apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.2.13

Cerpen : Cinta Kali Kedua 1


1

Blind date 1
Status: Gagal
Aku: Sori lambat sampai.
Amri: Tak pe. Duduklah! Kita makan.
Aku: Kuat makan ya? Patut badan gemuk bebenor. Nak jadi tong dram ke?
Amri bangun, hempaskan napkin ke meja dan tanpa kata, dia berlalu pergi. Aku? Apa lagi? Senyumlah! Misiku dah berjaya. Dah kurang sorang calon pilihan mak.

Blind date 2
Status: Gagal
Dr Fairuz: Hai, I’m a doctor. You?
Aku: Saya tak kerja. Lulus SPM aje.
Dr Fairuz: Really? But my mother said...
Aku: Dia kena tipu. Saya ni aje anak emak saya yang belum laku. Sebab itu mak promot lebih-lebih kepada emak awak. Benda yang tak betul pun dah ditokok tambah.
Dr Fairuz: But they are close friends.
Aku: Yalah, sebab itu mudah aje nak Ta Ya Pa Wau emak awak tu.
Dr Fairuz: What? What did you say?
Aku: I not say what what.
Senyum bangga aku apabila doktor muda itu pandang wajahku macam hendak menelan. Dia bangun, campak not limapuluh atas meja dan terus pergi. Langsung tak toleh pada aku semula. Aku? Ada aku kisah? Misi keduaku sudahpun berjaya!

Hari ini aku dipanggil mengadap ayahaanda dan bondaku. Kenapalah Malaysia ni banyak sangat cuti, eh? Hari Wilayah pun dia orang nak cuti? Tengoklah, sebab KL cuti, aku kena balik ke Kampung Cubadak dan tadah telinga, dengar emak berleter kepadaku.
            “Aiza Suhana Sahrin, kenapa kamu buat mak macam ni?” emak tanya pada aku. Garang aje riak wajahnya itu.
            Aku tarik nafas, memandang wajah emak dan ayah sebelum mengukir senyumku yang paling manis.
            “Aiza buat apa, mak? Ayah? Mak sihat aje nampaknya tu?” soalku selamba. Dan, untuk keselambaanku ini, kepalaku diluku. “Adoi! Mak, sakitlah!”
            Emak ni memang... kejam! Tahulah garang tapi takkan tak kesian pada anak bongsu yang selama ini digelar anak kesayangan, kan? Hatiku mengomel.
            “Apa yang kurang dengan Amri? Dia tu jurutera. Rumah dah ada dibelinya di Putrajaya. Tu si doktor tu? Apa alasan kamu menipu dia? Marah betul budak Fairuz tu dengan emak dia, kamu tahu?” emak menghambur kemarahan.
            “Emak, Aiza nak tanya sikit. Aiza ni lawa tak, mak?”
            Mata emak bulat memandangku. Ayah sudah ketawa.
            “Lain orang tanya, lain yang dia cakap,” bentak emak.
            “Amri tu sensitif sangat, mak? Dia tak tahu bergurau!” selaku.
            “Habis, dah kamu kutuk dia, cakap dia gemuk, apesal?”
            “Laa, dia nak terasa hati, kenapa pulak? Bukannya dia gemuk pun! Aiza saja nak test dia. So, lelaki yang kuat merajuk, sensitif macam tu... memang tak sesuai la dengan anak emak ni!” balasku.
            Emak sudah bercekak pinggang. Muka dah merah. Memang aku cari nahas hari ini. Adoii!
            “Okey, cuba beritahu ayah, kenapa kamu reject Dr Fairuz, menantu pilihan emak kamu, anak Datin Humairah tu?” tanya ayahku pula.
            “Kalau orang kahwin dengan dia, ayah, tak lama lagi, orang kena migrate ke UK. Tak pun ke US atau ke Australia. Jadi, orang tak sanggup berpisah dengan ayah, dengan emak dan dengan semua adik beradik... sebab itu orang langsung tak nak pilih dia,” jawabku diiring senyuman. Tahu yang ayah dengan emak sedang keliru.            
            “Okey, tak faham, ya? Puan Fatimah, saya tak suka Dr Fairuz sebab dia tak pandai cakap Melayu. Saya ni orang Melayu, puan. Saya tak suka, lelaki yang kulitnya coklat tapi asyik dok cakap orang putih. Tak minat!”
            Untuk itu, sekali lagi kepalaku diluku. Hai, mahu berlubang kepalaku andainya aku tolak sepuluh lagi blind date yang diatur oleh emakku ini.
            Emak letak envelop pink atas meja kopi tidak lama kemudian. Melihatnya, mengundang keluhanku. Argh, kenapa emak ni tak mahu faham hati aku? Aku ni anaknya atau anak tiri? Mengapa mesti jodohku diatur begini sedangkan kakak-kakakku kahwin dengan lelaki pilihan masing-masing? Mengapa emak pilih kasih? Tak adil? Ini, tak adil!
            “Kali ini, kalau kamu buat perangai lagi, tahulah kamu apa hadiah mak pada kamu! kalau kamu tak percaya, cubalah!”
            “Mak nak buat apa?” Kuberanikan diri untuk bertanya.
            “Mak akan kahwinkan kamu dengan Afiq, kawan abang kamu, anak mak cik Senah,” emak mengugut.
            Mendengar nama itu sahaja, aku sudah mahu muntah. Tolonglah! Siapa yang sudi jadi bini Afiq, budak Melayu celup tu?
            “Tak nakkk!”
            “Kalau tak nak nikah dengan Afiq, pastikan temu janji kamu yang nombor tiga ni, berjaya. Faham?” ugut emak.
            “Ayah...” aku merayu, buat muka manja pada ayahku.
            “Ayah tak campur,” cepat-cepat ayah menolak aku. Tu mesti emak dah kasi warning awal-awal tu. Adehh!
            “Di mana? Pukul berapa? Bila?” akhirnya aku terpaksa mengalah.
            “Ada dalam sampul tu,”
            “Orang tak nak bukak sampul ni. Nanti, kalau orang tertengok gambar dia, orang tak akan suka punya,”
            Emak tunjal dahiku pula. “Di Sahila Tomyam, pukul lapan malam, lima haribulan,”
            “Empat hari lagi?”
            “Kenapa? Ada masalah?”
            Takkan nak jawab aku tak suka? Nak mampus kena kahwin dengan Afiq sengal tu? Tak ingin aku! 

7 ulasan:

  1. hahahah... kelakar la, tq kak sofi...

    BalasPadam
  2. best,, kelakar sungguh... tq kak sofy

    BalasPadam
  3. menarik cerpen x nie... lain dari yang lain... sebelum nie

    BalasPadam
  4. Hahahahahahahahaha.. Chumell jerr..
    Saya nak sokong sapa ni eh.. Afiq ke calon ke 3 tu eh? Hemm..

    M.A

    BalasPadam
  5. kam sofi, ap nme group kat fb?? tak dpt cri la... :-(

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.