Teaser 17 : Sampai Bila?


“Awak yang tunggu Tiar malam tadi?”

Alisa angguk. “Mula-mula saya ingat, saya nak balik. Tapi, bila encik Bakhtiar cakap dia tidur sini sorang-sorang, rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia. Tu yang saya sanggup temankan dia. Sekarang tak boleh la. Saya nak masuk kerja. Ini pun kira dah lewat. Maaf, ya! Saya pergi dulu,”

Pada waktu itu Bakhtiar membuka mata. Tangan Alisa diraup sebelum sempat Alisa melangkah. 

"Don’t go! Tunggu I. I tak mahu duduk sorang-sorang kat sini,” rayunya.

Alisa terpana. Terkejut mendengar rayuan lelaki itu. Tetapi seketika kemudian dia memberikan pendapatnya tanpa diminta.

“Encik, kawan doktor encik ni nanti akan telefon ke rumah. Kejap lagi isteri dan anak-anak encik akan datang. Jadi, encik tak kan duduk sorang-sorang. Mereka boleh tunggu, boleh jaga encik,”

“I tak perlukan dia orang tu semua. I nak you. I nak you jaga I kat sini,”

Alisa menghentak kaki. Geram sangat dengan sikap lelaki ini yang memaksa.

“Encik, saya kerja, tahu tak? Saya ni kerani. Kalau saya tak masuk ofis, nanti pihak HR pecat saya. Jenuh! Ingat senang saya nak cari kerja lain?”

“You ni tentu dah lupa. Hello, siapa bos you? Bukan I ke?”
................................
kisah awal pertemuan Bakhtiar - Alisa. erti sebuah persahabatan? mungkinkah difahami? 

Ulasan

  1. alahai..kesiannya seorg yg kaya mempunyai harta berjuta juta..perniagaan yg besaq dan gah..tapi miskin dari segi kasih sayang dan kesepian menghuni hidupnya..adakah isteri dan anaknya akan menerima kehadiran Alisa sudah tentu dia akan dicaci keji kerana cuba mengoda dan mengikis harta seorg tua yg kesepian yg bernama Bakhtiar ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen