Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Cinta Kali Kedua 2


2

Aku hempas beg di atas meja. Badanpun sama, terhenyak pinggulku di atas kerusi. Melampias rasa marah dan sakit hati yang tidak dapat kuluahkan kerana aku terlalu geram. Terlalu marah! Ketika itu jugalah telefon bimbitku berbunyi. Memang nayalah siapa saja yang call aku saat ini.

“Siapa ni? Nak apa?”

Lama orang di hujung talian diam. Entah kenapa. Aku segera melihat skrin. Aik, private number? Maknanya, aku tak kenallah makhluk sorang ni sebab kawan-kawan dan kaum kerabat aku semua ada nombor.

“Siapa ni? Nak bercakap ke tidak?”

Tiba-tiba suara lelaki yang garau kedengaran. Serak-serak basah. Suara yang sedang gelakkan aku. Dia sedang sakan ketawa, entah kenapa. Tentu saja untuk menaikkan suhu kemarahanku ke tahap maksima.

Tapi, elok aku nak buka mulut, dia terus sergah...

“Aku nampak kau tadi. Lama jugak kau duduk kat meja tu, ya? Tapi, kesian pulak kat kau. Kenapa ya, orang tu tak muncul-muncul?”

Hantu manalah pulak ni? Sengaja membakor? Dia ingat dia siapa? Menyibuk hal aku?

“Kau ni siapa?”

“Aku? Kenapa kau nak tahu? Nak kenal dengan aku ke?”

Mamat ni memang menyakitkan hati betullah! Aku tanya dia, dia tanya aku. Kalau soalan tu soalan yang bernas, pasti aku tak teragak-agak untuk menjawab. Tapi, ini? Soalan macam sengaka nak mencari penampar bagi lebam kena pipi dia aje. Arghh!!

“Eh, mamat perasan. Aku tak kenal kau, okey! Baik kau letak aje telefon tu sebelum angin aku naik,” marahku bersungguh-sungguh hati. Nak buat dia cuak sikit!

Malangnya, dia ketawa pula. “Kalau kau naik hantu, marah, angin kau naik sampai ke kepala pun, boleh ke kau kerjakan aku? Boleh ke kau nak tampar, nak pukul aku, cik Aiza Suhana?”

Hatiku berdebaran. Bukan! Bergetaran. Cara dia sebut nama aku.... cara dia bertanya... baru aku perasan. Baru menyedari. Sama! Sama sangat! Macam...

“Kenapa diam, Aiza Suhana?”

Aku tak tunggu dah. Terus kumatikan talian. Dengan tangan yang bergetar, kuputuskan hubungan dengan dunia luar. Aku bangun. Cadangku, aku ingin masuk ke dalam bilik namun baru hendak melangkah, aku terduduk, terjelepuk di atas lantai.





“Kenapa tak nak kahwin dengan aku?”

“Orang kata tak nak, tak naklah!”

“Bagi sebab!”

Aku tatap muka lelaki di hadapanku ini. Orangnya memang petah bercakap. Bahasa Melayunya memang lancar. Dia kesayangan semua orang dalam rumah aku ni. Baik ayah, emak, abang, kakak-kakak aku, mereka semua sudah menganggap Afiq Daniel Meyers macam ahli keluarga. Kecuali aku! Aku betul-betul tak suka dia.

Kenapa?

Mudah aje! Sebab muka dia macam Ryan Gosling. Aku tak suka pelakon tu, jadi aku tak suka dia. Itu yang dia bengang sangat agaknya. Maklumlah, kehensemannya sedikitpun tak mampu mencairkan hati aku ni.

Tapi, dia tahu ke? Kalau dia tahu, takkan dia tanya aku, kan?

“Kalau kau tak boleh bagi sebab kenapa kau tak mahu kahwin dengan aku, aku nak masuk meminang. Sekurang-kurangnya, sebelum aku pergi training di Filipina tu, kau dah jadi hak aku dah!” ujarnya penuh ketegasan.

“Tak nak! Tak nak! Tak nak!” aku menjerit. Tapi, dia tak peduli pun. Dia terus berlalu tinggalkan aku menangis atas pangkin, bawah pokok mempelam depan rumahku. Sikitpun dia tak pujuk.

Itu kenangan masa remaja. Waktu tu, umur aku 14 tahun, dan dia, 18. Jadi, boleh tak korang bayangkan perasaan aku? Umur empatbelas tahun nak bertunang? Ingat ini zaman batu? Muda-muda lagi nak kahwin. Merapu!

Sekarang, sudah 14 tahun berlalu. Umur aku dah 28, jadi dia tentu dah 32. Aku dengar, dia sudahpun berjaya di dalam kerjayanya. Cita-cita untuk menjadi juruterbang sudah dicapai.

Sejak hari itu, aku tak pernah jumpa dia. Kata abang, dia bawak diri, merajuk dengan aku apabila lamarannya kutolak. Memang lama benar rajuknya. Bayangkan, selama 14 tahun, dia tak pernah hubungi aku. Aku tak pernah nampak dia dah. Cuma dengar cerita saja. Terkini, dia dahpun pulang dan bekerja di MAS selepas bertahun berkhidmat dengan Qatar Airways.

“Tapi, kenapa dia hubungi aku? Mana dia dapat nombor telefon aku?”

Tiba-tiba sahaja aku terpandang sampul surat berwarna pink yang emak beri. Blind date aku yang ketiga. Terus aku ambil, kukeluarkan isinya.

Mataku buntang. Hampir bola mataku terjojol keluar. Atas lantai tu, sedang tersenyum tengok aku dengan senyuman sinis dia... ialah Ryan Gosling... Bukan! Maksud aku, dia! Afiq Daniel Meyers!

Afiq Daniel Meyers ialah lelaki pilihan emak aku yang ketiga.

Cepat-cepat aku capai telefon bimbitku. Niat hendak menelefon emak. Tapi, mata tertancap pada gambar envelop. Ada satu mesej masuk. Nak baca ke tidak ni? Aku yakin sangat, dia yang hantar SMS tu.

Lama aku bingung dengan diri sendiri sebelum akhirnya aku nekad membuka inbox untuk mengetahui apa yang ditulisnya untukku.

*14 tahun aku hidup jauh dari kau dengan membawa cinta pertamaku yang kau tolak. Sampai hari ini, aku tak tahu kenapa kau benci sangat pada aku. Tapi, bila aku balik dan kau masih lagi single, aku nampak peluang aku cerah untuk memiliki kau semula. Hairan betul! Kau, cinta pertama aku. Dan kau jugalah cinta kedua aku ni. Aku harap, cinta kali kedua ini.... aku tak bertepuk sebelah tangan.

p/s: Dulu, aku biarkan saja kau tolak aku. Tapi, aku nak kasi warning. Kali ini, aku akan buat kau gilakan aku. Insyaa Allah!*

Kenapa aku berdebar sangat ni? Cemasnya! Bila aku letak tanganku di dada, degupannya sangat laju. Aduhaiii!! Kenapa setiap kali dia kacau aku, mesti begini jadinya?
....................
kalau suka, komenlah suka. kalau x suka, komenlah juga dan berikan sebabnya. boleh ek?

ops... agak2 kalau inilah afiq daniel meyers tu, rasa2 cair tak hati si aiza suhana? yang ni... 


Ulasan

  1. suka!!!!!!
    hensem betul si afiq
    hehehe

    BalasPadam
  2. suka3.... mesti lps ni aiza suhana cair lah.. ht dah berdebar semacam kan...

    BalasPadam
  3. kak sambung lagi... x sabar ni....

    lagi 1 nak tanye... bile n3 bru kerna bukan kau yg aku cinta nk ada.....

    BalasPadam
  4. hai kak sofi...suka3x petala ke 8..hehe...lama sudah tak komen di blog akak, bila terbaca heronya pilot laju saya mengomen :D

    BalasPadam
  5. seke sgt kak..update laa lg..

    BalasPadam
  6. Hemmmmmmmm nak lagi bolehhhhh . . Tkasih yaaaa cayang awak.hhehehe

    BalasPadam
  7. assalam, kak Sofi. saya sukalah kak. cepat2 sambung kak, tak sabar ni. :)

    BalasPadam
  8. kak sofi, sapa la yg tak suka ryan gosling ni? tak suka tak apa, saya suka je..

    BalasPadam
  9. Terbaekk kak.. Saya suka afiq nye warninng tu!!!
    Makanya.. Saya pasti utk pilih calon ke3 mak aiza tu a.k.a afiq meyers tu yer

    BalasPadam
  10. bast cerepn ny
    akk smbung lg

    BalasPadam
  11. hiikkk. mmg suka! dah lama tggu cerpen dr kak sofi.

    BalasPadam
  12. Assalam...kak sofi...xsabar nk tgu lg n3...tq kak...

    BalasPadam
  13. bestttt... gila betul afiq kt aira, umar 14 tahun dh ajak tunang..takut dikebas orang la tu..tq kak sofy

    BalasPadam
  14. kacaknye.....makin aiza benci kt afiq 2 makin jth cintalh aiza 2 t..hehehe

    BalasPadam
  15. sukaaa nye........hope aiza jth cinta laaaaa ngan afiq

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…