apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.2.13

cerpen : Cinta Kali Kedua 3

mungkinkah ini afiq yang lebih baik dari sebelumnya? haha...


3
“Jangan lupa nak balik petang ni. Tak payah nak cari alasan tak mahu balik, kamu takkan berjaya tipu mak lagi. Ingat, ini perjumpaan dua keluarga. Jangan nak malukan mak dengan ayah. Jangan nak jatuhkan air muka abang long kamu jugak. Faham?”
            Takkanlah aku tak faham. Sejak seminggu yang lepas, tiap-tiap hari mak telefon aku. Cakap yang keluarga Afiq nak jumpa. Cakap yang ayahnya datang dari jauh semata-mata sebab nak tengok aku. Entah kenapalah agaknya orang tua tu nak tengok muka aku ni, tak tahulah.
            Ikutkan hati, aku memang tak nak balik. Buat apa? Nak menghadap muka si Afiq tu? Ah, malulah!
Mungkin ada yang tanya kenapa perlu malu pada mamat tu. Aku bukan suka pada dia.
Ya, betul! Aku memang tak ada perasaan pada dia. Dia yang sepatutnya malu sebab bertepuk sebelah tangan. Tapi kan, aku tetap malu. Malu sebab mak aturkan blind date dengan dia. Malu sebab dah berumur tapi tak laku-laku lagi.
Kakak-kakak aku semua kahwin muda. Tiga-tiga kahwin masa umur dua puluh empat. Sebab itu emak risau agaknya.
Salah aku jugak kot! Aku mengaku yang aku ni memang memilih. Setiap lelaki yang cuba dekati aku, pasti akan aku tapis dan tapis dan tapis. Selalunya, pada tapisan kedua, dah kantoi dah. Mesti ada aje kekurangan pada mata hati aku ni. Tapi, nak buat macam mana? Dah hati tak berkenan. Usah kata nak buat suami, nak berkawanpun tak boleh! Hai la!
Ketika aku sedang berkemas hendak balik ke kampung (macamlah Kg Cubadak tu jauh sangat dari Kajang, kan?), dia menelefon. Macam mana aku boleh tahu dia yang call? Alah, aku kenal la. Hanya dia sorang aje dengan private number, okey!        
“Nak apa?” aku tanya.
“Nak dukung kau bawak naik kereta aku kalau kau tak keluar dari rumah tu dalam tempoh lima minit dari sekarang,”
What? Gila ke mamat tu?
Aku intai di celah langsir. Memang ada sebuah kereta kat pintu pagar. Aku tak pernah nampak kereta tu sebelum ini. Di mana dia?
Telefon aku berdering lagi.
“Tak payah intai-intai! Cepat ke sini! Nanti boleh tengok aku depan-depan!”
Talian sudah dimatikan tapi aku masih lagi merenung telefonku. Hatiku? Toksah cerita. Memang sedang berdegup-degap.
Aku tak tunggu lagi. Mengenali Afiq, aku tahu dia akan lakukan apa yang dia ugut tadi. Cepat-cepat aku kunci pintu. Anak kunci kuletak di bawah pasu bunga untuk kawan-kawan serumah yang belum balik dari menonton wayang.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta, satu jambangan bunga dihulur kepadaku. Penuh mawar merah dan sekuntuk mawar putih di tengah-tengah. Bila kuamati, yang putih itu bunga plastik.
“Aik, dia ni jelmaan Adam Mukhriz ke?” hatiku berbisik.
“My love for you dies when the last petal of the roses falls,” suatu suara berbisik di sebalik kuntuman bunga tersebut.
Aku mencebik. Tapi jambangan bunga itu kuterima juga. Malah kucium dan hidu semahuku. Hmm, wangi!
“Suka?” tanya dia.
“Bolehlah,” balasku selamba.
“Jenuh aku nak fikir apa nak tulis, tau. Sudahnya, salesgirl tu cadangkan ayat tu. Okey tak?” tanya dia.
Aku ketawa. Ketawa mendengar pengakuan jujurnya. Begitupun, aku tetap hendak mengutuk juga. Peduli apa, kan?
“Kata nak mengurat. Tapi, nak cipta ayat jiwang pun tak boleh? Apa cerita?” sindirku.
“Eh, kenapa? Tak cukup jiwang ke tu?” tanya dia penuh keliru.
“Jiwanglah sangat! Tapi, ayat tu dah beratus kali diguna pakai, tahu tak? Tu, ayat Adam Mukhris untuk Ain Hawani dalam novel Adam dan Hawa. Awak tiru!” kutukku.
Aik, kenapa dia diam?
Risau hatiku. Takut kata-kataku tadi melampau dan dia terasa hati.
Memang betul. Aku nampak riak wajahnya yang tiba-tiba jadi serius sangat. Naik bulu roma apabila aku melihat wajah tegangnya.
Perjalanan kami seterusnya diiringi kebisuan. Dia tak bercakap langsung. Aku? Diam ajelah...
Semua orang menyambut kami dengan gembira. Ayah yang biasanya sangat menjaga batas-batas pergaulanku pun, tak langsung mempersoalkan mengapa aku dengan dia datang bersama-sama. Bias!
Kami makan semeja. Kebetulan dia duduk bertentangan denganku. Memang sengaja diatur begitu kot. Aku diam. Malas nak menyampuk semua orang bercakap. Dia pun sama. Masih terasa dengan sindiranku barangkali.
Tiba-tiba, Afiq berdeham. Apa lagi, semua orang terus menumpukan perhatian kepadanya.
“Pak cik, mak cik, hmm, kami datang ni...”
“Biar ayah yang sambung,” ayah Afiq mencelah.
Afiq angguk sambil menarik nafas. Legalah kot?
Suara encik Hafiz memecah sunyi. “Afiq dah lama sangat idamkan bunga bongsu dalam rumah ni. Kumbang seekor tu tak pernah nampak bunga lain selama ni. Hanya Aiza Suhaha sahaja di hati. Kalaulah pihak sini sudi, marilah kita dekatkan dua hati,”
Tanpa bertanya kepadaku, terus ayahku bangun lalu memeluk tubuh encik Hafiz. Lepas tu semua orang lain bangun. Sesi peluk memeluk pun terjadi dengan penuh keriangan. Hanya aku yang menyepi.
Kenapa senyap aje? – Afiq hantar mesej.
Habis, nak suruh saya jerit cakap tak nak? – aku.
Tak nak ke? – Afiq.
Aku diam. Hanya menjegil dirinya. Eh, eh.. dia ketawa pula? Apa yang lucu?
Temani aku, kan kutemanimu sepanjang hayatku. Jadi sahabatku, kan kujadikanmu sahabat baikku selamanya. Terima cintaku, kan kucintaimu selama aku bernyawa. Lamaranku ini kerana yakinku bahawa hanya kamu yang layak menjadi isteriku. Allah menjadi saksi.
Aku terharu. Pandainya dia membeli hatiku? Tapi, tidakkah ini terlalu cepat? Tidakkah terburu-buru?

13 ulasan:

  1. aiyokkkk rasa macam afiq sms kat saya ayat last tu..hihih

    BalasPadam
  2. takde cepatnya aiza suhana oii!! orang tu dh tunggu lama dh. org mcm si aiza ni, mmg elok trus msk meminang jer then keluarga accept trus. kalau tak, ada je idea dia nk reject2.

    BalasPadam
  3. Betul kata zaharah razali tu...orang macam aiza ni kena paksa je kalau ikutkan dia memang tak kawinlah sudahnya asyik tapis dan tapis dan tapis macamlah diri tak ada kekurangan.

    ~kak min~

    BalasPadam
  4. kak,nm heroin aiza suhaha ke aiza suhana?

    BalasPadam
  5. ni kalau sambung lagi n3 sikit lagi sweet.. hope writer sambungkan cerita ni .. boleh ?? pleaseeeeee *buatmukacomel

    BalasPadam
  6. nice story...good job, contineu..hhehe

    BalasPadam
  7. nice story .. try bt cerpen gna nhe tajuk bha ~ kw pergi meninggalkan 1001 soalan ..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.