan Malik dengan dahi yang berkerut. Alisa tidak peduli, buat-buat tak nampak. Hanya Adnan Malik yang kelihatan malu dengan keadaan itu. Mujur lif sudah sampai. Bolehlah melarikan diri sekarang. 
Sekali lagi, mereka bergelut dengan perasaan apabila tangan masing-masing sama-sama hendak menekan butang untuk ke tingkat 12. Bagai terkena renjatan elektrik, sepantas kilat tangan ditarik. Tapi, sentuhan itu tetap menyebabkan dada bergetaran. Adnan Malik paling ketara gemuruhnya sehingga kehilangan kata-kata. 
“Awak sihat?” tanya Alisa, sengaja …

Prolog (i) : Sampai Bila?

Assalamualaikum. Sementara menunggu cover yang betul di sini kita masih gunakan semua gambar lama yang ada dalam simpanan Kak Sofi. :)
Novel ke tiga bakal keluar. bila? siapa penerbit? biarlah rahsia dulu. Nak masuk n3 inipun, Kak Sofi minta izin dengan editor tau. Hehe, bukan apa-apa, sekadar melepaskan kerinduan anda. 
Jadi, mulai malam ini, dalam sehari, kak sofi akan masukkan sebahagian, sedikit demi sedikit daripada bab-bab awal dalam Sampai Bila (sama2 kita berharap tajuk ini kekal, ya!) hehe.... 
Okey, yang ni prolog Bahgian 1 (edited version). semoga anda suka... :D
Prolog 
PAGI Rabu yang cerah. Sinar mentari sedang memancar, menerobos masuk ke setiap celah ruang bagi menebarkan sinarnya yang indah. Langit membiru memantulkan cahaya ke dalam air kolam yang tenang. Suasana terasa aman. Meskipun di bawah sana hiruk-pikuk bunyi kenderaan sedang mengalami kesesakan lalu lintas, bangunan megah ini teguh berdiri tanpa peduli apa pun. Malah, penghuni unit kondominium mewah itu sedang…

Irma dan Redza sudah jadi umi dan walid. Tahniah!

Mereka bersatu dan ramai yang mendoakan mereka... Saat mengandung - bahagianya wajah masing2 :)   saat dapat anak memang detik paling menggembirakan dalam hidup  anak sulung mereka... kata2 redza lewat twitternya menyentuh hati
tahniah... 
ada sesuatu yang nak kak sofi kongsi dengan anda. sekejap lagi, kak sofi akan masukkan bab2 awal  Sampai Bila? untuk anda tatapi sebelum ia berada di pasaran. Tak lama lagi aje... 
Sayang selalu daripada Ana Sofiya ya...

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

JADIKANLAH PEDOMAN...
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berh…

Cari jodoh?

“Dia orang tanya fasal jodoh kau lagi?”


Zakuan menyandarkan tubuh ke belakang kerusi. Wajah Ahmad Zaki, teman serumahnya ditatap. 
“Hmm,” balasnya perlahan.
“Habis, apa alasan kau kali ni?”

“Alasan? Kau ingat dia orang semua tu nak terima apa aje alasan yang aku bagi? Bila aku cakap... ‘Tak ada jodoh lagi!’ Kau tahu dia orang cakap apa?”
Ahmad Zaki menggeleng.
“Alahai, takkan kerja CEO, kereta besar, gaji besar, rumah besar, tak ada orang yang hendak, kut?” 
Zakuan mengajuk kata-kata Mak Uda Limah, kakak emaknya.
“Lagi?”
“Bila aku cakap, ‘Tak ada siapa hendakkan saya’. Adik bapak aku, mak ngah yang mulut murai tu perli... 
"Hang memilih sangat kut, Zek? Tu yang umoq dah nak masuk 40 belum menikah sorang pun!” Zakuan mengajuk cara mak ngahnya bercakap.
Ahmad Zaki ketawa besar. Geli hati melihat kawannya yang beria-ia meluah rasa.
“Yang buat aku bengkek ni, Ki. Kau nak tahu kenapa?”
“Kau tak cerita, macam manalah aku nak tahu?” ujar Zaki bersama senyum sinisnya.
Zakuan tak perasan. …

Aku Bukan Boneka

Aku Bukan Boneka - ecerpen kelima dalam koleksi ecerpen kak sofi. this is one story yang kak sofi garap n cry a lot. tak tahu kenapa. mungkin watak erin itu yg buat penulisnya sedih dan terharu sangat kot. kpd yg dah baca, apa komen anda? kpd yg belum beli dan rasa nak beli, silalah klik ------>
http://www.anasofiya.com/2009/06/nak-order-ebook-cerpen-nukilan-ana.html
...................................
Wajah gadis jelita itu tampak bosan dalam keriuhan majlis yang dihadiri. Dia bersendirian mengelilingi meja hidangan, mencuit dan mencubit apa jua yang teringin dimakan. Malas dia hendak mengambil pinggan dan dia tahu, saat ini, tidak ada sesiapa yang menghiraukan perlakuannya. Tak siapa peduli! 
“Boring betul. Bila agaknya aku boleh balik ni?” desahnya perlahan. 
Sepasang mata memandang sekitaran, ingin mencari kelibat lelaki yang membawa dirinya ke mari. Dia ingin mengajak lelaki itu pulang. Lagipun hari sudah terlalu lewat. Tidakkah mereka yang berada di sini berasa mengantuk? Weh,…

Lahad Datu : Rimas 'Perang Khabar Angin?

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Rasanya dah terlalu lama Kak Sofi tidak memasukkan rencana di blog Luahan ini. namun, tiba-tiba, hati rasa terpanggil setelah membaca artikel di bawah. 
Ya, kita didedahkan dengan bermacam-macam berita tentang peristiwa di Lada Datu. Kalau di FB tu, macam-macam keluar sehingga ada yang sanggup mengutuk mereka yang berkorban untuk negara. Hati rasa pedih dengan manusia sebegini. Di manakah ehsan dan empati sehingga sanggup menghina pasukan keselamatan? 
Terima kasih Harian Metro kerana mengeluarkan satu topik yang amat sesuai dengan situasi sekarang. Terima kasih kerana hari ini, ada yang sanggup memberitahu apa yang berlaku di sana. Dia yang menyaksi. Dia yang turut berada dalam kancah perang. Dia yang tentunya nampak dan lebih tahu apa yang berlaku berbanding kita yang berada di Semenanjung. 
Silalah baca:-

Oleh Yusri Abdul Malek - Penulis Pengarang Berita Jenayah Harian Metro

Sebagai wartawan membuat liputan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Da…