Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Tak kenal maka tak cinta, kan? sebab tu boleh suka-suka menuduh. maklumlah lidah tidak bertulang, betul tak? Teaser 5 ni ttg Adnan cari pa...

Teaser 5: Sampai Bila?

By April 16, 2013


Tak kenal maka tak cinta, kan? sebab tu boleh suka-suka menuduh. maklumlah lidah tidak bertulang, betul tak? Teaser 5 ni ttg Adnan cari pasal....


“Cukup! Cukup! Berhenti! Awak nak bunuh dia ke?” pinta Alisa sambil memaut lengan lelaki itu untuk menghentikan tindakannya. 

“Memang dia patut dibunuh, kan? Orang yang cuba mencemarkan maruah seorang perempuan yang baik, memang halal darahnya. Tak gitu?” soal lelaki itu penuh ketegasan.


Kini Alisa dan lelaki itu saling berpandangan. Baru perasan bahawa inilah lelaki yang menarik perhatiannya di dalam restoran tadi. Tetapi, bukankah lelaki ini sudah lama keluar? Macam mana boleh jadi hero di sini pula?

“Dia bukan perempuan yang suci, bro! Rugi kau tolong dia! Tak berbaloi!” 

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.