Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

cerpen : Cinta Kali Kedua 3

3 “Jangan lupa nak balik petang ni. Tak payah nak cari alasan tak mahu balik, kamu takkan berjaya tipu mak lagi. Ingat, ini perjumpaan dua keluarga. Jangan nak malukan mak dengan ayah. Jangan nak jatuhkan air muka abang long kamu jugak. Faham?”             Takkanlah aku tak faham. Sejak seminggu yang lepas, tiap-tiap hari mak telefon aku. Cakap yang keluarga Afiq nak jumpa. Cakap yang ayahnya datang dari jauh semata-mata sebab nak tengok aku. Entah kenapalah agaknya orang tua tu nak tengok muka aku ni, tak tahulah.             Ikutkan hati, aku memang tak nak balik. Buat apa? Nak menghadap muka si Afiq tu? Ah, malulah! Mungkin ada yang tanya kenapa perlu malu pada mamat tu. Aku bukan suka pada dia. Ya, betul! Aku memang tak ada perasaan pada dia. Dia yang sepatutnya malu sebab bertepuk sebelah tangan. Tapi kan, aku tetap malu. Malu sebab mak aturkan blind date dengan dia. Malu sebab dah berumur tapi tak laku-laku lagi. Kakak-kakak aku semua kahwin muda. Tiga-tiga kahwin masa umur dua pu…

Cerpen : Cinta Kali Kedua 2

2

Aku hempas beg di atas meja. Badanpun sama, terhenyak pinggulku di atas kerusi. Melampias rasa marah dan sakit hati yang tidak dapat kuluahkan kerana aku terlalu geram. Terlalu marah! Ketika itu jugalah telefon bimbitku berbunyi. Memang nayalah siapa saja yang call aku saat ini.

“Siapa ni? Nak apa?”

Lama orang di hujung talian diam. Entah kenapa. Aku segera melihat skrin. Aik, private number? Maknanya, aku tak kenallah makhluk sorang ni sebab kawan-kawan dan kaum kerabat aku semua ada nombor.

“Siapa ni? Nak bercakap ke tidak?”

Tiba-tiba suara lelaki yang garau kedengaran. Serak-serak basah. Suara yang sedang gelakkan aku. Dia sedang sakan ketawa, entah kenapa. Tentu saja untuk menaikkan suhu kemarahanku ke tahap maksima.

Tapi, elok aku nak buka mulut, dia terus sergah...

“Aku nampak kau tadi. Lama jugak kau duduk kat meja tu, ya? Tapi, kesian pulak kat kau. Kenapa ya, orang tu tak muncul-muncul?”

Hantu manalah pulak ni? Sengaja membakor? Dia ingat dia siapa? Menyibuk hal aku…

Cerpen : Cinta Kali Kedua 1

1
Blind date 1 Status: Gagal Aku: Sori lambat sampai. Amri: Tak pe. Duduklah! Kita makan. Aku: Kuat makan ya? Patut badan gemuk bebenor. Nak jadi tong dram ke? Amri bangun, hempaskan napkin ke meja dan tanpa kata, dia berlalu pergi. Aku? Apa lagi? Senyumlah! Misiku dah berjaya. Dah kurang sorang calon pilihan mak.
Blind date 2 Status: Gagal Dr Fairuz: Hai, I’m a doctor. You? Aku: Saya tak kerja. Lulus SPM aje. Dr Fairuz: Really? But my mother said... Aku: Dia kena tipu. Saya ni aje anak emak saya yang belum laku. Sebab itu mak promot lebih-lebih kepada emak awak. Benda yang tak betul pun dah ditokok tambah. Dr Fairuz: But they are close friends. Aku: Yalah, sebab itu mudah aje nak Ta Ya Pa Wau emak awak tu. Dr Fairuz: What? What did you say? Aku: I not say what what. Senyum bangga aku apabila doktor muda itu pandang wajahku macam hendak menelan. Dia bangun, campak not limapuluh atas meja dan terus pergi. Langsung tak toleh pada aku semula. Aku? Ada aku kisah? Misi keduaku sudahpun berjaya!
Hari i…